Jan 7, 2011

Kini, Baruku Tahu Kebenarannya!

Alhamdulillah.. segala pujian hanya bagi Allah. Ujian yang lepas, biarkan ia lepas. Sekarang ni kita bukak buku baru deh. Sebab apa?? perjuangan kita masih panjang.. buang masa je kalau kita asyik fikirkan perkara-perkara yang furu'. huhu Dah tahu benda tu perkara furu' , lagi nak berdebat.. hmm.. buang masa jek!

Sudah hampir setengah tahun, Ana banyak belajar sesuatu yang baru. Mencari kebenaran yang telus di sini,di Kampus Universiti Malaya.Disini, Ana menyertai PMIUM. (Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya). Kalau di Mesir, Kita ada PMRAM. Ha.. adik beradik la kiranya tu. Tapi ada gak sebahagian Ahli PMRAM yang tidak tahu tentang PMIUM. Tak mengapalah, tak penting pun. hihi


Jadi, bila masuk Um ni.. kita perlu mencari Persatuan apa yang bawa Imej Islam? Kat sini ada macam-macam persatuan, antaranya PMAPIUM (Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya). macam-macam lagilah, ana pun tak berapa nak ingat. hohO tapi ana sertai PMIUM & PMAPIUM. Sebab apa ana sertai mereka? sebab bila ana sertai mereka.. jiwa ana sentiasa terisi dengan Ilmiah. Walaupun orang kata, 'asyik sibuk dengan PMI je' tapi kita sibukkan dengan mencari Ilmu. Takpelah kan?? isk3

Ana berpegang dengan ayat ini.
|"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan."|

Masa MHS (Minggu Haluan Siswa)..pasti adik-adik yang baru akan dengar orang cakap macam ni :-

"Jangan masuk PMI, nanti terpaksa ponteng kelasla"

"Kalau masuk PMI, Selalu kena p demola.. ekstrem je lebih, Tarbiyyahnye takde"

"Kalau masuk PMI, kena buang kolej"

ha.. macam-macam lagilah mulut tempayan yang akan kuar time tu,untuk memburuk-burukkan PMI. Astagfirullahal' azim. Tapi sedikit pun, ana tidak percaya. Bahkan, ana menyertai mereka. Dan alhamdulillah, ana tak rasa pun seperti apa yang mereka katakan.. Malah ana merasakan, ana lebih dekat dengan Allah. Subhanallah.. Seronok bila berdamping dengan sahabat-sahabat yang lebih Cintakan Allah.

Pertama sekali ana nak tegaskan. Masalah ponteng kelas. Itu depends pada diri sendiri. Jika kita faham tanggungjawab kita dan jika kita faham Fiqh Aulawiyatnya.. insyaAllah perkara itu sepatutnya tidak akan berlaku. Dan Sepanjang ana menyertai PMI, Tak pernah sekali pun ana ponteng kelas sebab Sibuk dengan PMI. Banyaklah mulut tempayan yang mengatakan,

"Kami ni suka ponteng kelas"

"Assigment tak siap!!"

"Balik tengah malam!"

"Result selalu down!"

Statement pertama ana dah jelaskan. Statement kedua plak, soal Assigment, seperti yang ana katakan tadi.. itu juga sebenarnya depends pada diri sendiri. Tapi orang selalu pertikaikan kerja Ahli PMI. Walhal sebenarnya, orang yang bukan ahli PMI pun, assigment tak siap-siap jugak.. malah, hari last due date.. barulah terkontang-kanting nak siapkan assigment. Tak percaya? kaji sendirilah beb, jangan tahu nak aim ahli PMI je. Insaflah..huhu

Statement ketiga pula, itu tidak dinafikanlah. Memang kadang-kadang kerja kami habis sampai lewat malam. Bagi yang takde kenderaan itu, memang terpaksa balik jalan kaki sorang-soranglah. Yang ada kenderaan tu, merempit pagi-pagi buta pun, tak kisah sangat. Betul tak? hihi tapi kami pergi buat kerja.. bukan pergi berpoya-poya. Okeh ana bagi 3 perbandingan, pilih yang mana lebih baik ye :-

1. Buat kerja untuk program-program Ilmiah..
2. Melepak di cafe dengan aweq atau dengan kawan tuk buang masa
3. Melepak dalam bilik, tengok movie atau asyik main game je..

Ha.. jadi pilihla yang mana lebih baik. Tapi ingatlah, Allah sentiasa menilai setiap apa yang kita lakukan diatas muka bumi. Ana rasa lebih baik, kita balik lewat malam sebab sibuk dengan perkara yang berfaedah.. daripada sibuk dengan perkara yang tidak berfaedah,malah tambah dosa pula.. waiyazubillah~



Statement ke empat pulak, pertama sekali mari kita istigfar banyak-banyak.. Astagfirullahal'azim.. astagfirullahal'azim.. astagfirullahal'azim. Sebab apa ana ajak beristigfar? sebab... kita mempersoalkan tentang nasib seseorang. Nasib seseorang itu, tidak perlulah kite persoalkan.. kalau ia pun result down sebab kita terlampau sibuk sangat dengan keje PMI.. bagi ana, itu silap kita sendiri.. dan takde kena mengena dengan kerja PMI. Hanya orang yang bodoh je, yang suka menyalahkan orang lain walaupun kesalahan itu berpunca dari kesilapan sendiri..huhu Lebih baik kita muhasabah diri kita balik,dari terus-terusan menyalahkan orang lain.. dan lebih baik kita mempelajari sesuatu yang baru dari ujian yang Allah beri untuk kita.

Nabi pernah bersabda :-
“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.”
(Imam al-Bukhari dan Muslim)

Dan ingatlah, Allah menguji hambaNya mengikut kadar kemampuan hambaNya. Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka beliau menjawab:


“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(HR. Tirmidzi, hasan sahih)

Walaubagaimanapun, berdoalah agar kita tidak diuji dengan Ujian yang kita tidak mampu untuk dipikul.

رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”. (al-Baqarah:286)

Jadi, Bersangka baiklah kamu sesama muslim. Kerana apa? Nabi pernah bersabda :-
"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta".
(Hadis Muttafaqun Alaih)


Jadi, sama-samalah kita muhasabah balik diri kita..koreksi diri kita balik! jika kita tidak mahu sertai mereka sekalipun, jangan lah kita menjadi penghasut kepada orang lain supaya jangan sertai mereka. sebab apa ana kata macam tu? sebab perkara ini banyak berlaku di sini. Menghasut antara satu sama lain malah memburuk-burukkan PMI atau sesiapa sahaja yang ingin bawak Islam. Itu adalah salah satu perkara yang dilarang dalam Islam. Sepatutnya, kita menyokong mereka, dan mengkhabarkan perkara-perkara yang baik tentang mereka.. Atleast, dapat juga pahala untuk kita. InsyaAllah~  Seperti ana katakan tadi. Allah menilai tiap sesuatu yang kita lakukan di atas muka bumi.  

Wallahu'alam~  

Wahai Mereka Yang Memimpin!


Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.


Saban hari kunanti,
Munculnya ia tidak kupasti,
Diriku masih mencari,
Apakah kumasih bermimpi?
Dunia yang penuh dengan pancaroba.
Dunia saya, dunia anda.
Destinasi kita sama.
Biarpun perjalanan kita berbeza.
Kita berpandukan dengan cara yang sama.

Terpulang ke atas diri kita.
Apakah kita hendak menghayatinya.
Ataupun kita sudah jauh,
jauh bersama mereka yang berpaling daripada-Nya.
Siapakah kita?
Kenal entah tidak.
Segelintir sahaja yang berkemahuan.
Berusaha mencari asal usulnya.
Mengingati.
Tidak melupainya tatkala ujian mendatang.
Datangnya ia.
Nikmat tidak tertadah tangan.
Dijadikannya, penggelap hati.
Hilang entah ke mana.
Laluan yang lurus ke arah-Nya.
Sia-sia sudah.
Ke manakah mereka pergi?
Menjadi tunjang yang tidak berisi.
Akar hanya menurut.
Daun-daun luruh ditiup angin.
Kami menuruti.
Mata dikaburi.
Wahai mereka yang berkuasa!
Salah caturan kami merana.
Maruah agama terkena.
Kalian sedarkah?
Keadaan anak-anak yang tak kemana.
Tujuan tiada.
Hilang akal dibawa dunia.
Sedarkah kalian?
Tanggungjawab bukan permainan.
Amanah jangan digadai.
Membentuk pemuda, menjadi keutamaan.
Kenali Allah, kenali agama.
Kami merayu! Kami merintih!
Sedarkah kalian?
Kami sudah terkandas.
Sedarkah kalian?
Senang di atas.
Pasti susah dikemudian hari.
Di manakah konsep Islam yang ditunggu oleh kami? Mengapa liberal yang menjadi pilihan?Tidak takutkah? Tidak takutkah azab Allah yang pasti? Jangan sekali-kali dicabar kuasa-Nya.
Hari demi hari, saya menunggu untuk munculnya seorang pemimpin yang dapat memimpinummah zaman ini. Lihat sahaja di sekeliling. Perpecahan berlaku tanpa kita sedari. Ramai sudah yang tergelincir dari landasan yang sebenar. Keutamaan memegang al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan utama semakin dilupakan dari sehari ke sehari. Undang-undang dunia pula diangkat menjadi undang-undang pentadbiran.
Hampir setiap kali saya bersua dengan masyarakat Islam di luar sana, sebut sahaja nama Malaysia, layanan terbaik akan diberikan kepada kita. Pujian demi pujian datang dari lidah mereka. Mengatakan bahawa negara kita adalah contoh negara Islam yang terbaik zaman ini. Senyuman mudah terukir di bibir, tetapi hati berkelakuan sebaliknya. Layakkah kita untuk mendapat pujian seperti itu?
Lihat sahaja anak-anak muda masa kini. Mereka ini yang bakal mentadbir negara kelak. Sering kali saya berfikir, apakah ada dalam kalangan anak-anak muda Islam pada masa kini, ada yang akan bangkit lalu memimpin kami? Dan mengubah apa yang sepatutnya, menuju ke jalan yang benar. Saya takut, di mana berkemungkinan satu hari nanti, mereka yang bukan beragama Islam yang akan memimpin dan mentadbir. Malah, kedudukan kita sudah terumbang-ambing, dan boleh jatuh pada bila-bila masa. Dek arus pemodenan, kemewahan dunia, kekuasan dan pangkat, yang lemah semakin ditindas, yang alpa bermaharajalela.
Saya kira, jika bukan sekarang untuk kita berubah, bila lagi? Jangan disangka esok masih ada peluang.
Tidak akan ada Islam jika tiada jemaah, tidak akan ada jemaah 
jika tiada pemimpin, dan tiada pemimpin jika tiada ketaatan.
Daripada para sahabat
Dan semestinya, ketaatan itu perlu datang daripada ummah kepada pemimpin-pemimpinyang memperjuang agama yang tercinta di samping memperjuangkan negara. Rentetan itu, terbentuklah yang satu jemaah, yakni jemaah Islam yang bersama-sama memperjuangkan agama!
p/s : Semoga ia menjadi Ibrah buat kita semua. Marilah bersatu menuju Islam yang satu! Takbir!! Allahu Akhbar! ^^,
Wallahu'alam.

Jan 6, 2011

Hati Vs Akal!

Tatkala hati dan akal berbicara, Nafsu pun tidak boleh melakukan apa-apa. Akhirnya, Nafsu tunduk dengan arahan hati dan akal yang bijaksana.

Akal : hati, kenapa kamu biarkan dia berlalu pergi?

Hati : Sebab, dia bukan milikku dan belum lagi menjadi Imamku.

Akal : Tapi dia pernah merisik mu dulu.

Hati : Itu dulu

Akal : Tapi....

Hati : Sudahla tu, Usah Kau fikirkan tentangnya lagi..

Akal : hmm... sudah banyak Engkau berkorban untuk orang..

Hati : kenapa pula? itu bukan urusanku, itu Urusan Tuhanku.

Akal : Yelah, Sudah banyak kali perkara ini terjadi kepada Engkau.. tapi Cepat saja Engkau mengalah untuk orang lain..

Hati : Sudah berapa kali aku bilang.. itu urusan Tuhanku. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhanku yang tentukan.

Akal : Katakanlah sejujur-jujurnya denganku, adakah Engkau pernah menyimpan perasaan terhadapnya dulu?

Hati : Iya itu dulu, Tapi.. Cintaku hanya pada Tuhanku mendahului segala-galanya. Namun, aku sudah tahu.. ini yang akan terjadi. Cuma masanya itu aku tidak pasti bila. Dan sekaranglah masanya.. aku sudah menemui jawapannya. Walaupun pada hakikatnya, ia akan membuatku jatuh sakit.

Akal : Sudahku duga, Engkau memang Ego dengan perasaan mu. Kenapa Engkau begitu?

Hati : Aku bukan ego. Cuma aku menghormatinya kerana akhlaknya, Ilmunya yang tinggi dariku. Aku tidak mahu keranaku, Dia leka dalam angan-angan nafsu durjana.

Akal : Ah.. Engkau memang Ego. Engkau Ego dengan perasaan Engkau sendiri. Bilakah hati Engkau akan terbuka untuk Seorang Imam?

Hati : Aku bukan Ego! Cuma Aku mencintai Tuhanku lebih lagi dari Manusiawi. Entahlah, Hanya Tuhanku sahaja yang tahu, bilakah aku akan buka untuk bakal Imam ku?

Hati mulai sebak dan bermuhasabah~

Akal : Janganlah sedih wahai hati, lembutnya dirimu.. Namun, aku tahu, sebenarnya Engkau takut dengan cinta manusiawi.. takut-takut ia melampaui cintamu dengan Tuhan. Betulkah begitu?

Hati : Benar! Aku takut semua itu terjadi. Lagipun, Nabi pernah bersabda, Fitnah terbesar adalah dari Wanita. Aku tidak mahu tergolong dalam golongan itu. Aku tidak mahu gunakan sifat manjaku untuk lelaki yang belum menjadi Imamku.

Akal : Engkau benar! Lelaki akan hanyut dengan sifat kemanjaan seorang wanita. Tindakan mu tepat sekali.

Nafsu datang mencelah.

Nafsu : Alah, apa susah.. engkau ungkit balik apa yang dia pernah cakap dengan Engkau dulu. hmm~

Hati : Aku bukan macam tu. Aku tidak mahu dianggap murah. Bagiku, jika aku melakukan apa yang Engkau sarankan, serta merta aku merasakan diriku seperti perempuan murahan.

Nafsu membuntukan diri.

Akal : Betul tu, sungguh mahal hatimu. Pasti selepas ini, makin sukar untuk Engkau membukakan hati? Benarkah?

Hati : Iya mungkin. Ataupun,jika masanya sudah sampai.. Aku bersedia membukakan pintuku untuk bakal Imamku.

Akal : Sebenarnya, lelaki bagaimanakah selayaknya menjadi Imammu?

Hati : Tidaklah Aku mengharapkan gayaknya seperti Malaikat. cuma aku mengharapkan seorang yang benar-benar ikhlas membina Baitul Muslim bersamaku.

Akal : Jadi, kamu juga perlu berusaha..

Hati : Benar! aku perlu mempersiapkan diri dengan akhlak yang solehah. Agar ia boleh menjadi kayu ukur untuk aku memiliki suami yang soleh dan sama-sama mendirikan baitulmuslim.

Akal : Baiklah, aku sedia membantumu. Kita sama-sama mantapkan tarbiyyah ruhiyyah kita. Penting untuk kita meneruskan masa-masa mendatang. Dan penting juga untuk kita mencapai apa yang menjadi impian kita selama ini semata-mata lillahi Ta'ala.

Hati : InsyaAllah, Spasiha balshoi, wahai akal.

Hatiku milik Allah..selamanya milik Allah..
Hati kamu juga milik Allah.. dan selamanya juga menjadi milik Allah..
Ya Allah pimpinlah hati-hati kami dari tersasar dengan cinta Nafsu Durjana! ameen!!

Wallahu'alam~

Jan 5, 2011

Aku Bersyukur Dgn Ujian Allah Hari ini!

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi. setinggi-tingginya ku limpahkan rasa bersyukur yang tidak terhingga nikmatnya. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah. Mari kita berselawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w. sama-sama,

Allahumma solli'ala saidina Muhammad.. Allahumma solli'ala saidina muhammad.. Allahumma solli'ala saidini muhammad.

Pertama sekali, cerita tentang hati! 


Duhai hati,
janganlah Engkau Fikir tentangnya lagi,
Biarkanlah Dia berlalu pergi,
membawa hatinya yang sudah terisi.

Duhai hati,
perjuangan kita baru sahaja bermula,
namun,
belum mencapai lagi tahap serikandi,
jadi,lupakan saja cinta duniawi.

Duhai hati,
tekaanmu tepat,
cuma,
aku sahaja yang ingin bukti.

Kini,
Engkau sudah bebas,
bak rama-rama menawan yg terbang di sekililing bunga,
owh.. sungguh cantiknya.

Duhai hati
bersabarlah..
tabahkan hati..
yakinlah!!
ada yang lebih baik buatmu,
Bila tiba masanya nanti,
insyaAllah..amin!! ^^,

Duhai hati,
muhasabah kembali,
setiap tingkah langkahmu selama ini,
semoga Allah memberkati.

Ya Allah,
biarkanlah aku tengelam dalam lautan Cinta mu,
Andai dapatku padamkan cinta dunia,
alangkah Indahnya,
hanya mendambakan Cinta SANG PENCIPTA!

Cerita Result Terkini!

Dalam menikmati kurniaanMu,
Tidak terucap lafaz terima kasihKu,
namun,
untuk menjadi yang terbaik juga,
masih belum ku mampu.

Alhamdulillah,
itulah Ungkapan yang terucap dalam hati,
walaupun tidak seperti sahabat-sahabat yang lain,
tapi bagiku,
itulah ku rasakan yang terbaik,
buat diriku!

Terima kasih ya Allah,
Engkau sentiasa mendengar segala luahan hatiku,
Engkau sentiasa berada disisiku,
Alhamdulillah ya Rabbi!

Tahniah!
Buat sahabat-sahabat..
yang telah mencapai target,
Tapi!
Yang kurang target,
Cuba lagi!

Apepun,
Bersangka baiklah dengan Allah,
kerana Dia adalah Kekasih saya,
dan juga kekasih Kamu Semua.

**********************
Ada 6 petanda kebahgiaan :-
Qalbun Syakirun : hati yg selalu bersyukur
Al-azwaju solihah : pasangan hidup yg soleh/solehah
Al-auladul abrar : anak yg soleh/solehah
Al-biatus solihah : linkungan yg kondusif untuk Iman
Al-Malul Halal : Harta yang halal
Tafakkuh Fid-Din : Semangat untuk memahami agama.
(Ibnu Abbas R.A.)
************************

Wallahu'alam~

Dec 28, 2010

Ahlan Wasahlan Semester 2.

Alhamdulillah. Cuti semester sudah kepenghujungnya..hmm Jadi, apa khabar Iman kita? bertambah ke berkurang? wallahu'alam. Moga-moga bertambah la ye,tak banyak pun sikit jadilah. ^^,

Misi di Musim cuti ni pun dah selesai..Alhamdulillah,masih banyak lagi Misi di Kampus nanti. Bukan banyak lagi dah, bertimbun-timbun. hehe Tapi takdelah sibuk mana.. kalau kita asyik kata, kita sibuk je.. nanti Otak kita akan fikir kita sibuk je, pastu mula lah datang sifat ketensyenan..ha.. itu dia. hohO So, biase je k..hmm~

4hb da stat belajar seperti biasa. Sem 2 ni ana ambik 6+1 madah = 17 jam kredit. Sebenarnya kena habiskan 20 jam kredit. Memandangkan Madah B.I da full semuanya. Jadilah 17 Jam kredit je..huu~ Madah tersebut adalah :-

*Bahasa Arab 1 (2 jam kredit)
*Asas Falsafah & Pendidikan Di Malaysia (3 jam kredit)
*Sejarah & falsafah Pendidikan Islam (3 jam kredit)
*Hafazan & bacaan Murattal (3 jam kredit)
*Nahu Wazifi dalam pendidikan Bahasa Arab (3 jam kredit)
*Hubungan Etnik (2 jam kredit)
+
*Hafazan (2 juzuk) (1 jam kredit)

Semuanya cam madah berat-beratkan? hohO dengan menghafalnye lagi. isk3 pastu dahla skang ni, masa sem dipendekkan. Dari 6 bulan sepatutnya jadi 4 bulan je.. pastu bulan4 da exam final sem. huhu dasyat tak dasyat? kenapalah dipendekkan? Lagi-lagi orang belajar subjek agama, tak pun Medic.. memang kena kerah otakla nak belajar dalam masa yang agak pendek. Siapalah punya idea ni..isk memang bijak! pastu cuti sem 2, 4 bulan jugak, masuk sem 3 bulan9. huhu lamanya~ grated pun lambatla kiranya..aduiyai..

Takpelah, semoga Allah permudahkan segalanya. Ameen!! Apepun,kita kena baik sangka dengan Allah. Jika kita jaga hak Allah,insyaAllah Allah pun akan jaga hak kita. seperti dalam firman Allah s.w.t. ada menyebut :-


| hai org2 yg beriman jika kamu menolong ALLAH(agama-nya) nescaya dia akan menolong kamu dan menetapkan telapak kakimu. (muhammad; 7) |


Ingat ye, jangan sesekali sia-siakan masa yang ada. Sebab tanggungjawab kita sebenarnya lebih banyak dari masa yang ada. Bukan bermaksud, bila mana kita sudah masuk ke kampus, kita amalkan 3k je (Kelas,Kafe,Katil) tapi berdakwah, kerja Islam juga kita kena lakukan.. Memang dalam hadis ada kata "Tolabi 'ilmi" tetapi sebenarnya "Tolabi Dakwah" juga wajib bagi kita sebagai seorang muslim.

Sebab apa? sebab tanggungjawab kita adalah 'Mendirikan Agama dan menjaga Dunia dengan Agama' inilah prinsip yang dipegang oleh Sultan Muhammad Al-Fateh sehinggakan beliau berjaya merampas kota Constantinople.

Namun begitu, janganlah kita risau dengan omongan orang. Apa yang kita buat, apa yang kita lakukan adalah semata-mata kerana Allah Ta'ala. Hanya Allah yang mengetahui apa yang kita lakukan. Mereka hanya mampu menilai dari fizikal sahaja,tetapi mereka tidak mampu untuk menilai dalamannya. Apepun, perjuangan perlu diteruskan.. Umur kita makin lama,makin meningkat. Alangkah kecewanya, jika kita hidup berjuta-juta tahun sekalipun, tapi kita tak buat satu pun antara umur-umur kita ini untuk Islam. Nauzubillah~ Sesungguhnya Allah menilai tiap sesuatu yang kita lakukan. huhu

Jadi, selamat pulang ke kampus kepada sahabat-sahabatku dan juga kepada semua warga kampus UM! Memang terbaik dari ladang UM. [Tibe-tibe..=.=] Hehe Mulakan azam baru ye, da selamat berlapang dada dengan result yang akan muncul tidak lama lagi.huu~ gerun..=.= semoga sukses semuanya..ameen..ameen..ameen ya rabbal'alamen!! (^_^)

Wallahu'alam~

Dec 22, 2010

Sanah Helwa Ummi..^^,

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari kelahiran ibuku tercinta yang ke 49. Hah?? 49? cepatnya masa berlalu? tapi anaknya still belajar lagi. Kalau orang lain, pasti dah bercucu cicitkan?? hehe.. apepun, Ibu ana still tampak muda lagi. Aweq muda la dikatakan. Caya tak?? ramai dah mengaku. percaya jelah. ngeh3

Jika dengan anak perempuannya, ibu sangat melarang kami memakai krim di muka atau sebarang make up la. Ibu kata, "nanti muka tu cepat kedut-kedut". That's Why, ana tak berapa make up ni. Kalau celak tu oklah.. sebab ikut sunnah nabi, celak tu diharuskan. kan??kui3 ^^,

Hari ini ibu, abah dengan 2 orang adik ana takde kat rumah. Tapi ada di kelantan, sebab InsyaAllah.. adik ana yang ke6 akan belajar di kelantan bagi kemasukan tingkatan 1. seperti adik-adik ana yang lain.hmm Semuanya belajar jauh.. makin lama, makin kosong la rumah ni.huhu Mujur ana belajar dekat je, boleh la sokmo balik. hihi

Ana sayang sangat dengan ibu ana. ceh, sapelah yang tak sayangkan ibunya kan? hihi Bahkan, sesiapa yang ada relationship with any my siblings, mesti mereka akan contac ibu. Sometimes la not everytime.. lagi-lagi time nak exam, pasti mereka akan telefon ibu tuk minta ampun dan minta tolong doakan kejayaan mereka. [sibuk je mereka ni..haha] Takdelah, yang peliknya kenapa ibu ana? mintaklah kat ibu sendiri.. ye dak?? hehe [jeles plak aku..adui] Tapi ana bersyukur sebab semuanya sayangkan ibu ana. Maybe sebab ibu ana sporting kut. hohO yup, ibu ana memang sporting, sporting gila lah.. hohO Sebab itu, mereka (pakwe n makwe adik2) contac ibu. Call ibu la, borak-borakla. ha.. Sampaikan abah pun pelik. hehe Bak kata ibu "Biaselah, Isteri awak ni popular" kami anak beranak, gelak je. haha Ana je takde pakwe, malas kut. Lagipun, abah ana tak suka ana bercinta cintun ni. So, dengar cakap abah itu kan lebih baik daripada membiarkan hati dikawal oleh nafsu jahat. Lagipun, Saya kan anak baik! ^^,

Kadang-kadang ana tersengih sorang-sorang bila teringatkan gelagat ibu yang comel tu. Kalau nak tahu, every nite je.. pasti ana akan mengadap laptop tuk lakukan beberapa kerja sambil on9. Kadang-kadang tu, ana chatingla dengan sahabat-sahabat ana. Ya Allah, kalau chating dengan mereka.. tak kering gusi la dibuatnya, asyik buat lawak je. Ana pun gelakla sorang-sorang. Ibu ana pun pelik, pastu en.. ibu masukla dapur, time tu ana khusyuk je mengadap laptop. Sekali ana perasan cam ada orang perhatikan ana je. Ana pun tolehla tepi.. rupa-rupanya, ibu pun khusyuk tengok ana mengadap laptop.. haha Ana terkejutla, ya Allah.. napelah ibu perhatikan ana sampai camtu sekali. Cumel kut. ngeh3 Ibuku memang terbaik!!



Ibu memamg terbaik!
Seringkali ku berbalas meseg dgn seseorang,
pasti ada yang sampaikan salam,
tak kira min ke mat,
pasti akan ku sampaikan salam itu buat ibuku.

Tetapi,
mejoritinya mat,
Ibu kata 'Kamu ni, asyik meseg dengan mat je?'
aku kata 'Yelah bu. Meseg dgn min,bila perlu je'
Last-last,
pesanan ibu 'Jangan jual mahal sangat'
Baiklah ibu. :(

Perkara yang paling aku suka
adalah MASAKAN IBU.
Masakan ibu memang terbaik,
kadang-kadang..
Sengajaku masak lambat-lambat,
sebab nak ibu masakkan,
kerna masakan ibu memang menyelerakan,
walaupun penat balik dari kerja,
demi anak-anaknya,
ibu masakan juga.

Itulah ibuku,
terbaik,
sporting,
peramah,
kelakar,
memahami,
tegas,
Cumel, hohO
Ibuku memang Terbaik!

Selamat hari lahir ibu,
semoga dimurahkan rezeki didunia & akhirat,
semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Ilahi.
Ameen ya rabb!! I Love u Mom's..^^,

Thanks for Everything Mom's,
I'm very appreciated..

Ya Allah,
Engkau Ampunilah segala dosa Ibu bapaku,
Sayangilah mereka sebagaimana
mereka menyayangiku sejak kecil,
Lindungilah mereka dari sebarang musibah,
serta berkatilah kehidupan mereka didunia mahupun diakhirat,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
Ameen...ameen..ameen ya rabbal'alameen!~


This is for U from your's children's..^^,

Wallahu'alam~

Dec 16, 2010

Tarbiyyah Pemangkin UkhuwahFillah!

بسم الله الرحمن الرحيم
| Assalamu3laikum wbt.|

Alhamdulillah.. cutiku kali ini bermisi. Tambah saqofah, tambah skill, tambah Iman dan tambah macam-macam lagi. Jangan tambah lemak sudahla ye..hehe insyaAllah. Semoga Allah permudahkan..ameen!! Harap sahabat yang lain pun begitu juga ya. Sama-sama kita berubah kearah pembangunan Insan yang lebih cemerlang.

'Kejarlah cemerlang sebelum mengejar kejayaan..sebab dengan cemerlang kita akan peroleh kejayaan'. 
[Dedikasi dari Movie 3 Idiots]

Tadi,selepas ana baca entry terbaru di laman Langit Ilahi Hilal Asyraf.. tiba-tiba terkenang akan Proses Tarbiyyah yang dialami oleh ana dan sahabat-sahabat dan sukar diterima oleh orang lain. Kenapa sukar? ana pun tidak tahu.

Pada mulanya, ana juga begitu. Memang sukar untuk menerima proses tarbiyyah tersebut, sebab terlampau syadid. Ia menyebabkan jiwa kita memberontak.. perlu ke buat begini, kenapa?? dan macam-macam lagi persoalan yang timbul di celah-celah benak ini. Tetapi ana yakin dengan keterpaksaan dan alhamdulillah berpaksikan niat kerana Allah Ta'ala. InsyaAllah, kita pasti akan menemui sesuatu yang sukar untuk kita temui. Apa dia?? ia adalah Ukhuwah kerana Allah Ta'ala.

Dalam proses tarbiyyah tu, kami berkongsi pelbagai perasaan. Ada suka, duka,pahit,manis. Makan makanan tarbiyyah yang sukar untuk diterima oleh perut yang manja, kami makan sama-sama, even ada yang termuntah.. kami tetap teruskan habiskan makanan tersebut. Walaupun, ada yang sakit-sakit badan, kami turut merasainya dengan menitiskan air mata mengharapkan kekuatan dari Allah Ta'ala. Cabaran dan dugaan semasa proses tarbiyyah tersebut yang mengajar kami erti Ukhuwah fillah yang sebenarnya. Memang benar kata Ustaz Hilal Asyraf.. Ukhuwah kerana Allah tidak akan wujud jika tidak kerana Proses Tarbiyyah Islamiyyah.


Ana bersyukur kerana pada mulanya ana merasakan dipaksa pergi ke proses itu. Lama-lama ana rindu akan proses tarbiyyah ini. Rindu dengan pengorbanan sahabat-sahabat. Rindu menangis bersama. Sorang menangis, semua menangis.. Allah!! rindunya dengan suasana itu. :'( walaupun perit, walaupun syadid.. tetapi disebabkan itulah Ukhuwahfillah ini terbina. Dan Alhamdulillah kekal sehingga sekarang.

If ada masalah.. sama-sama berkongsi masalah dan sama-sama selesaikannya. kadang-kadang ana suka tersenyum sorang-sorang sebab terkenangkan kenakalan sahabat-sahabat ana. Ada yang macam ni lah, macam tulah. Memang lucu bila kenangkan balik..hehe Itulah Ukhuwah. Bila dia sedang berada dalam kerungsingan, kita dapat merasainya. Bila dia berada dalam kesusahan, kita juga dapat merasainya. Sehinggakan, makanan,sifat dia pun kita tahu sedalam-dalamnya. Itu juga disebabkan proses tarbiyyah.

Kadang-kadang ana rungsing kenapalah adik-adik di NP sukar untuk menerima proses tarbiyyah ini. Malah asyik mempersoalkan tentang matlamat sahaja. Adik-adik, Matlamat itu kenalah dirasai sendiri.. kadang-kadang matlamat itu tidak boleh dirungkai dengan kata-kata..ia hanya boleh dirungkai dengan sifat rasa.


'There are no secret's without you feel it's'
[dedikasi dari Movie Kungfu Panda..^^,]

Dugaan,mehnah dan tribulasi itu adalah fitrah kita sebagai seorang hamba Allah. Ada yang kuat menghadapinya dan ada juga yang lemah menghadapinya. Ada juga yang pernah tersungkur.. tetapi still masih boleh bangkit disebabkan proses tarbiyyah ini.

Inilah proses tarbiyyah yang banyak mendidik diri ana dan juga sahabat-sahabat menjadi tabah dan pasrah disetiap dugaan dan juga mehnah & tribulasi yang datang menimpa. Kami bersyukur kerana kami dipertemukan di proses tarbiyyah ini. Mungkin kadang-kadang ada juga kesalahfahaman, tetapi masih boleh berbaik semula.. Alhamdulillah. Ibarat air dicincang tidak akan putus. Macam adik beradikla, sejauh mana pun bertengkar. Dia akan tidur di biliknya juga, betul tak?? hihi

Bi'ah (suasana) di Nilam Puri berbeza dengan Kuala Lumpur.
Bi'ah di Kuala Lumpur berbeza sekali dengan bi'ah di Nilam puri. Di Nilam puri, Pergaulan terjaga, adab pemakaian terjaga. Tetapi tidak di Kota metropolitan ini, segala-galanya berpandukan kepada kekuatan keimanan kita. Dengan budaya yang sosial. Suasana yang sangat terdedah dengan kebaratan dan sebagainya.

Jadi, di Kota Metropolitan inilah kita memerlukan ukhuwah yang dapat melindungi kita dari meringkuk ke neraka. Bila kita buat salah, ada sahabat yang tegur kita, bila kita silap langkah, ada sahabat betulkan langkah kita. Dan sahabat-sahabat beginilah yang kita perlukan bagi menjamin kehidupan kita diakhirat sana. InsyaAllah.

Sahabat ana selalu pesan : "Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."

Jangan sangka kota yang membangun, tetapi aman didalamnya. Jika kita rasa,hidup di Nilam puri sudah mencabar tetapi di Kuala Lumpur, lagi-lagilah mencabar. Pertama kali ana menjejakkan kaki disini, dan menjadi student disini.. hati ana betul-betul memberontak. Benci dengan suasana ini. Tapi inilah cabaran ana dan sahabat-sahabat. Kami tabahkan hati dan tempuh segala mehnah & tribulasi disini. Sebagaimana proses tarbiyyah mendidik kami dari segi mental dan fizikal yang sangat syadid, begitulah kami praktikkan disini. InsyaAllah.

Tetapi kebanyakkannya menggunakan mentallah. Tabah dengan cemuhan orang, kritikan orang dan sebagainya. Sehinggakan kami anggap ia sudah lali dengan diri kami. Even,kadang-kadang lemahla jugak dengan kritikan jiwa dan mental dari mereka tapi Alhamdulillah, kami masih boleh bangkit lagi meneruskan perjuangan sebagai Da'i. InsyaAllah. Semoga Allah tabahkan hati-hati kami dari dugaan serta mehnah & tribulasi yang mendatang..amien!! :)

Kenangan pahit menjadi kenangan manis di hati sanubari.
Teringat ana ketika mana tension dengan gerak kerja yang banyak dan bertimbun-timbun, sehinggakan air mata ini berjaya juga jatuh kebumi tapi depan sahabat-sahabat pulak tu. Allah malunya.huu~ Apepun mereka still boleh hiburkan hati ana. Senang je nak hiburkan hati ana ni, buat lawak so, gelaklah.ngeh3

Walaupun pahit menghadapi cabaran di proses tarbiyyah tetapi itulah kenangan manis bagi ana dan sahabat-sahabat. Bila kami kenangkan balik peristiwa-peristiwa itu,pasti kami gelak. Begitu juga sekarang ni, bila ada sesuatu berlaku di luar jangkaan kami.. bila kenangkan balik, ia pasti menghiburkan hati kami. Subhanallah. Memang dugaan Allah itu penuh hikmah.

Perasaan rindu bukan sahaja pada Ibu bapa kita tetapi juga pada sahabat kita yang kita sayangnya kerana Allah, kita rindunya kerana Allah dan semuanya semata-mata kerana Allah. Begitulah ana dan sahabat-sahabat,kalau rindu je, pasti kami berbalas meseg dan meluahkan rasa rindu sesama sendiri. Bila berada dalam kesusahan, pasti akan teringat akan proses tarbiyyah dan langsung mengingatkan kami kepada Allah swt. Allah yang beri kekuatan itu cuma kita kena yakin dengan kekuatan yang Allah akan beri. Itulah kuasa Allah swt. Subhanallah~

Apepun, sahabat di proses tarbiyyah itulah yang banyak mengingatkan ana kepada Allah,sentiasa muhasabah diri terkadang khilaf menyelubungi diri. Alhamdulillah. Ana bersyukur sangat dikurniakan sahabat seperti mereka. Even kadang-kadang ada juga 'buah mulut' mengatakan kami ini assobiah, tetapi bukanlah itu niat kami. Cuma proses tarbiyyah inilah yang membuatkan kami taknak berpisah. hohO Mungkin mereka nampak kami terlampau akrab,walhal kami rapat je dengan sesape yang sudi berkawan dengan kami. cewah.. ayat cam ape je kan? hehe.

SofwatulQhaul : Sayangilah sahabat kita seadanya.
Jadi, sayangilah sahabat kita seadanya. Walaupun tidak melalui proses tarbiyyah bersama-sama dengan kita, dia tetap sahabat kita. Jika dia ada masalah, tadahkan telinga dan fahamilah. InsyaAllah dengan kehadiran kita, dia akan senang berdamping dengan kita dan secara tidak langsung menganggap kita sebagai sahabatnya dunia & akhirat.

Apapun sahabat, ana bangga punyai sahabat seperti antunna semua. Antunna memang terbaik dimata ana. Maafkan ana,jika ada salah & silap sama ada sengaja ataupun tidak sengaja. Sesungguhnya ana hanyalah manusia biasa..huhu Semoga ukhuwah kita kekal hingga ke syurga. Ingatlah cita-cita kita untuk Mati syahid bersama-sama. Semoga Allah memberkati kehidupan kita sebagai seorang hamba dan khalifah Allah dimuka bumi. InsyaAllah amien!! :)

Uhibukunna fillah~

P/s :-

-Tingkatkan Tarbiyyah ruhiyyah kita [tambah saqofah,hafal al-Quran]
- Sila baca ini : Perkongsian dari Hilal Asyraf.
Wallahu'alam.