Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akhbar.
Sekejab sahaja masa berlalu begitu pantas. Lebih kurang 2 minggu lebih kelas pengajian diteruskan bagi Tahun 2, Semester yang ke-3. Allahu Akhbar, lagi 3 tahun lebih nak habiskan pengajian ni. Jadinya, perjalanan hidupku masih panjang dan jauh. Jauh ke? mungkin makin dekat. pejam celik, pejam celik... nak masuk ke tahun 3. Subhanallah..
Sebelum tu, ana ingin memohon kemaafan, sebab lambat update blog. Mujur blog ni tak bersawang. Agaknya kalaulah blog ni bukan di laman IT orang kata, dah lama berabuk agaknya. hehe wallahu'alam.
Alhamdulillah sem kali ni, ana amik 22 jam kredit.. ada subjek yang telah dipakejkan dan ada yang kena buat pilihan sendiri dan ia mudah sikitla, takyah nak pening-peningkan kepala.
Jadi, Inilah subjek sem kali ni yang ana kena ambil..
-Kemahiran Tilawah Al-Quran
-Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
-Metodologi Pendidikan Akidah dalam Pendidikan Islam
-Bahasa Arab II
-Al-Aqaid Al-Islamiyyah
-Fiqh Ibadat
-Pengurusan Sukan Beruniform
- Kokurikulum Silat Cekak Hanafi
Ha.. Banyakkan? banyak... full je kelas tiap-tiap hari. huhu dari pagi sampailah ke malam. Tapi kalau ada event atau meeting, mintalah izin dengan pensyarah. Pensyarah bagi je. hehe Sebab malam selalunye ada event atau meeting, pastu pensyarah pula sporting.. Alhamdulillah..
Minggu ini, baru sahaja selesai minggu promo.. minggu promo ni dikenali dengan minggu bagi memperkenalkan persatuan-persatuan yang ada di UM ni. Macam-macam persatuan ada, PMIUM, PERMAS (Persatuan Mahasiswa Selangor), PMK ( Persatuan Mahasiswa Kelantan) dan macam-macam lagilah. Kelab KAFA pun ada. hmm.. macam-macamlah. Alhamdulillah telah selesai tugasan minggu tersebut.
Lepas tu, ada program lain plak. RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2011 bersama Anak Yatim Baitul Ulfah, under MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA. InsyaAllah akan diadakan pada minggu depan. Nak dekat dah.. hari Isnin depan.. huhu Jemputlah datang beramai-ramai ye.. ^^,
Kini, ana dah jadi senior.. tibe-tibe jumpa balik adik-adik di Nilam puri dulu.. kebanyakkannya kenal muka tapi tak kenal nama. So, bila orang panggil Kak Ili.. ana pun blur.. sape nama die ek?? hehe pastu tanyalah, nama dia apa. ha.. barulah ingat balik die ni sape dan bla..bla. kui3 kalau adik-adik muslimin, minta maafla tak seperamah di Muka buku.. ada masa akak tegur secara depan-depan. kalau takde mase, sempat bagi salam pun dah kira okeylah ek..tapi kalau ada apa masalah, boleh terus contac akak di Muka buku, insyaAllah itu lebih mudah untuk akak membalasnya. Kalau lambat akak balas, maknanya akak takdelah tu. Fb sentiasa bukak tapi tuannya takde..hehe Bagi adik-adik muslimat ada masalah laptop ke, atau apa-apa ke, boleh terus berhubung dengan akak di SMS atau di Muka buku. insyaAllah akak boleh tolong. Tapi nak senang SMS jela ek..^^, Tak banyak, sikit pun jadilah.. insyaAllah..hehe
Jadi, itu sahaja entry kali ni. Buat adik-adik yang baru. Jika ada orang ajak join usrah, joinlah. Jangan sia-siakan masa yang ada untuk menimba ilmu. Ilmu ni macam-macam tau. Ada yang ilmu Formal, ada yang tak Formal.. kalau formal, ilmu dalam kelaslah. Kalau yang tak formal, join persatuan-persatuan yang ada, pastu join usrah yang ada. Lagi-lagi student API, pasti ada usrah yang telah ditetapkan oleh Persatuan Mahasiswa APIUM itu sendiri. Macam di UIA memang diwajibkan ada Usrah.. jadi, kita di API pun ada usrah. Semoga ia bermanfaat buat adik-adik semua. Akak yang da senior ni pun, masih mengikuti usrah. Seronok... ^_^
Lagi 1, bila dengar sesuatu berita, sila kaji dulu. Jangan terus memboikot. Okeh? Allah tak suruh pun hambanya terus memboikot tanpa mengkaji sesuatu. Kadang-kadang rasa sakit hati sangat bila dituduh macam-macam. Bila kita bagi pendapat, dan kita terangkan benda yang betul.. dia kata salahlah. Kita ni sesatlah.. macam-macamlah. Allahu Akhbar, sabar jelah. Hanya Allah yang mengetahui..huhu
Ingat ye, Mahasiswa bukan sekadar di Bilik Kuliah. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.. amiinn. Wallahu'alam..^^,
Sep 24, 2011
Aug 29, 2011
Hari Konvokesyen buat Graduasi Taqwa.
Allahu akhbar Allahu Akhbar Allahu Akhbar, laaila haillallahhu wallahu akhbar, Allahu akhbar walillahil hamd.
Subhanallah, Takbir raya sudah mula bergema. Itu tandanya hari ini adalah Hari Konvokesyen Buat Graduasi Taqwa.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu berTAQWA”.
Alhamdulillah! Itu janji Allah sahabat-sahabat.
Setelah selesai sahaja ibadah puasa kita selama sebulan, kita diberi kemenangan dengan menyambut Hari Raya Eidulfitri. Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!
Sebak di hati bertandang lagi. Air mata ini gugur lagi ke pipi. ‘Ah.. Ramadhan dah pergi’
Apakah aku benar-benar berjaya mencapai keTaqwaan tersebut?
Apakah aku layak menerima kemenangan ini ya Allah?
Sedangkan puasaku tidak cukup?
Sedangkan aku masih berbuat dosa?
Astagfirullahal’azim. Terimalah taubatku ya Allah.
Terimalah doaku dan perkenankanlah ya Allah.
Sesungguhnya Hanya padamu aku bermohon dan Berharap.
Ameen! Ameen ya rabbal’alamen!
hmm..Kenapa ya dikatakan hari ini hari kemenangan? atau hari raya Eidulfitri?
Sebab, dari perkataan Eidulfitri itu sendiri yang bererti kembali kepada fitrah, yakni 'asal kejadian' atau 'kesucian' ibarat bayi yang baru dilahirkan di muka bumi. Sebab itu juga, bulan Ramadhan itu dikatakan bulan pengampunan segala dosa.
Ia juga adalah anugerah serta hadiah dari Allah kepada hamba-hambanya setelah berjaya menempuh segala ujian Allah iaitu berpuasa selama sebulan.
Jadi, di kesempatan itu,
Saya ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini, kepada sahabat seperjuangan, kepada seluruh umat Islam, maaf zahir batin dipinta.
Antara salah satu doa tidak dimakbulkan adalah kerana kita ada buat salah dengan manusia. Tak kiralah dia ibu bapa kita ke? Sahabat handai kita ka? Saudara mara kita ka? dan sebagainya. Jadi, kita wajib meminta maaf kepada mereka.
Hablum minallah kita jaga, tapi hablum minannas kita abaikan. Jadi, di hari yang penuh dengan kemenangan serta hadiah Ilahi buat kita sebagai orang Muslim serta Mukmin ini, insyaAllah. Marilah sama-sama kita memohon maaf antara satu sama lain. Minta di halalkan makan minum kita dengan mereka selama ini. Dan kita juga hendaklah menghalalkan segala apa yang telah kita berikan kepada sesiapa yang menerima apa-apa sahaja dari kita.
InsyaAllah semuanya ada nilai serta perhitungan di akhirat kelak serta setiap amal ibadat kita sepanjang bulan ramadhan di terima Allah, Taqabbalallahu minna waminkum. Kullu 'am wa entum bikher~ InsyaAllah.. ameen ya rabbal' alamen!
Raya-raya jugak, tapi jangan lupa konsisten dengan amal ibadat yang kita dah buat sepanjang bulan ramadhan. Baca QUran, solat sunat dan sebagainya. Uh ye! Puasa 6 jangan lupe ye..^^, Puasa 6 itu ibarat puasa sepanjang tahun. Jadi jangan sia-siakan peluang yang ada. Kepada Muslimat, jangat tangguh-tangguh ganti puasa kalian. Semoga diberkati semuanya..ameen!=)
Selamat pulang ke kampung halaman, kepada yang sudah sampai ke kampung, selamat hari raya maaf zahir & batin saya ucapkan. Dan semoga berbahgia bersama keluarga. InsyaAllah kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan..ameen!
Selamat menunaikan solat sunat hari raya. Kemenangan hari ini bukan ibarat kita menang bermain bola, tetapi kemenangan hari ini ibarat tiket untuk kita ke Syurga Allah s.w.t. Jadi,jagalah ia & jangan kotorkannya..^^,
Wallahu'alam.
Aug 24, 2011
Subhanallah! Kayanya kita di Bulan ini...
Alhamdulillah ya Allah, Engkau masih beri aku peluang untuk bernafas di bumi ini. Walaupun, setiap hari dosaku bertambah dan bertambah tetapi Engkau tetap menyayangiku, Engkau tetap beri peluang kepadaku! Allahu Akhbar!
Sahabat².. tahu kah anda? bahawasanya, di bulan Ramadhan yang mulia inilah kita boleh jadi kaya.
Kaya?
Ya, kaya. Kaya dengan pahala yang berlipat-lipat kali ganda. Tidak putus-putus amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini.
Bayangkanlah, dari kita sahur, melambat-lambatkan sahur adalah sunah. Jika kita melakukan sunnah, kita dapat pahala. Seterusnya, solat subuh. Solat subuh wajib bagi kita sebagai seorang Muslim. Solat di awal waktu itu semestinya. InsyaAllah.
Selepas solat subuh, terdetik di hati, 'Aku nak buat apa pulak lepas ni?' Astagfirullahal'azim. Sahabat², bukankah puasa itu suatu ibadah.. dari masuknya azan subuh, bermulalah ibadah puasa hingga terbit fajar (Azan Magrib). Berbuka juga ibadah sahabat².
Setelah itu, di susuli dengan solat magrib dan baca al-Quran. Subhanallah! Ibadah lagi. Nabi kata, satu huruf tu 10 nilainya. Kalau dah 1 juzuk kita baca setiap hari, berapa pula nilainya? Subhanallah. Berganda-ganda nilainya sahabat-sahabat.
Selepas itu, solat terawih berjemaah di surau/masjid. Ibadah lagi! Selesai solat terawih 8 rakaat, dengar tazkirah pula (contoh di surau saya). Tazkirah itu juga dikira ibadah!
Allah berfirman "dan tetaplah memberi peringatan kerna sesungguhnya PERINGATAN itu bermanfaat bagi orang beriman!" Subhanallah! tak putus-putus amalan kita. Ibarat kita melakukan ibadah sepanjang hari (24jam).
Kaya tak kita sahabat²?Kaya!
Habis witir selepas tazkirah. Diteruskan dengan tadarrus pula. Allahu akbar! Allahu Akhbar!
Hati saya jadi sebak! Kalaulah bulan Ramadhan ini seperti bulan-bulan yang lain. Subhanallah!
Kita berehat seketika, dan tidur itu juga dikira Ibadah sahabat².
Jam 4.30 pagi, kita bangun Qiamulail pula. Allahu Akhbar! Ibadah lagi! kaya kita sahabat.. kaya!
Jam 5.30 sahur balik. Begitulah seterusnya kita lakukan pada Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.
Ya Allah, sedihnya pilu dihati. Ramadhan yang ku tunggu akan kehadirannya, akan pergi tidak lama lagi. Begitu sekejab! sekejab sangat. Seperti baru semalam kita start puasa. Allahu akhbar!
Bagaimana dengan amalan kita ya sahabat²? Andai kata, ramadhan ini ramadhan terakhir buat diri kita, bagaimanakah perasaan kita agaknya ya?? Astagfirullahal'azim.
Jadi,
Berdoalah!
Sesungguhnya, doa itu senjata orang Mukmin!
Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!
Salam Muhasabah Fillah buat sahabat-sahabat semua. Ingatlah sahabat! Kita hidup di dunia hanya singkat sekelip mata. Tiada mustahil bagi Allah s.w.t. Jika Dia kata Jadi, maka Jadilah! Sama-samalah kita muhasabah diri di akhir² bulan Ramadhan ini. Banyakkanlah berfikir tentang DIA bukan Si Dia.
Renung-renungkanlah dan selamat bermuhasabah.

"Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun."
"Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Maha Penyayang!!"
"Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Tuhan Yang Memberi Rahmat kepada sekalian Alam!"
"Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan- Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu."
"Yaa Allah! Rezekikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Soleh."Ameen! ameen ya rabbal'alameen! Perkenankanlah segala doa-doa kami Yaa Rahman, Yaa Rahim.
Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!
Salam Muhasabah Fillah buat sahabat-sahabat semua. Ingatlah sahabat! Kita hidup di dunia hanya singkat sekelip mata. Tiada mustahil bagi Allah s.w.t. Jika Dia kata Jadi, maka Jadilah! Sama-samalah kita muhasabah diri di akhir² bulan Ramadhan ini. Banyakkanlah berfikir tentang DIA bukan Si Dia.
Renung-renungkanlah dan selamat bermuhasabah.
Wallahu'alam.
Aug 14, 2011
Redha Allah Atau Syurga Allah?
Assalamu’alaikum w.b.t.
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akhbar! Pejam celik, pejam celik.. kita sudah masuk ke Fasa ke-2 dalam bulan ramadhan al-mubarak ini. Ramadhan ke 15 dah sekarang ni kan? lagi 15 hari je lagi. YaAllah, cepatnya!huhu.. Okeh jom kita ceklist amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini.
1st, Al-quran sepatutnya kita sudah sampai ke juzuk 14 dan akan masuk ke juzuk 15, betul? Siapa yang belum?? Angkat tangan macam saya \(^_^)/..hik3 Sesiapa yg belum tu, kejar sampai dapat ye. Tak rugi kita habiskan waktu dengan membaca al-Quran je. InsyaAllah berlipat ganda pahala yang kita akan dapat nanti. Ana? Alhamdulillah, belum masuk hari yang ke tujuh, ana dah dapat habiskan juzuk ke yang tujuh. Tapi sahabat-sahabat, jangan baca sahaja tapi kita tak tadabbur ayat tu. Kalau yang macam ana buat, ana baca 4 muka surat, pastu ana akan tadabbur pula maksudnya. Macam-macam kisah dan hukum hakam yang Allah telah tetapkan dalam Quran.
2nd, Solat sunat dhuha dan tahajjud pernah tinggal? Ceklist balik? Kenapa tinggal, tak sempat ke malas? Ha.. semua tu kne ceklist balik dan buat perubahan. Bulan ramadhan ni, bukan bulan biasa-biasa tapi dia bulan luar biasa. Dalam bulan ramadhan Allah nilah, kita nak keredhaanNYA, bukan kemurkaanNYA dan seumpamanya.
Okeyla yang lain-lain tu cek sendiri ye. Cek ni penting tau sahabat-sahabat, penting untuk tajdid (Pembaharuan) diri kita sendiri. Untuk apa? Untuk bekalan akhirat nanti. InsyaAllah.
Disini ana ada persoalan, kita hidup di bumi ni sebab kita nak redha Allah ataupun syurga Allah? Siapa boleh bagi pandangan dan pendapat? Kalau nak beri pandangan dan pendapat, sila balas di komen ye? ^^,
Semasa di bulan ramadhan ini, kita disarankan agar perbanyakkan membaca doa ini, Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah, wa nauzubika min sakhitoka wannar…. Ila akhirihi ayat. Jadi, apa maksud dia? “YaAllah ya Tuhan kami, limpahkan kepada kami keredhaanMu dan masukkanlah kami kedalam SyurgaMU, dan jauhilah kami dari azab api neraka..”
Jelas disini, kita hidup di dunia ini adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Bagaimana pula dengan Syurga Allah? Okeh, sebab apa kita nak syurga Allah? Sebab kita taknak masuk neraka. Mungkin juga sebab kita rindu dan teringin sangat nak masuk syurga. Mungkin jugak kita seorang Muslim & Mukmin, jadi sudah tentu kita nak masuk syurga? Betul tak? Ha.. persoalannya sekarang ni, Allah redha kah dengan kita?
Oleh sebab itu, setiap perbuatan kita, setiap percakapan kita dan setiap tindakan kita, Pasti bermatlamatkan Keredhaan Allah s.w.t. InsyaAllah natijahnya Syurga yang mana dibawahnya mengalir sungai-sungai. Subhanallah, indahkan? ha, jadi nak tak? Mestilah nak kan? tapi... Allah ada berfirman :-

"Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?" (As-saff : 10)
Dalam ayat ini Allah menawarkan kepada kita suatu Perniagaan? Namun apa yang menghairankan kita, Perniangaan yang ditawarkan bukan sahaja sudah tentu untung di dunia, tapi yang paling penting untung juga di akhirat kerana dapat menyelamatkan kita dari azab yang pedih di akhirat nanti.
Pada pandangan ana,bagi ahli perniagaan atau manusia yang berminda ‘bisnes’ (macam ana kot..hehe) sudah pasti akan menerima tawaran ini. Yela kan, siapa yang tidak mahu untung, lagi-lagi dapat untung sampai kat akhirat..(^_^) Keredhaan inilah yang kita cari sahabat-sahabat.
Jadi, apa pulak Perniagaan yang ALLAH tawarkan tu ye??hmm.. Cuba kita lihat ayat seterusnya.
“(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.”(as-Saff:11-12)
Jadi sahabat-sahabat, di Bulan Ramadhan inilah masanya. Banyakkan bersedekah, korbankan waktu untuk membaca Quran dan sebagainya. Jadi, janganlah sia-siakan masa yang tinggal lagi setengah bulan je lagi ni. Ya Allah, sedihnya.. kena tengok balik Ceklist ni, huk3 Semoga kita peroleh redha Allah, serta syurga Allah di akhirat kelak. Allahumma Ameen!!
Bila bercakap pasal redha Allah, ana teringat tentang "Minggu Haluan Siswa". Ada seorang adik senior bertanyakan pendapat ana tentang 'Cheer's'.. Ana tak tahu nak cakap macammana, yang boleh ana cakap, "Macammana sekirenye, kita leka dengan 'cheers' tibe-tibe Allah tarik nyawa kita waktu tu? Apa kita nak jawab depan Allah nanti?" huhu Nauzubillahi min zalik~
Semoga kita sentiasa terpelihara dari segala perkara syubhah.. dan juga perkara-perkara yang sia-sia. Ingat ya sahabat-sahabat. Cari redha Allah, jangan kerana terlampau seronok dengan dunia serta hiburan, langsung kita lupa kat Allah.
Manusia zaman sekarang terlampau bijak, kadang-kadang dia nak kaburkan mata kita dengan mengatakan benda itu elok, dia buatlah solat secara berjemaah, dan meletakkan sikit unsur-unsur islamik. Tapi apalah gunanya kita buat semua tu kalau kita still lagi buat perkara-perkara yang syubhah. Macam perempuan yang free hair la.. dia puasa, tapi tidak tutup aurat.. jadi, segala amalannya menjadi sia-sia. Rujuk balik dalam al-Quran, surah an-Nisa' tak silap ana.. segalanya ada jawapan!^^,
Wallahu'ta'ala a'lam.^_^
(Jangan lupa niat puasa ye..:))
Jul 30, 2011
Subhanallah.. Ramadhan datang lagi..^_^
Assalamu'alaikum w.b.t.
Alhamdulillah.. bersyukur sangat-sangat sebab tak lama lagi nak puasa. Lagi sehari je kot.. InsyaAllah. Setiap hari, setiap detik.. rasa rindu sangat dengan bulan Ramadhan, hatta dengar lagu raya kat TV pun, sebak je rasa.. bukan sebak nak raya, tapi sebak fikirkan kematian. Bila Ramadhan datang, makin lama, makin pendek umur kita.
Sebab apa?
sebab.. selagi kite bernafas, selagi itulah kematian menghampiri kita. saya pun sejak akhir-akhir ni, suka sangat fikirkan tentang mati. Kadang-kadang, saya sesak nafas. Tapi, saya tahu.. ada hikmah Allah nak beri saya sesak nafas time tu. Tibe-tiba saya terbangun awal pagi.. tup-tup dapat meseg yang Ibu kepada sahabat baik saya, sudah kembali kerahmatullah. Allahu Akhbar! Semoga kamu tabah, sayang!
Alhamdulillah, sudah 21 tahun saya hidup. InsyaAllah.. saya dapat rasai kenikmatan Bulan Ramadhan kali ini. Mungkin ini ramadhan yang terakhir.. wallahu'alam. Mungkinkah atau pun tidak.. kite perlu bersiap sedia dengan sebarang dugaan atau cabaran yang Allah beri kepada kita. Bak kata pepatah melayu, sediakan payung sebelum hujan.
Begitu jugalah dengan hidup ini. Sebelum kita ingin masuk ke syurga, persiapan yang rapi perlu kita buat. Ibarat seperti Malaikat yang solatnya 24 jam.huhu eh.. Sahabat-sahabat faham maksud saya??
Begini, Solat itu bukan sahaja solat 5 waktu sehari semalam. Tetapi, Allah kata, 'ala bizikrillahi totmainnul Qulub. Sesiapa yang mengingati Allah, hatinya akan tenang. Ibarat malaikatlah, mereka sentiasa beribadah kepada Allah. Tapi bagaimana pula dengan kita? kita ada dunia & akhirat.. jadi, yang mana 1 yang wajib kita aulakan?
hmm... tepuk dada, tanyalah iman anda sendiri. Begitu juga buat diri saya.
Jadi, apa persiapan anda untuk ramadhan kali ini? apakah sama macam tahun-tahun lepas, atau saya nak solat witir 100 rakaat 1 malam, contoh. hehe Tak pun, saya nak sembahyang sepanjang hari, atau baca quran sepanjang hari dan takyah solat pun takpe, sebab saya da baca quran. Macam tu?? hohO..songsang namanya tu. hehe Solat tu kan wajib..^^,
Hidup kita perlulah seimbang. Misal kata, kita main facebook 10 jam, kite kenalah beribadah kepada Allah 20 jam.. atau lebih dari 10 jam yang kita main facebook tu.. ha.. itu barulah dikatakan seimbang antara dunia & akhirat. Kalau kite main facebook 12 jam, tapi kita beribadah 2 jam je. Tak seimbang la tu.. Jadi, itu contoh yang saya boleh bagila.
Allah berfirman lagi, "Tidak aku jadikan manusia dan jin di bumi ini hanyalah untuk beribadah kepadaku". Nah! Allah dah kata da kan? Kita kerja pun dikira ibadah, bagaimana? niat kerana Allah ta'ala. Janganlah kita kerja, kerana rasa terpaksa atau kerna harapan ibu dan ayah misalnya. Niat kita boleh jadi songsang tau.. memang kebanyakkannya nak kerja, sebab nak cari pendapatan atau ibu bapa yang suruh dan sebagainya. Tapi first thinking yang harus kita niatkan adalah, kerana Allah ta'ala. Samalah dengan tujuan kita hidup kat dunia, semuanya semata-mata kerana keredhaan Allah s.w.t.
Jadi, jelas di situ? Jika tak jelas, maklumkan ye. Kalau saya salah. Tolong betulkan ye. ^^,
Baiklah, sebelum menyambut bulan yang penuh mulia ini. Kita kena buat sedikit "Manual Tarbiyyah".. semoga ramadhan kali ini, berbeza dengan ramadhan tahun-tahun lepas.
Sebelum tu, misal kata kita tak tutup aurat, tapi ramadhan kali ni kita berazam yang "saya akan tutup aurat!" atau "saya nak pakai tudunglah puasa nanti".. apepun, niat itu yang penting. InsyaAllah, jika niat kita ikhlas.. Allah permudahkan urusan kita untuk berubah.
"Manual Tarbiyyah" yang ni saya lakarkan sendiri.. nak tiru boleh, nak wat perubahan pun boleh. Sharing is caring..^_^
1. Tahajjud sebelum sahur.
- yang ni kena bangun awal sikitla. Tak pun, sesiapa yang parents nye kejutkan... sebelum nak serbu makanan tu, ha.. masuk tandas, gosok gigi pastu amik wuduk then terus ke tikar sembahyang dan niat solat sunat tahajjud deh. Senang kan? biasakan diri tu.. insyaAllah boleh. :)
2. Jangan tidur selepas bersahur & Subuh.
- ha.. yang ni dikalangan kita sukar nak elakkan. Almaklumlah, tido tak cukup misalnye.. pastu rasa ngantok sangat. Lepas sahur, mesti dah niat da nak tidur lepas subuh. Bila dah niat tu, memang susahla nak ubah. Cuba lepas subuh tu, niatkan taknah tido. Tapi mesti kne ada ikhtiar, misalnye tengok TV ke? kan pagi-pagi ada ceramah "Tanyalah Ustaz" ha.. tak pon, bukak laptop, watla apa yang patut, asalkan tak tido lepas subuh. senangkan? insyaAllah senang.:)
3. Baca Quran selepas solat Subuh.
- Ini adalah salah satu cara untuk hilangkan mengantok.. bacala sebanyak mana helaian muka surat, sehingga membuatkan kita rasa syok baca Quran..insyaAllah, sedar tak sedar kita da baca hampir 1 juzuk.. tryla..:)
4. Solat Dhuha
- Manual Tarbiyyah yang ni jangan lupa ye...dalam hadis Rasulullah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud : "Siapa sahaja yang dapat mengerjakan solat dhuha dengan kekal,akan diampunkan dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu sebanyak busa lautan". Jadi, rajin-rajinkanlah diri anda untuk solat Dhuha.. ^^,
5. Baca Quran 4 muka surat selepas setiap solat Fardhu
- 1 juzuk = 20 helai muka surat
4x5 waktu = 20 helai/sehari
20 helai x 30 hari = 600 helai/khatam
= 30 Juzuk
6. Pasangkan niat, Sekurang-kurangnya sekali Khatam Quran.
- Pertama-tama sekali dan selamanya, semuanya berpandukan kepada niat kita. Jadi, jika kita ikhlas, dan niat kerana Allah ta'ala.. insyaAllah, Allah akan bantu kita untuk habiskan khatam. yang pasti, hati kita betul-betul bersedia.. dan bertindak! Sekiranya kita niat sahaja tanpa bertindak, hasilnya tarakla jawapannya..hehe
7. Baca Mathurat pagi dan petang.
- Aiwah! manual tarbiyyah ini kena selalu amalkan. Baca natijahnya kita akan dapat. InsyaAllah.. yang pasti, kita kena paham maksud die.. jangan main baca je.. hehe
8. Hafal surah-surah hafalan.
- Ha yang ni, refresh balik surah-surah yang kita dah hafal sejak darjah 6 lagi. Kena cek KPI dulu la, surah apa yang kita kena hafal. time form1, surah lain.. begitulah form-form yang lainnya. Hatta, masuk universiti pun, ada surah-surah yang kita kena hafal. betul tak?^^,
9. Solat Terawih & Witir
- Solatla terawih secara berjemaah.. insyaAllah natijahnya 27 kali ganda daripada solat secara bersendirian. Mungkin nikmat berpuasa itu lebih terasa bila kita solat jemaah.. selepas itu solat witir. Kalau kita berniat nak solat sunah hajat malam tu,atau apa sahaja solat sunat, lakukanlah solat witir selepas kita selesai habis solat sunat..sebab solat witir adalah solat penutup kepada semua solat sunat.
Bagaimana manual tarbiyyah yang saya bagi? boleh buat?? insyaAllah boleh. Hidup perlu konsisten dengan ketaqwaan kepada Allah ta'ala.. semoga kita peroleh rahmat serta kasih sayangnya yang melimpah ruah.. ameen!! Allahu Akhbar!
Dikesempatan itu, saya ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua yang mengenali diri saya dan juga kepada semua pembaca, sekiranya.. saya pernah secara langsung atau secara tidak langsung dalam melakukan kesilapan kepada anda semua, sama ada sakitkan hati anda ke? terlepas kata ke??atau seumpamanya.. maaf banyak-banyak deh..:'(
Sesungguhnya, saya hanyalah insan biasa yang banyak kelemahan dan sentiasa dalam muhasabah. InsyaAllah, Setiap manusia punya kelebihan & kelemahan, kita tak dapat nak hapuskan kelemahan tapi kita dapat didik dia dengan sentiasa muhasabah.Jadi, sama-samalah kita muhasabah agar menjadi hamba Allah yang tidak pernah serik untuk mendapatkan keredhaan-NYA..Wallahu'alam.
Kullu 'am wa antum bikher..ameen! Barakallahu feekum..^_^
(Saya tak sempat nak design saya punya sendiri..apepun, Ahlan wasahlan ya habibi Ramadhan al-Mubarak!^^,)

(Cantikkan? Subhanallah..sapela yang buat..:))
Bagaimana manual tarbiyyah yang saya bagi? boleh buat?? insyaAllah boleh. Hidup perlu konsisten dengan ketaqwaan kepada Allah ta'ala.. semoga kita peroleh rahmat serta kasih sayangnya yang melimpah ruah.. ameen!! Allahu Akhbar!
Dikesempatan itu, saya ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua yang mengenali diri saya dan juga kepada semua pembaca, sekiranya.. saya pernah secara langsung atau secara tidak langsung dalam melakukan kesilapan kepada anda semua, sama ada sakitkan hati anda ke? terlepas kata ke??atau seumpamanya.. maaf banyak-banyak deh..:'(
Sesungguhnya, saya hanyalah insan biasa yang banyak kelemahan dan sentiasa dalam muhasabah. InsyaAllah, Setiap manusia punya kelebihan & kelemahan, kita tak dapat nak hapuskan kelemahan tapi kita dapat didik dia dengan sentiasa muhasabah.Jadi, sama-samalah kita muhasabah agar menjadi hamba Allah yang tidak pernah serik untuk mendapatkan keredhaan-NYA..Wallahu'alam.
Kullu 'am wa antum bikher..ameen! Barakallahu feekum..^_^
Jul 18, 2011
Hakikat Perjuang!
Assalamu'alaikum w.b.t.
Alhamdulillah, selesai sudah program ana bersama murabbi even 3 hari, tapi ia amat bermakna buat diri ana. insyaAllah. Sebelum tu, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat Dr. Lo' Lo' yang telah kembali kerahmatullah malam semalam. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan sentiasa mendahului redha Allah, dari redha dunia. Dan semoga setiap perjuangan beliau ada tempat di sisi Ilahi..insyaAllah ameen!!
Kita kehilangan lagi seorang serikandi yang amat bermakna di negara ini. Semoga ramai lagi serikandi seperti beliau. InsyaAllah, termasuk diri ana sendiri..ameen! sama-sama kita doakan untuk diri sendiri.
Baiklah.. setelah selesai dari program tersebut, terdapat banyak perkara yang ana dapat simpulkan. Sahabat-sahabat, PERJUANGAN itu dirancang oleh orang alim, digerakkan oleh mereka yang ikhlas, di perjuangkan oleh Sang Pemberani dan dinikmati oleh Si pengecut. Begitulah antara intipati pesanan Murobbiku Ustaz Yahya Othman baru-baru ini. Bagi ana, ia juga boleh dijadikan sebagai resolusi untuk Bersih 2.0 baru-baru ini.
Kenapa ana boleh kata begitu? mari ana terangkan.
Hidup Ini Perjuangan!
Kehidupan ini suatu perjuangan. Setiap yang hidup mempunyai perjuangan masing-masing. Ada yang sekadar berjuangan untuk hidup, mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan, yang mana ibaratnya boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Adapun, yang perjuangannya lebih sedikit, berjuang untuk mengubah status kehidupan keluarga daripada tahap miskin fakir kepada lebih berada dan selesa. Ada juga yang berjuang untuk memajukan diri dan kerjaya, sehingga mencapai kejayaan dalam erti kata lain, memiliki nikmat kehidupan dunia berupa harta, kekayaan dan seumpamnya. Materialnya lebih bersifat duniawi.
Tidak kurang juga yang melihat perjuangan itu sebagai satu perjuangan melonjakkan sesuatu idealisme dan ideologi, membawa perubahan minda dan kehidupan masyarakat, serta membawa umat daripada satu tahap ke tahap yang lebih baik di dunia ini. Namun, masih ramai yang seolah-olah berjuang atas dasar yang batil, sekadar memuaskan kehendak diri serta nafsunya dalam memuaskan kepentingan peribadi dan kelompok, yang berpaksikan matlamat menghalalkan cara.
Berkiblatkan Ilmu dan Orang Berilmu.
Namun sahabat-sahabat, menuntut ilmu juga satu perjuangan, sebagaimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama?" (QS. At-Taubah:122)
yang mana, ia memerlukan komitmen dan kesungguhan untuk mencapainya. Membina keluarga yang mawaddah, sakinah serta hafizoh juga satu perjuangan.
Menyebarkan kebenaran juga satu perjuangan untuk menghapuskan kezaliman dan kebobrokan manusia. Walaubagaimanapun, mendidik jiwa dan roh juga satu perjuangan untuk menuju Tuhan Rab al-Jalil. Namun, jika kita benar-benar merenung mana-mana perjuangan, ia pasti dimulakan oleh Orang Alim. Betul tak? Merekalah yang menggagas falsafah dan dasar-dasar perjuangan.
Inilah hikmah Allah s.w.t. membangkitkan para nabi dan rasul untuk setiap umat dan pada setiap zaman, untuk membawa kemabli umat manusia kepada landasan perjuangan kehidupan yang sebenar. Selepas kewafatan Nabi s.a.w. tugas baginda diwarisi Khalifah, ulama dan mujaddid yang bangkit silih berganti sepanjang sejarah perjuangan umat ini.
Kelompok kedua dalam perjuangan ialah mereka yang Ikhlas dalam perjuangan. Mukhlisin akan menjadi pengikut dan murid setiap bagi para alim yang memulakan perjuangan tadi. Mereka akan lahir sebagai pengikut yang jujur dengan perjuangan mereka. Sanggup berkorban demi memenangkan perjuangan dan mempunyai semangat berjuang yang tinggi. Keikhlasan mereka menjaga keaslian perjuangan dan membolehkan perjuangan itu diwarisi kepada generasi seterusnya.
Inilah gambaran yang boleh ana bawa bagi mengenangkan perjuangan para sahabat, yang ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan, mewarnai kehidupan perjuangan.
Berani mengatasi Mehnah & Tribulasi
Namun begitu, perjuangan pasti berhadapan dengan pelbagai mehnah serta tribulasi. Ia ibarat lautan yang bergelora. Perjuangan itu mungkin menghadapi gelombang yang lebih hebat lagi. Sebab perjuangan untuk hidup, melangsungkan kehidupan, mencari erti kebahgiaan, cita-cita dan harapan memang akan berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi.
Sebab itu, hanya mereka yang berani sahaja akan tegar bagi meneruskan perjuangan. Sang Pemberani akan untuh mempertahankan prinsip perjuangan, meskipun ramai yang telah lari meninggalkan barisan perjuangan. Mereka inilah yang akan terus mara dalam perjuangan, sehingga ke titisan darah yang terakhir. Sang Pemberani pasti meniupkan roh kemenangan dan kejayaan yang membakar semangat rakan seperjuangan. Sang Pemberani juga akan bersabar dengan derita perjuangan kerana itu merupakan mahar untuk mengapai Syurga Ilahi.
Namun, perjuangan memerlukan lebih ramai sang Pemberani seperti anda semua bagi mendukung dan menopang perjuangan ke tahap jayanya. Mereka yang menerobos perjuangan kehidupan, perlu memiliki keberanian dalam berjuang. Ingatlah! Sifat berani adalah fitrah yang dianugerahkan kepada mereka yang berjiwa menang. Berani itu kerana Benar dan Takut itu Kerana Salah.
Pengecut Berjiwa Parasit!
Namun tidak dinafikan, dalam hakikat perjuangan ini, ada sekelompok yang hanya duduk sahaja menunggu kemenangan, sekadar bercita-cita mengecap nikmat kemenangan dengan menanguk di air keruh. Inilah Kelompok Pengecut yang berjiwa kecil. Jiwa kerdil mereka menjadikan mereka seperti parasit yang hanya menumpang kejayaan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Ada juga yang hanya tahu menadah telinga mendengar berita palsu serta mengeluarkan bijik mata melihat kezaliman dari Pemberita Munafik. Kelompok ini tidak jujur dengan perjuangan tetapi antara yang awal mendabik dada merayakan kemenangan. Berawaslah kita daripada kelompok ini. Nauzubillahi min zalik!
Marilah kita thabatkan pendirian kita. Dimanakah kita? apakah kita ingin tergolong dalam kalangan kelompok pertama, kedua atau ketiga? atau sekadar berpada sebagai si pengecut yang menunggu sahaja peluang atas perjuangan orang lain?
Jadi marilah kita menjadi manusia mulia yang bersama-sama dengan kelompok para pejuang. Perjuangan memerlukan gabungan mereka yang alim, ikhlas dan berani tetapi tidak si pengecut malah tetap memenangkan si kepala pengecut. Tepuk dada, tanyalah iman diri kita sendiri. Dimanakah Iman kita?

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Islam mempunyai dinding teguh dan pintu yang kukuh. Dinding Islam itu ialah keadilan. Sedang pintunya ialah kebenaran. Apabila dinding itu telah dirobohkan dan pintunya dipecah orang, Islam pun akan dapat di kalahkan. Islam akan sentiasa kuat selama pemerintahannya kuat. Kekuatan pemerintahan tidak terletak dalam angkatan perang atau keperkasaan angkatan kepolisan. Namun, dalam realitinya pelaksanaan yang dijalankan dengan segala kejujuran dan kebenaran serta keadilan".
[Umair Bin Sa'ad]
Wallahu'alam.
Jul 6, 2011
Cinta Itu Bukan Tuhan!
Alhamdulillah, sudah masuk bulan Syaában dan tak lama lagi Bulan Ramadhan. Subhanallah... sekejab je kan? rasa macam semalam baru masuk tahun baru. Tetibe dah masuk bulan syaában. Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akhbar!
Al-Kisah...
"Si Fulanah pernah dirisik tetapi melalui YM. Namun, hati si Fulanah ini tidak akan sesekali dibuka untuk lelaki yang belum sah menjadi suaminya. Selepas itu, Mereka jarang berhubung. Kadang-kadang sebulan, kadang-kadang dua bulan, macamtulah. Mereka berhubung pun, bila ada sesuatu perbincangan atau pun pertanyaan."
"Tiba-tiba hati Si Fulanah ini merasakan sesuatu yang mana Si Fulan akan di miliki oleh orang lain kerana itulah Petunjuk Ilahi dalam istikhoroh Si Fulanah. Tidak lama kemudian, jawapan yang Si Fulanah harapkan terlerai dan terjawab juga. Alhamdulillah, tekaannya tepat dan itulah petunjuk sebaik-baiknya dari Pencipta untuknya. Ibu Si Fulan telah memilih muslimah lain sebagai calon isterinya. Kerana Muslimah itu juga, Si Fulan terpaksa buang Si Fulanah dari friendlistnya." Mengadu pilu Si Fulanah pada saya, cuma satu sahaja pesanan saya padanya. "Cinta Bukan Tuhan, Sayang!"
Cinta di Martabatkan terlalu Agung!
Begitulah realitinya kini. Cinta dimartabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung... Demi cinta, segala-galanya berani diterjah dan sanggup di redah. Tidak percaya? bacalah masalah-masalah masyarakat yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah. Ada pulak, Ustaz sanggup berzina dengan anak Murid sendiri. Astagfirullahal'azim. Bila ditanya kenapa? kebanyakkanya menjawab 'Apa boleh buat? kami sudah jatuh cinta!'huhu Naúzubillahi min zalik~
Sahabat-sahabat, inilah bahana menonton filem cinta versi Bollywood, Hollywood atau filem-filem seumpamanya. Lihat sahaja bagaimana hero dan heroin, romeo and juliet dalam filem-filem tersebut sanggup melepaskan apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka. Pengorbanan demi cinta disanjung dan dipuja walaupun jelas melanggar tatasusila dalam beragama. Kerap kali ibu bapa dipinggirkan tetapi ada juga ibu bapa beri galakan, kononnya kerana peredaran zaman, zaman modenla katakan. Apa sahaja plot dan klimaks cinta, Cinta akan dimenangkan. Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta. Betul tak? Tengok jela drama-drama yang ada di Televisyen, baik drama Islamik atau dengan drama biasa bagi saya sama je semuanya. Lebih agungkan Cinta Manusia! Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta.
Mari renungkan sejenak. Cuba tanya pada diri, siapakah yang mengurniakan rasa cinta di dalam hati setiap manusia? tentu sahaja jawabnya ialah Allah s.w.t. Sahabat-sahabat yang dikasihi fillah, Allah mencipta manusia,hati, akal dan perasaannya. Cinta itu pula fitrah yang di kurniakan Allah pada setiap hati.
Cinta Bukan Matlamat.
Cinta itu bukan tujuan, cinta itu hanya jalan. Cinta itu juga bukan matlamat, tapi cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan di cintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan kita diciptakan.
Cinta itu mengikat hati antara lelaki dan wanita untuk sama-sama membentuk Ikatan Perkahwinan demi menyempurnakan agama. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud..
"Apabila seorang hamba Allah itu berkahwin, ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka, separuh yang lainya hendaklah ia bertakwa kepada Allah". (Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'b al-Iman daripada Anas)
Bagi saya, cinta (perkahwinan) memang penting tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta terutama sekali bagi orang yang sedang bercinta sebelum berkahwin. Tujuan sebenar cinta itu sering dipinggirkan. Sebab itu, ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci juga dipinggirkan. Kononnya, cinta itu sangat suci dan bersih.
Oleh kerana itu juga, saya tidak berani bermain dengan cinta. Takut bila menganggap cinta itu sebagai Tuhan, dan mati pun boleh dianggap mati dalam keadaan syirikkan Allah! Nauzubillahi min zalik! Moga-moga, kita semua mati dalam keadan baik..iaitu Husnul Khotimah..insyaAllah..ameen!
Saya berpegang kepada kata-kata Ibnu Sina : "Tiada kehidupan yang lebih singkat di Usia remajaku daripada menerima ilmu yang luas".
Jadi, gunakanlah masa bujang kita dan juga masa remaja kita sebaiknya. Misal kata, kita bercinta sebelum berkahwin, pastu ia terjadi pula kepada anak kita, malah lebih dasyat dari itu. Apa pula, pengajaran yang harus kita berikan kepada anak-anak kita? kalau kita sendiri yang melakukannya semasa kita zaman remaja..Astagfirullahalázim! Anak-anak kita adalah khalifah yang Allah Ta'ala amanahkan kepada kita sahabat-sahabat. Jangan gunakan masa yang ada untuk mensia-siakan diri sendiri. Kelak, diri sendiri juga yang rugi. Ilmu tarak, kehidupan pun tarak. Nauzubillahi min zalik! Pesanan ini sentiasa dan selamanya buat diri saya dan juga anda semua..insyaAllah!
Jadi, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita kearah yang lebih baik.InsyaAllah, Umat Islam sentiasa BOLEH! ^^,

Wallahuálam~
Jun 28, 2011
13 Kejadian Aneh Dalam Israk Mikraj?
Alhamdulillah ála kulli hallin wa astagfirullahal'azim. Pejam celik..pejam celik, insyaAllah tepat jam 12 malam ni, ia mengenangkan kita kembali kepada satu peristiwa yang amat bermakna buat Umat Islam sepanjang zaman. Peristiwa yang dimaksudkan adalah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan. Ia berlaku pada malam 27 Rejab , tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.a.w.
Bila dikatakan satu peristiwa yang menakjubkan, jadi terdapat 13 kejadian aneh dan menakjubkan sepanjang hari tersebut. Subhanallah.. mari kita hayati dan fahami setiap kejadian aneh tersebut. Semoga ia memberi ibrah dan keinsafan buat diri kita.
1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2) Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
3) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai ke tua.
13) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Jadi, Ingatlah sahabat-sahabat, setiap amalan baik serta buruk kita semuanya telah dicatatkan dalam buku amalan kita. Ke mana kaki kita melangkah semuanya di catat oleh Malaikat kiri dan kanan bahu kita. Marilah kita sama-sama berfikir sejenak dan bermuhasabah sejenak, apakah amalan yang telah kita lakukan selama mana kita hidup di dunia? adakah diterima Allah atau tidak?
Jadi, Perbanyakkanlah amalan-amalan sunat, pergilah ke surau-surau yang berdekatan untuk mendengar ceramah. Ilmu itu tidak datang dengan sendirinya sahabat-sahabat, ia perlu dicari dan di gali. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini bukan kali terakhir tapi sekiranya ia kali terakhir, maka rebutlah peluang terakhir itu. Renung-renungkanlah dan Insafilah.. Astagfirullahal'azim...
Hayatilah lagu ini..
Ya Allah,
sesungguhnya aku Hamba yang Maha Faqir,
Sentiasa mengharap kekayaanMU,
Ya Allah,
aku hamba yang Maha Lemah,
Sentiasa mengharap kepada BantuanMU..
Wallahu'alam~
Jun 22, 2011
Mengapa Selalu Fikir Soal Cinta & Hati? Mengapa?
Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh nun disana.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya? fikirkanlah sebelum memilih jalan yang terlalu mudah.
Mari Menjadi Hamba kepada penciptaMenjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!
Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Berapa ramai manusia zaman kini yang kecewa dengan cinta? berapa ramai manusia zaman kini yang sanggup bergadai nyawa hanya kerana untuk mendapatkan cinta manusia? Janganlah kerana kita terlalu memikirkan soal cinta sampai sanggup korbankan segala-galanya tanpa memikirkan tanggungjawab yang sebenar-benarnya kepada Sang Pencipta.
Oleh itu, carilah cinta Ilahi sebelum kita mencari Cinta Manusia. InsyaAllah, dengan cinta Ilahi urusan kita akan dipermudahkan dengan urusan cinta manusiawi.
Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."
Jun 20, 2011
Pangkor Vs Putrajaya!
Alhamdulillah.. selesai sudah 2 projek minggu lepas. Nak tahu Projek gapo? projek Cuti-cuti Malaysia dengan projek Kem Pendidikan Mara la. kui3 Okeh, InsyaAllah saya akan cite satu persatu. Pengalaman itu perlu dikongsi bukan disimpan, kan-kan? InsyaAllah.
1st day
Kami bertolak dari sabak Bernam ke Lumut pada jam 1 tengahari dan sampai di Lumut jam 3 petang. Selepas itu, kami naik ferry jam 3.30 petang. Sesampai je kami di Jety Pangkor. Kami naik Van Pink dan terus bawa kami ke Tempat Penginapan di Purnama Resort. 1 bilik 5 orang, kebetulan pula muslimat yang join 5 orang je. Dan Muslimin pulak 10 orang je. Sikit kan? tapi nak buat macammana, semuanya sibuk.huhu Tapi takpelah, asalkan seronok. hihi Malam pula kami keluar pergi makan. Tapi saya tak tempah sebab perut da masuk angin so baik takyah makan..huhu Kongsi jelah.. takdela membazir sangat.hohO
2nd day
Jam 8 pagi kami bergerak ke Pantai. Pelbagai game yang kami main. Antaranya 'Dukung Sayang' tapi kami tak main, muslimin je main. Malu kot..huhu Pastu, pas main Explorace.. kami main Banana. Banana tu tahu apa? alah yang ditarik dengan Bot kat atas pantai tu. Best sangat! Pengalaman baru. Sebab selama ni pergi melancong tak pernah main permainan air ni. Asyik-asyik shoping..shoping..shoping...huhu Tapi ganas jugak permainan ni, sampai ada yang terhantuk pulak tu.. Benjol kat tepi mata.isk3
Selepas solat Zohor kami bersiap-siap untuk pusing pulau dengan bot. Hampir ke Indon kami pusing.. cecey.. takdelah. hihi Lepas itu kami singgah di sebuah pulau. Di situlah kami buat Snorkling (betul ke ejaannya??hmm..hantaram sajalah labu..hehe) , main kayak di sekeliling pulau, pastu masak BBQ.. Yummy..^^,
Hari pun dah masuk waktu malam, selesai solat dah boleh makan-makan. Pastu bersiap-siap nak balik Chalet. Kami ingatkan naik bot balik, rupanya kena redah hutan barulah boleh balik bilik. Jadi, kami redah jelah hutan.. ingatkan jauh mana, rupanya tak sampai setengah jam dah sampai ke Pekan Pangkor. Huh! Dasyat Pengalaman time tu. Tapi saya memang suka mendaki pun.. dah biasa dididik sejak Sekolah Menengah lagi. hohO
Sampai je bilik, bersih kan diri terus tidur. Penat + Ngantuk! huhu
3nd day ( Last Day)
Waktu pagi takde buat pape, kalau ikutkan ada game tapi semuanya malas. Jadi, jam 11 tengahari kot barulah bersiap-siap naik ferry. Pastu kami bershopping di Lumut je. Sekejab je kami Shopping sebab takde ape sangat kat Pulau Pangkor. Then, balik Sabak Bernam terus tukar kete. Pada mulanya saya balik dengan kete Muslimat pastu naik kete Muslimin sebab nak kena cepat balik KL.
Sampai je rumah jam 10 malam, pastu terus siap-siap p Masjid Putra at Putrajaya. Allahu Rabbi, memang penat sangat. Sampai je sana, ada briefing tok Program esoknya. Pastu balik bilik terus tidor. Ya Allah penatnya hanya Allah sahaja yang tahu.
Program tersebut dinamakan Kem Kepimpinan YPM. Peserta terdiri dari pelajar yang belajar di sekitar Putrajaya dan diketegorikan Pelajar Gred D. Maksudnya camne tu? ha.. maksudnya pelajar yang agak nakalla. Tapi alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar. Part yang paling saya suka, part akhir sekali iaitu sesi munasabah bersama parents yang hadir. Ya Allah, memang tak jangka macam tu sekali impaknya. Dan Alhamdulillah, saya dapat adik usrah baru. kui3
Program ini diadakan selama 2 hari 1 malam. Pelbagai aktiviti diadakan untuk peserta. Dan kami mendapati respon yang sangat baik dari peserta yang hadir. InsyaAllah kejayaan milik mereka semua.. ameen! ^^, Salam Ukhuwah fillah juga diucapkan kepada Fasi-fasi yang baru kenal. huhu Alhamdulillah, di sini juga saya dapat pilihan nak beli Kamera DSLR yang mana 1..hihi sebab ada sorang peserta lelaki ni, dia bawak kamera DSLR die.. saya tryla.. yaAllah, cantik sangat gambarnya bila ditangkap. EOS 500D tak silap saya.. Wallahu'alam. Nanti try cari balik..hohO
Cuma kekadang saya rasa bersalah bila mengalami situasi Fasilitator sendiri tidak menjaga pergaulan. Even kita menganggap sahabat yang bukan muhrim seperti adik beradik kita sendiri tetapi syariat tetap membataskan pergaulan bebas antara lelaki dan juga perempuan. Sama-samalah kita menjaga adab pergaulan kita sesama muslim. InsyaAllah..ameen! Asif diatas segala kekurangan selama mana saya menjadi fasi. Mungkin ini salah satu langkah saya dalam menyertai beberapa consultant bagi mencapai impian dalam membuka consultant sendiri bersama sahabat-sahabat perjuangan yang lain. InsyaAllah, mudah-mudahan..ameen!
Sebelum tu,Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput saya sebagai Fasilitator. Yang paling saya seronok adalah saya sudah jumpa kenalan dari Indonesia. InsyaAllah, harapan untuk menziarahi Medan, Indonesia akan tercapai suatu hari nanti. Biiznillah..ameen! ^^,
Owh ye.. hari ni hari bapa ye? tapi bagi saya, hari-hari hari bapa. ( Bapa banyak hari dah..=.= ) Selamat hari bapa Abah! Semoga Abah berjaya di dunia & juga akhirat dan sentiasa di cucuri rahmat serta kasih sayang Ilahi..ameen! Akak sayang Abah! ^_^

| Macam-macam ada..kui3 |

| Inilah banana nye.. hehe Syok Habis! ^_^ |
Sampai je bilik, bersih kan diri terus tidur. Penat + Ngantuk! huhu
3nd day ( Last Day)
Waktu pagi takde buat pape, kalau ikutkan ada game tapi semuanya malas. Jadi, jam 11 tengahari kot barulah bersiap-siap naik ferry. Pastu kami bershopping di Lumut je. Sekejab je kami Shopping sebab takde ape sangat kat Pulau Pangkor. Then, balik Sabak Bernam terus tukar kete. Pada mulanya saya balik dengan kete Muslimat pastu naik kete Muslimin sebab nak kena cepat balik KL.
| Kenangan Terindah at Jeti Ferry..hohO |
Sampai je rumah jam 10 malam, pastu terus siap-siap p Masjid Putra at Putrajaya. Allahu Rabbi, memang penat sangat. Sampai je sana, ada briefing tok Program esoknya. Pastu balik bilik terus tidor. Ya Allah penatnya hanya Allah sahaja yang tahu.
Program tersebut dinamakan Kem Kepimpinan YPM. Peserta terdiri dari pelajar yang belajar di sekitar Putrajaya dan diketegorikan Pelajar Gred D. Maksudnya camne tu? ha.. maksudnya pelajar yang agak nakalla. Tapi alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar. Part yang paling saya suka, part akhir sekali iaitu sesi munasabah bersama parents yang hadir. Ya Allah, memang tak jangka macam tu sekali impaknya. Dan Alhamdulillah, saya dapat adik usrah baru. kui3
| Barisan Fasilitator Muslimat dan tetibe penyibuk sorang muslimin di belakang. hohO |
Program ini diadakan selama 2 hari 1 malam. Pelbagai aktiviti diadakan untuk peserta. Dan kami mendapati respon yang sangat baik dari peserta yang hadir. InsyaAllah kejayaan milik mereka semua.. ameen! ^^, Salam Ukhuwah fillah juga diucapkan kepada Fasi-fasi yang baru kenal. huhu Alhamdulillah, di sini juga saya dapat pilihan nak beli Kamera DSLR yang mana 1..hihi sebab ada sorang peserta lelaki ni, dia bawak kamera DSLR die.. saya tryla.. yaAllah, cantik sangat gambarnya bila ditangkap. EOS 500D tak silap saya.. Wallahu'alam. Nanti try cari balik..hohO
Cuma kekadang saya rasa bersalah bila mengalami situasi Fasilitator sendiri tidak menjaga pergaulan. Even kita menganggap sahabat yang bukan muhrim seperti adik beradik kita sendiri tetapi syariat tetap membataskan pergaulan bebas antara lelaki dan juga perempuan. Sama-samalah kita menjaga adab pergaulan kita sesama muslim. InsyaAllah..ameen! Asif diatas segala kekurangan selama mana saya menjadi fasi. Mungkin ini salah satu langkah saya dalam menyertai beberapa consultant bagi mencapai impian dalam membuka consultant sendiri bersama sahabat-sahabat perjuangan yang lain. InsyaAllah, mudah-mudahan..ameen!
Sebelum tu,Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput saya sebagai Fasilitator. Yang paling saya seronok adalah saya sudah jumpa kenalan dari Indonesia. InsyaAllah, harapan untuk menziarahi Medan, Indonesia akan tercapai suatu hari nanti. Biiznillah..ameen! ^^,
Owh ye.. hari ni hari bapa ye? tapi bagi saya, hari-hari hari bapa. ( Bapa banyak hari dah..=.= ) Selamat hari bapa Abah! Semoga Abah berjaya di dunia & juga akhirat dan sentiasa di cucuri rahmat serta kasih sayang Ilahi..ameen! Akak sayang Abah! ^_^
Wallahu'alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)