Jun 28, 2011

13 Kejadian Aneh Dalam Israk Mikraj?



Alhamdulillah ála kulli hallin wa astagfirullahal'azim. Pejam celik..pejam celik, insyaAllah tepat jam 12 malam ni, ia mengenangkan kita kembali kepada satu peristiwa yang amat bermakna buat Umat Islam sepanjang zaman. Peristiwa yang dimaksudkan adalah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan. Ia berlaku pada malam 27 Rejab , tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.a.w. 


Bila dikatakan satu peristiwa yang menakjubkan, jadi terdapat 13 kejadian aneh dan menakjubkan sepanjang hari tersebut. Subhanallah.. mari kita hayati dan fahami setiap kejadian aneh tersebut. Semoga ia memberi ibrah dan keinsafan buat diri kita. 


1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2) Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

3) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


10) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai ke tua.

13) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.



Jadi, Ingatlah sahabat-sahabat, setiap amalan baik serta buruk kita semuanya telah dicatatkan dalam buku amalan kita. Ke mana kaki kita melangkah semuanya di catat oleh Malaikat kiri dan kanan bahu kita. Marilah kita sama-sama berfikir sejenak dan bermuhasabah sejenak, apakah amalan yang telah kita lakukan selama mana kita hidup di dunia? adakah diterima Allah atau tidak? 


Jadi, Perbanyakkanlah amalan-amalan sunat, pergilah ke surau-surau yang berdekatan untuk mendengar ceramah. Ilmu itu tidak datang dengan sendirinya sahabat-sahabat, ia perlu dicari dan di gali. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini bukan kali terakhir tapi sekiranya ia kali terakhir, maka rebutlah peluang terakhir itu. Renung-renungkanlah dan Insafilah.. Astagfirullahal'azim...


Hayatilah lagu ini.. 




Ya Allah,
sesungguhnya aku Hamba yang Maha Faqir, 
Sentiasa mengharap kekayaanMU, 
Ya Allah,
aku hamba yang Maha Lemah,
Sentiasa mengharap kepada BantuanMU..
http://www.smileycodes.info


Wallahu'alam~ 

Jun 22, 2011

Mengapa Selalu Fikir Soal Cinta & Hati? Mengapa?


Hubbullah
Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh nun disana.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya? fikirkanlah sebelum memilih jalan yang terlalu mudah.
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.


Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!


Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.


Berapa ramai manusia zaman kini yang kecewa dengan cinta? berapa ramai manusia zaman kini yang sanggup bergadai nyawa hanya kerana untuk mendapatkan cinta manusia? Janganlah kerana kita terlalu memikirkan soal cinta sampai sanggup korbankan segala-galanya tanpa memikirkan tanggungjawab yang sebenar-benarnya kepada Sang Pencipta.


Oleh itu, carilah cinta Ilahi sebelum kita mencari Cinta Manusia. InsyaAllah, dengan cinta Ilahi urusan kita akan dipermudahkan dengan urusan cinta manusiawi. 


Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

Wallahu'alam.

Artikel from : http://www.iluvislam.com

Jun 20, 2011

Pangkor Vs Putrajaya!

Alhamdulillah.. selesai sudah 2 projek minggu lepas. Nak tahu Projek gapo? projek Cuti-cuti Malaysia dengan projek Kem Pendidikan Mara la. kui3 Okeh, InsyaAllah saya akan cite satu persatu. Pengalaman itu perlu dikongsi bukan disimpan, kan-kan? InsyaAllah.

1st day
Kami bertolak dari sabak Bernam ke Lumut pada jam 1 tengahari dan sampai di Lumut jam 3 petang. Selepas itu, kami naik ferry jam 3.30 petang. Sesampai je kami di Jety Pangkor. Kami naik Van Pink dan terus bawa kami ke Tempat Penginapan di Purnama Resort. 1 bilik 5 orang, kebetulan pula muslimat yang join 5 orang je. Dan Muslimin pulak 10 orang je.  Sikit kan? tapi nak buat macammana, semuanya sibuk.huhu Tapi takpelah, asalkan seronok. hihi Malam pula kami keluar pergi makan. Tapi saya tak tempah sebab perut da masuk angin so baik takyah makan..huhu Kongsi jelah.. takdela membazir sangat.hohO

| Macam-macam ada..kui3 | 

2nd day
Jam 8 pagi kami bergerak ke Pantai. Pelbagai game yang kami main. Antaranya 'Dukung Sayang' tapi kami tak main, muslimin je main. Malu kot..huhu Pastu, pas main Explorace.. kami main Banana. Banana tu tahu apa? alah yang ditarik dengan Bot kat atas pantai tu. Best sangat! Pengalaman baru. Sebab selama ni pergi melancong tak pernah main permainan air ni. Asyik-asyik shoping..shoping..shoping...huhu Tapi ganas jugak permainan ni, sampai ada yang terhantuk pulak tu.. Benjol kat tepi mata.isk3

Selepas solat Zohor kami bersiap-siap untuk pusing pulau dengan bot. Hampir ke Indon kami pusing.. cecey.. takdelah. hihi Lepas itu kami singgah di sebuah pulau. Di situlah kami buat Snorkling (betul ke ejaannya??hmm..hantaram sajalah labu..hehe) , main kayak di sekeliling pulau, pastu masak BBQ.. Yummy..^^,

Hari pun dah masuk waktu malam, selesai solat dah boleh makan-makan. Pastu bersiap-siap nak balik Chalet. Kami ingatkan naik bot balik, rupanya kena redah hutan barulah boleh balik bilik. Jadi, kami redah jelah hutan.. ingatkan jauh mana, rupanya tak sampai setengah jam dah sampai ke Pekan Pangkor. Huh! Dasyat Pengalaman time tu. Tapi saya memang suka mendaki pun.. dah biasa dididik sejak Sekolah Menengah lagi. hohO

| Inilah banana nye.. hehe Syok Habis! ^_^ |

Sampai je bilik, bersih kan diri terus tidur. Penat + Ngantuk! huhu

3nd day ( Last Day)
Waktu pagi takde buat pape, kalau ikutkan ada game tapi semuanya malas. Jadi, jam 11 tengahari kot barulah bersiap-siap naik ferry. Pastu kami bershopping di Lumut je. Sekejab je kami Shopping sebab takde ape sangat kat Pulau Pangkor. Then, balik Sabak Bernam terus tukar kete. Pada mulanya saya balik dengan kete Muslimat pastu naik kete Muslimin sebab nak kena cepat balik KL.

| Kenangan Terindah at Jeti Ferry..hohO |

Sampai je rumah jam 10 malam, pastu terus siap-siap p Masjid Putra at Putrajaya. Allahu Rabbi, memang penat sangat. Sampai je sana, ada briefing tok Program esoknya. Pastu balik bilik terus tidor. Ya Allah penatnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Program tersebut dinamakan Kem Kepimpinan YPM. Peserta terdiri dari pelajar yang belajar di sekitar Putrajaya dan diketegorikan Pelajar Gred D. Maksudnya camne tu? ha.. maksudnya pelajar yang agak nakalla. Tapi alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar. Part yang paling saya suka, part akhir sekali iaitu sesi munasabah bersama parents yang hadir. Ya Allah, memang tak jangka macam tu sekali impaknya. Dan Alhamdulillah, saya dapat adik usrah baru. kui3

| Barisan Fasilitator Muslimat dan tetibe penyibuk sorang muslimin di belakang. hohO |

Program ini diadakan selama 2 hari 1 malam. Pelbagai aktiviti diadakan untuk peserta. Dan kami mendapati respon yang sangat baik dari peserta yang hadir. InsyaAllah kejayaan milik mereka semua.. ameen! ^^, Salam Ukhuwah fillah juga diucapkan kepada Fasi-fasi yang baru kenal. huhu Alhamdulillah, di sini juga saya dapat pilihan nak beli Kamera DSLR yang mana 1..hihi sebab ada sorang peserta lelaki ni, dia bawak kamera DSLR die.. saya tryla.. yaAllah, cantik sangat gambarnya bila ditangkap. EOS 500D tak silap saya.. Wallahu'alam. Nanti try cari balik..hohO

Cuma kekadang saya rasa bersalah bila mengalami situasi Fasilitator sendiri tidak menjaga pergaulan. Even kita menganggap sahabat yang bukan muhrim seperti adik beradik kita sendiri tetapi syariat tetap membataskan pergaulan bebas antara lelaki dan juga perempuan. Sama-samalah kita menjaga adab pergaulan kita sesama muslim. InsyaAllah..ameen! Asif diatas segala kekurangan selama mana saya menjadi fasi. Mungkin ini salah satu langkah saya dalam menyertai beberapa consultant bagi mencapai impian dalam membuka consultant sendiri bersama sahabat-sahabat perjuangan yang lain. InsyaAllah, mudah-mudahan..ameen!

Sebelum tu,Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput saya sebagai Fasilitator. Yang paling saya seronok adalah saya sudah jumpa kenalan dari Indonesia. InsyaAllah, harapan untuk menziarahi Medan, Indonesia akan tercapai suatu hari nanti. Biiznillah..ameen! ^^,

Owh ye.. hari ni hari bapa ye? tapi bagi saya, hari-hari hari bapa. ( Bapa banyak hari dah..=.= ) Selamat hari bapa Abah! Semoga Abah berjaya di dunia & juga akhirat dan sentiasa di cucuri rahmat serta kasih sayang Ilahi..ameen! Akak sayang Abah! ^_^

Wallahu'alam.

Jun 13, 2011

2 Program yang bermakna buat diriku.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dengan limpahan kasih sayang serta kurnia-Nya, kita masih dapat bernafas hingga ke hari ini. Alhamdulillah Ya Allah! ^^,

Oklah, sudah seminggu lebih ana tak update blog. Kadang-kadang sebulan..hihi Rindu jugak sekali sekala sebab asyik bertakung je idea dalam kepala otak ni. Tapi masa tak mengizinkan.. huhu Takpelah, semoga setiap entry ana memberi manfaat buat pembaca dan diri ana juga..insyaAllah..ameen!^_^


Minggu yang lalu, ana telah mengikuti Program Kem Eksplorasi Smartleader's di Menara Maybank, Jln. TAR (Jalan Tengku Abdul Rahman) under CSQ Training & Consultantcy berkerjasama dengan PKIMB (Persatuan Kelab Islam Malayan Bank). Alhamdulillah, terubat juga rindu ana dengan minat ana untuk menjadi Fasililtator kembali. Pada mulanya, ada program sebelum tu kat Masjid Negeri. Tapi waktu tak mengizinkan sebab Abah dan ibu  serta sedara mara yang lain nak pergi Umrah. Jadi, kalutlah cari peganti tok gantikan tempat ana sebagai Fasilitator. Dan Alhamdulillah dapat juga. ^^,


Kem Smartleader's ni terdiri daripada anak-anak Maybank tu sendiri. Nak tahu bapa yuran seorang? em kalau anak Maybank RM80 seorang tapi kalau bukan RM100 seorang. ha.. mahal x?? ngeh3 tapi Ilmu dalam Program ni lebih mahal dari yuran peserta. Betul tak?? kui3 Think About That..:) Peserta terdiri dari Umur 8 tahun hingga 17 tahun. Jadi, ramailah budak-budak kecik yang sertai program ni. Ya Allah, kiut sangat. Ana dahla suka dengan budak-budak ni.hihi Tapi bila Camera DSLR dah ada kat tangan..hmm~ habis gambar budak-budak kecik tu ana tangkap. hohO tapi takde kat ana la.. ada kat kawan ana. huhu

 | Cutenya adik-adik ni..^_^ |

| Smartleader's Terbaik! :) |

Ya Allah, seronok sangat bila join jadi Fasi. Macam-macam ilmu yang ana dapat dari Program ni. Dakwah tu luas tau.. tapi macammana kita nak sebarkan dakwah adalah dengan menyertai Program-program beginilah. Sebab di sinilah ia mengajar kita cara nak berdakwah kepada setiap marhalah. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Alhamdulillah. Dan apa yang ana perhatikan, peserta yang sertai program ni terlalu bijak! bila ditanya result UPSR, PMR dan SPM, semuanya mantap-mantap..huhu Dasyat~=.=

Program tersebut berlangsung selama 2 hari (Rabu & khamis). Diadakan di Menara Maybank tersebut tapi dalam Masjid Al-Insaf yang diilhamkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Dan Alhamdulillah,ana dapat sahabat baru. Dijah, Azhani, Fatin dan lain-lain. Salam Ukhuwahfillah semua. ^^,

Selepas itu, Hari Sabtunya pulak ana ada Bengkel Teknologi Promosi dan Pemasaran Internet di UIA Gombak. Ana bukan p sorang tapi 3 orang dari UM. Tapi dalam bengkel tersebut semuanya student UIA, kami bertiga jelah dari UM. hohO Speakernye Puan Wan Hazira dari PKNS. Kalau nak tahu, seorang peserta di bayar oleh PKNS RM600 tapi kami kne bayar yuran just RM3 je.. huhu

Dalam seminar tu, kami di ajar bagaimana nak buat pemasaran dalam blog. Macammana nak buat order form and bla..bla..bla.. Tibe-tibe, beliau adakan pertandingan pulak. Dia suruh buat blog untuk pasarkan produk kite. 1 kumpulan 3 orang. Cukup-cukuplah kami 3 orang. hehe Kami punyalah blur nak pasarkan apa benda ni. Pastu fikir-fikir balik.. kami buat Graphic Design Services. Memandangkan itu kerjaya sementara kami, jadi kami pasarkanlah produk kami sendiri. hehe

Akhirnya kami kena present kat depan. Bayangkan semuanya dak UIA kami bertiga je budak UM. huhu Masing-masing present dengan bagus sekali. Ada yang guna blog pemasaran yang sedia ada, dan kami bertiga ni pulak, tak tahu apa-apa. Pastu tergopoh-gopohla nak buat blog. hehe Akhirnya, bila semua da present, result pun keluar. Dan keputusannya membuatkan kami rasa bersalah..huhu Eh sebelum tu nak tahu hadiahnya apa? 3 tiket free Seminar Millionaire Mind di PWTC yang bernilai RM400 tak silap ana. Keputusannya berpihak kepada kami bertiga, alangkah rasa bersalahnya kami. huhu Yelah semuanya dak UIA, kami bertiga je dak UM.

Tapi alhamdulillah kami bersyukur ada rezeki yang Allah beri kat sana. Akan tetapi, tapi lagi. hehe Ana tak dapat join seminar tersebut sebab hari ini ana kena bertolak ke sabak bernam sebab esok pagi ana akan bertolak ke Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam sebab ada Reunion Anak-anak Selangor masa ana di Nilam Puri. Lepas balik je dari Pulau Pangkor, ana jadi Fasi lagi di Masjid Putrajaya. huhu Tapi takpelah, ana minta orang lain tolong gantikan tempat ana tu. Mahal kot tiket tu. hmm~

Oklah sahabat-sahabat, sekian dahulu dari ana. Ana dah lambat ni..huhu Tapi ingat ye, jangan sia-siakan waktu cuti anda dengan tido. hehe Joinla apa sahaja Program. InsyaAllah ia bermanfaat buat diri kita sendiri. Lagi satu, Pengalaman tu sebenarnya lebih Mahal dari Wang Ringgit.

Wallahu'alam ^_^

Jun 5, 2011

Perhitungan Antara Keperluan Dan Kehendak!

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah,masih diberi nikmat hidup di bumi ni. Bila dihitung-hitung, sampai tak terhitung nikmatnya. Cuba anda kira apa nikmat yang telah Allah beri hari ini? nikmat hidup, nikmat bernafas, nikmat udara, nikmat penglihatan dan sebagainya, tak terkira rasanya. Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah mengurniakan kita segala nikmatNya dengan sifatnya Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah..

Pertama-tama sekali, asif jiddan kerana dah lama tak update. huhu Keje banyak ke? program banyak ke? wallahu'alam. Saya pun tak tahu. Alhamdulillah, khamis lepas abah dan ibu sudah selamat sampai ke makkah Al-mukarramah bagi menunaikan umrah. Ibu kol pagi tadi, rasa tenang sikit. hihi semoga umrah mereka dimakbulkan dan dipermudahkan umrahnya di sana..ameen! :)

Jadi, apa entry kita kali ini? hmm.. senanye tak tahu nak coretkan tentang apa di teratak ini. Tapi saya ada satu perbincangan untuk kita bincangkan bersama. insyaAllah.. Okeh, apa itu keperluan? Keperluan itu adalah sesuatu yg perlu, perkara yg asasi, maknanya sesuatu yang wajib ada. Tapi keperluan itu boleh juga dikatakan kehendak.

Bagaimana pula dengan kehendak? kehendak itu adalah sesuatu yang kita mahu, yg kita inginkan. Mungkin juga boleh dikatakan kehendak dari nafsu-nafsi diri kita. Bunyi agak kritikalkan. Tapi itulah hakikatnya maksud kehendak. Tapi kadang-kadang keperluan itu juga boleh dijadikan kehendak. Dan kehendak juga boleh dijadikan keperluan.

Dalam kehidupan ni macam-macam yang perlu kita buat perhitungan, boleh juga dikatakan sebagai pilihan. Lagi-lagi bila kita sudah masuk alam Universiti, macam-macam jenis yuran yang perlu kira bayar. Yuran pengajian la, yuran kampus la. Pastu bila mana kita sudah masuk kampus, macam-macam persatuan yang akan kita sertai. Jadi, bila sudah jadi begitu.. duit dari PTPTN pun tidak mencukupi. pening kan?? pening-pening. huhu tapi saya tak amik PTPTpu, PAMA yang tanggung semua. ha... itu lagila pening pale bila takde duit, sebab saya tak suka mintak-mintak..huk3 bila terdesak sangat-sangat, barula rayu-rayu nak mintak. hehe

Jadi, bila sudah jadi begitu.. dalam bab makan juga perlu buat perhitungan. Bagi ahli gerakan, Makan itu sebagai kehendak dan sedekah itu sebagai satu keperluan. Kerana apa?? kerana bagi mereka, bila dapat 2-3 suap nasi itu sudah kira bersyukur bagi mereka. Itu mungkin bagi ahli gerakan yang miskin, kerana setahu saya ada Gerakan yang kaya dan ada juga Gerakan yang Miskin. Gerakan yang miskin inilah yang membentuk ahlinya agar lebihkan bersedekah dari melebihkan kehendak diri. InsyaAllah. Orang kata apa? biar Miskin harta tapi jangan miskin Ilmu.


Sekarang ni, saya berkehendakkan Camera DSLR.. kerana ia menjadi satu keperluan dalam kerja saya. Tapi nak beli sesuatu pun, kena fikir 10 kali kot. huhu Tapi setelah saya buat beberapa perhitungan dan akhirnya, adalah kumpul duit dan dapatkan Camera DSLR..InsyaAllah! Macammana nak kumpul duit ek?? keje pun tidak! huhu Tapi takpe... rezeki itu sentiasa ada, cuma kita kena yakin dan berusaha. Boleh? InsyaAllah boleh! ^^,

Tapi kan, kadang-kadang bila kita berkehendakkan sesuatu ia juga boleh mendatangkan kepada pembaziran. Misalnya, bila kita pergi bershopping.. lagi-lagi bila awal bulan,kan masuk gaji. Asal bershopping je, bila baju barulah, kasut barulah, handphone pun nak baru. Walhal, baju dalam almari tu berlambak-lambak belum pakai lagi, kasut pulak, ada lagi yang belum bukak dari kotak. Handphone pun baru beli sebulan jagung dah beli handphone baru. isk3 dasyat kan?? itulah namanya membazir. Ingat ye sahabat-sahabat, Allah tak suka dengan hambanya yang suka membazir. Pakai handphone Nokia biasa pun oklah, asalkan boleh bermeseg, boleh call dan yang paling penting tahan lama. Hentak banyak kali pun tak rosak-rosak.. ha.. ade ke?? ada..insyaAllah! macam handset saya la kot.. saya kan suka campak-campak handset..hihi gurau-gurau..=.=

Oklah, setakat ini dahulu coretan saya kali ini. Oh ye, bulan rejab dah masuk kan..? so, Macammana persiapan anda untuk menghadapi bulan Ramadhan akan datang ye?hmm.. renung-renungkan ye. Dalam bulan Ramadhan nantilah kita akan banyak buat perhitungan. Yelah, bila nak dekat-dekat raya tukan, mesti berkira-kira nak baju raya berapa pasangla, kasut berapa pasangla, walhal baju raya tahun lepas tak pakai lagi. ngeh3 Buat perhitungan tu biar berpada-pada ya.:) Pesanan buat sahabat-sahabat perempuan yang belum habis ganti puasa, cepat-cepat habiskan ya. Tapi lainkali jangan suka lambat-lambat ganti puasa. Tak elok tangguh-tangguh. kui3

Allahumma bariklana fi rajab wa syaában wa ballighna fi Ramadhan, Ameen! ^_^

Wallahu'alam~ 

May 13, 2011

Dia sahabat sejatiku!



“Tak ada sahabat sejatimu kecuali dia yang paling tahu aibmu, dan tidak ada (sahabat seperti itu) kecuali Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Sebaik-baik sahabatmu adalah yang menuntutmu, tetapi sama sekali tuntutan itu tidak ada kepentingannya darimu untuk-nya.”Tak ada yang lebih tahu aib kita secara detil dan rinci melainkan Allah swt, karena Dia-lah yang tak pernah meninggalkan anda ketika anda dalam kondisi hina dan tidak menolak anda ketika anda dalam kondisi sangat kurang, bahkan senantiasa mengasihi anda dalam situasi apa pun.
Pada saat begitu Dia memerintahkan anda dan melarang anda, namun anda maksiat pada-Nya, namun Dia tidak meninggalkan anda, bahkan dengan rasa belas kasih-Nya Dia memanggilmu untuk datang kepada-Nya di saat anda alpa.Namun jika yang tahu aib anda secara detil itu adalah makhluk, maka para makhluk pun justru meninggalkan anda dan melempari anda atas perbuatan anda selama ini. Namun Allah Swt dengan segala cinta dan kasih sayang-Nya senantiasa malah menjaga anda. Namun yang menyadari itu sangat sedikit.

Allah Swt tidak pernah meminta imbal balik kita dibalik perlindungan, perintah, tuntutan dan larangan-Nya. Sedangkan pergaulan dan persahabatan dengan makhluk penuh dengan tuntutan dan kepentingan. Maka sahabat sejati sesungguhnya yang menyadarkan kepentingan yang kembali pada diri kita, hal-hal yang berguna maupun hal-hal mana yang berbahaya.

Namun rasa yakin yang rendah dan lemah membuat anda terhijab dari semua itu. Karena itu Ibnu Athaillah melanjutkan:
“Seandainya cahaya yaqin memancar, pasti anda melihat akhirat lebih dekat padamu dibanding anda menempuhnya. Dan sungguh anda memandang keindahan dunia tak lebih dari reruntuhan fana yang tampak padanya.”


Dunia hanyalah khayal dalam wujudnya, apabila anda benar-benar tercerahi oleh cahaya yaqin.
Ahmad bin Ashim al-Anthaky ra menegaskan, “Yaqin adalah nur yang dijadikan Allah swt dalam hati hamba-Nya, hingga ia melihat perkara akhiratnya dan cahaya itu membakar semua hijab antara Dia dan dirinya, sampai akhirat tampak begitu jelas dalam perspektifnya.”
Suatu hari Rasulullah Saw, bertanya kepada Haritsah ra, “Apa kabarmu pagi ini wahai Haritsah?”
“Saya dalam kondisi beriman yang benar,” jawab Haritsah.
Rasulullah saw, bersabda, “Setiap kebenaran ada hakikatnya, lalu apa hakikat imanmu?”
“Seakan-akan saya berada di Arasy Tuhanku benar-benar ditegakkan dan saya melihat ahli syurga sedang menikmati nikmat-nikmat-Nya di syurga dan ahli neraka sedang saling minta pertolongan,” kata Haritsah.
Rasulullah saw, bersabda, “Kamu sedang mengenal maka teguhlah. Seorang hamba yang qalbunya dicerahi cahaya oleh Allah….” (Al-Hadits).
Rasulullah saw, pernah bersabda, “Bila cahaya masuk dalam hati, maka hati akan lapang…”
Rasul saw, ditanya, “Wahai Rasulullah apakah ada tanda untuk mengenal itu?”
Beliau menjawab, “Merasa kosong di negeri tipudaya dan kembali pada negeri keabadian, serta mempersiapkan bekal mati sebelum waktunya tiba…”
Jadi, siapakah pula sahabat sejati anda? salam muhasabah bersama.
Wallahu'alam.

May 9, 2011

Memburu Hikmah Biarlah Istiqomah!

Allah menganugerahkan al-Hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa yang dianugerahkan al-Hikmah beerti telah dianugerahkan kurnia yang banyak. Hanya orang berakal yang dapat mengambil pelajaran.” (Al-Baqarah, ayat 269)
Hikmah bukanlah nubuwwah, melainkan ilmu pemahaman dan al-Quran al-Karim. Ada yang berpendapat bahawa hikmah adalah rasa takut dan cemas kepada Allah.
Imam Malik r.a. berkata : “Yang tersirat dalam jiwa anda, hikmah adalah pemahaman terhadap agama serta rahmat dan kurnia Allah yang dimasukkan ke dalam jiwa.”
Perkara itu menjadi jelas apabila kita menyaksikan seseorang yang pandai dalam urusan dunia namun tidak memahami agama sama sekali. Sementara ada lagi orang yang lemah dalam urusan dunia tetapi faham dalam masalah agama dan peka terhadap urusan akhirat.
Wahai manusia, janganlah anda jauh dari majlis hikmah walaupun anda telah terjerumus dalam maksiat. Janganlah berkata : Apa gunanya menghadiri majlis ilmu dan hikmah kalau aku masih tidak boleh meninggalkan maksiat?
Seorang pemburu mesti boleh membedik majlis ilmu dan hikmah, lalu anda kembali pada kesalahan dan kelalaian, jangan berputus asa dengan berkata :Apa gunanya hadir?
Tetapi hadirlah ke majlis ulama dan perhatikanlah mereka agar anda sedar, mendapat manfaat dan selamat dari dosa.
Barangkali dalam diri anda ada penyakit yang sudah berumur 40 tahun. Mungkinkah anda dapat menghilangkan penyakit tersebut dalam sekejap atau dalam sehari? Sabar dan tekunlah dalam meminum ubat serta periksakan diri anda kepada yang pakar.
Bagaimana menurut anda kalau ada seseorang yang meninggalkan periginya di padang pasir selama bertahun-tahun kemudian angin yang bertiup membuat perigi tersebut tertimbus oleh tanah dan pasir. Bolehkah orang itu sampai ke dasar mengambil air dalam sehari atau seminggu? Tentu sahaja tidak boleh. Anda juga demikian. Anda telah membiarkan ‘basirah‘ (mata hati) anda diterpa oleh angin maksiat dan dosa. Lalu anda tanamkan di dalamnya pelbagai kotoran selama 40 tahun hingga padam. Kemudian anda ingin melenyapkan kotoran serta membersihkannya dalam satu pertemuan sahaja. Apa itu mungkin?
Jika anda mendengar sebuah hikmah tetapi tidak melakukannya ibarat orang yang memakai baju perang dan memegang pedang tetapi tidak berperang, hikmah itu seperti rantai. Jika rantai tersebut anda pergunakan untuk mengikat diri anda pasti tidak akan terlepas. Tetapi jika anda campakkan hikmah tersebut ke dalam su’ ul-khatimah (pengakhiran yang buruk). Na’udzubillah. Kerana jika ubat sudah tiada lagi bekerja dan bertindak balas, beerti pesakit itu tidak lagi akan hidup.
Ia tidak ubah seperti orang gila yang merosakkan rumah, mengoyakkan baju dan menghancurkan perabut di dalamnya. Jika diikat, ia akan berhenti tetapi jika anda buang rantai tadi lalu ia keluar dari rumah, bahayanya tetap ada, kejahatannya tetap berlangsung dan akibatnya akan berakhir dengan buruk.
Wahai hamba Allah, dalam dirimu ada rasa cinta terhadap kekuasaan, pangkat, harta atau lainnya.
Lalu anda berkata : Kami sudah hadir dalam majlis Syeikh Fulan. Kami juga sudah mendengar nasihatnya tetapi sama sekali tidak menggugat hati dan tidak ada manfaatnya.
Anda tidak boleh mengecam Syeikh itu. Yang salah adalah diri anda sendiri. Kerana jika cahaya tertutup oleh pintu ia tidak boleh masuk ke dalam rumah. Oleh itu, akuilah bahawa penghalang masuknya ilmu adalah diri anda sendiri.
Apabila dari mula anda menyiapkan diri dan menjauhkan semua penghalang dari jiwa, pasti jiwa anda tersentuh dan tidak perlu lagi hadir ke majlis lain. Yang anda perlukan hanyalah pergi ke majlis tersebut secara berterusan kerana karat yang ada di jiwa anda memang banyak. Sehingga pada setiap langkah anda ke sana ada cahaya yang masuk. Oleh itu, bersabarlah, ambillah pelajaran serta tekunlah.
Ketahuilah, setiap kali anda menghadiri majlis hikmah, di leher anda terdapat rantai cahaya rabbani. Sebaliknya, setiap kali anda menghadiri tempat maksiat, di leher anda terdapat rantai kegelapan. Jika perkara itu tidak boleh anda lihat, yang lainnya boleh melihat. Bukankah matahari boleh dilihat oleh semua orang kecuali oleh yang buta!
Apabila anda boleh hadir pada majlis hikmah, itu merupakan rahmat yang Allah berikan pada anda. Maka itu, terimalah kurnia-Nya, jagalah dengan baik serta amalkanlah.
Wahai manusia, anggota badan anda adalah ternakan anda sementara anda penggembala yang dipercayai menjaganya. Adapun Allah merupakan Pemiliknya. Jika ternakan tersebut digembalakan di tempat yang subur, diberi minum dan dijaga dari serangan serigala beerti anda telah memberi kesenangan pada Pemiliknya. Anda juga akan mendapat sanjungan dan upah yang banyak.
Akan tetapi, sekiranya ternakan itu digembalakan di tempat yang kering sehingga sebahagian besar ternakan itu menjadi kurus, sebahagian lagi mati kehausan kemudian ketika serigala datang anda tetap tidak bertindak, anda layak mendapat hukuman dan murka dari Pemiliknya.
Jika mahu Dia boleh menghukum anda atau boleh memberi kemaafan. Jadi boleh mendapat pahala ke syurga atau boleh juga mendapat seksaan neraka. Bila anda mengendalikan ia sesuai dengan keredaan Allah, beerti anda sedang berusaha menuju syurga. Jika tidak, beerti anda sedang berusaha meniti jalan ke neraka.
Inilah timbangan hikmah. Timbanglah akal anda dengannya sebagaimana anda menimbang barang keperluan lain. Kalau Allah telah membuat timbangan jual beli, tidak layakkah Dia kemudian membuat timbangan kebenaran? Anehnya, manusia hanya bertanya kepada peramal atau paranormal tentang keadaannya. Ia tidak pernah bertanya kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul tentang tempat kembalinya.
Wahai saudaraku, usahakan untuk selalu boleh duduk di majlis hikmah. Kerana di dalamnya terdapat hembusan aroma syurga. Anda merasakan itu secara jelas dalam hati anda, dalam perjalanan anda, dalam rumah dan kedai anda serta dalam solat, tilawah al-Quran, zikir dan dalam semua ibadat anda.
Ketahuilah bahawa para ulama dan ahli hikmah tersebut mengajar anda bagaimana cara berinteraksi dengan Allah, cara menghadap-Nya dan cara mengagungkan-Nya.
Apakah menurut anda pembantu baru boleh melayani para tetamu agung? Tentu sahaja ia terlebih dahulu di serahkan kepada orang yang boleh mendidik dan mengajar akhlak kesopanan serta kepada orang yang boleh melatihnya untuk boleh melayan secara baik. Kalau sudah layak, terlatih dan mengenal adab sopan barulah ia dipakai sebagai pelayan. Jika tidak, ia akan ditolak, kerana tidak pandai.
Begitulah kedudukan para ulama dan wali Allah. Para murid sentiasa menyertai mereka sekaligus belajar dari mereka. Di sisi lain, para ulama itu mendidik para murid tersebut, mengajarkan amal soleh dan memperbaiki jiwa serta akhlak mereka. Sehingga dengan begitu diharapkan mereka boleh dekat dengan Allah, boleh meniti jalan istiqaamah dan petunjuk. 


Oleh Ibn ‘Athaillah
Penawar Hati, Penyejuk Jiwa



Wallahu'alam~

May 5, 2011

Exam Vs Derak =.=

Alhamdulillah..5 paper sudah berlalu. Just 1 paper left to be Continued Next week on Thursday. One week break for 1 paper? dasyat...=.= tapi best ape.. hohO

1st week : derak ke BookFair and Kelantan..^^,

Minggu pertama dalam minggu exam ni, Alhamdulillah dapat berkunjung lagi ke Pameran Buku pada hari Jumaat, pas habis exam tok paper 2 jam 10.30 pastu balik kolej jab, makan meta, then terus derak (berjalan-jalan).


Sampai-sampai je solat zohor dulu, pastu barulah jalan-jalan cari buku.kui3 ^^, Subhanallah, banyak sangat buku-buku. Nak beli semua apakan daya... tapi dapat juga beli beberapa buah buku dan Solusi sebagai kewajipan saya untuk membelinya. Tak mahal pun Majalah Solusi, RM9 je.. tapi time tu murahla sikit (RM8 je..:] ) Naik lenguh jugak kaki ni berjalan sana sini cari buku yang ingin dibeli..adeih.. tapi memang puas sangat-sangat.

Habis je beli buku, terus balik rumah sebab esok pagi nak pergi kelantan pulak. ngeh3 Sampai-sampai je Chek in kat homestay dulu, homestay kami depan wakaf chek yeh je.. Alhamdulillah..^_^

inilah NIK NASHWAN HARITH..sedap namanye..^^,

Malamnye pulak kami melawat sepupu ana di Tanah Merah.. Beliau baru sahaja melahirkan anak lelaki NIK NASHWAN HARITH.. sedapnye nama...kui3 Kalau antum semua nak tahu, 3 orang sepupu saya kahwin dengan orang kelatey. Jadinye, saya ada 3 orang Abang Ipar sepupu la.. hihi yang lagi best 3 orang sepupu saya ni adik beradik, dari along sampailah ke alang. ngeh3

Masjid cam kat Cina..entah ape ntah namanye..hoho


Esoknye pulak, derak ke Rantau Panjang & Pangkalan Kubor. Saya suka jalan-jalan je tapi saya tak suka bershoping. Saya kuat memilih, sory to sayla. bile dah tak tahu nak memilih, terus tak beli apa-apa..hihi tolong pilihkan untuk orang lain bolehla. hmm~ tapi shoping buku @ coklat, ha.. feveret saya la tu. Nak shoping benda lain cukupla sekadar keperluan je. ^^,

Malam pulak adik ajak pergi pasar Malam kt Wakaf CHe Yeh. Macam-macam ada, asalnya adik je yang nak beli baju pastu tetibe adik nak belanja. hmm~ apa lagi, saya pun belilah jugak. hehe Thanks Pija..^_^

2nd week : 2 paper on wednesday

Esoknye lagi (isnin), times to go back home.. tapi hantar adik-adik lelaki saya ke pondok diowg dulu, pastu barulah balik KL.

Tibe-tibe baru terfikir, hari rabu saya ada 2 paper.. Hafazan Murattal & Bahasa Arab 1. Hari selasa tu jelah saya study hard. Mujurlah adik-adik sekolah, jadinya memang bestla study sorang-sorang kat rumah. hohO

Tibalah waktu exam. Saya drive kete sampai um, sempat lagi nak study dalam kete. Hafazan Murattal bolehla tahan soalan dia. Suaikan, takrif dan bla bla bla.. Tapi saya suka jawab Bahasa Arab, jawab macam soalan budak darjah 6. ngeh3 sape tak study buku kuning, memang susahla nak jawab kut.. huhu Apepun jgn Over confident, tawakal jelah deh.. insyaAllah Mumtaz! ^^,

Next week : Continues 1 paper else..:)

Paper sejarah pendidikan Islam menanti. Kena baca sejarah pendidikan Islam, semua fakta kena ingat.. Semoga Allah permudahkan, insyaAllah..ameen!! :)

Study kena luar biasa.. insyaAllah result pun luar biasa. Tapi DUIT kne amalkan jugak.. ingat tu! Derak-derak jugak, tapi study jangan lupa..(pesanan tuk diri sendiri senanye..hihi)

Bittaufiq tok sahabat-sahabat SMPI yang amik Fiqh Ibadat Isnin ni.. hafal molek deh, paling penting pahamkan.. baru hafal..hoho Bittaufiq jugak tuk paper Sejarah Pendidikan Islam..baca molek deh sahabat-sahabat.. insyaAllah boleh jawab. Doakan untuk saya jugak ye.. Barakallahu fiikum~

Wallahu'alam.

Apr 25, 2011

Exam Tiba!


Alhamdulillah.. baru selesai paper yang pertama semalam. Exam HE (Hubungan Etnik), Alhamdulillah.. bolehla. Ya Allah, tak tahu kenapa takda mood nak membaca.. pastu jawab pun biasa-biasa jelah. Soalannya Objektif pulak tu. huhu Astagfirullahal'azim.. berserah jelah.. hmm~ 


Paper seterusnya pulak hari khamis ni, Subjek Nahu Wazifi & hari Jumaat pulak, Subjek Asas Falsafah..kalau nak tahu, Sem ni banyak sangat subjek sejarah..adeihh...insyaAllah boleh kut sebab nya 3 subjek sejarah.. Isi-isi dalam tu sama je..hehe tapi kena baca ikut konsep yang berbeza dari subjek yang berbezalah. ha...guaner tu? eden pun tak tahulah..ngeh3 

Jadinya dikesempatan ini, saya ingin memohon seribu kemaafan kepada sesiapa sahaja yg mengenali diri ini, seandainya pernah terkasar bahasa, tercuit sana sini dan sebagainya.. Mohon maaf banyak-banyak! tapi antum jangan lupa mohon maaf jugak kepada ibu bapa antum ya.. Wajib tu, sebelum kita nak menduduki peperiksaan besar, tak kisahla besar ke kecik. Tapi pengesahan tu kita perlu mohon maaf dahulu dari ibu bapa kita. insyaAllah, ia memudahkan lagi urusan exam kita nanti. ^^, 

Bittaufiq Maannajah juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang sedang menghadapi medan peperiksaan. Amalkan DUIT dalam kehidupan seharian kita. 

D : Doa
U : Usaha
I : Iltizam
T : Tawakal

InsyaAllah Najah! Takbir! Allahu Akhbar! 

Saya pun kena cari balik Roh tuk study nih..huhu Doakan saya sekali eh! Syukran jazilan.. Semoga Allah merahmati kalian semua.. ameen! ameen ya robbal'alameen! 

Wallahu'alam~