Dec 6, 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.. berakhirlah sudah paper last hari ini. Iaitu paper PJK. Macammana?? macam tulah, tak tahu nak kabo gane.. Bismillahi Tawakkaltu 'Alallah jela..InsyaAllah bikher...doa-doakan jela ye. ^^, Dan.. cuti semester mula bertandang.. tapi apakah ada cuti untuk kami-kami ni?? huhu dalam perjuangan tiada Istilah cuti atau rehat!! perlukan more satiesfied.InsyaAllah... bekalan untuk ke syurga nanti. Tapi ibu dah dok meseg, "Tak cuti ke?" Ya Allah, apakah jawapan yang bernas untuk ku membalasnya?? Jawab jelah, banyak keja.. insyaAllah ibu paham.^^, hehe [Ibu ku memang terbaik!! :)]

Owh ya.. bermula selepas magrib ni.. maka,masuklah Tahun baru dalam kalendar Islam. Ibu selalu pesan, kita takda tahun baru selain tahun baru Islam. Kalau ada diantara kami yang nak wish happy new year bila masuk tahun 2011 misalnya, ibu pasti melarangnya. Dulu masa kecik-kecik selalu gak tengok bunga api terpancar di Menara KLCC sebab nampak je dari rumah ana. Tapi itu dulu, sekarang ni kita perlukan penghijrahan. Tak begitu?? so, takda lah tengok lagi macam dulu, dah besar kut. kui3

Semalam, segerombolan masyarakat dan juga mahasiswa serta anak-anak muda mengadakan demontrasi di Masjid Negara bagi menyerahkan memorendom kepada Yang DiPertuan Agong.. atas sebab, kerajaan menaikkan harga barang dan minyak petrol. Dasyat sungguh waktu itu,..sebab Polis bertindak sangat agresif..! Dan apa yang ana dapat tahu, polis sudah berani-berani bertindak kasar dengan para wanita. Apakah tindakan kita?? adakah hanya mendiamkan diri sahaja??  tepuk dada tanyalah Iman kita. Dan Istigfarlah banyak-banyak.

Semoga Maal Hijrah tahun ini, membawa perubahan yang besar kepada seluruhnya.. terutamanya diri sendiri, termasuk, negara, masyarakat dan sebagainya. Dan juga semoga amalan kita tahun ni dan juga tahun lepas diterima oleh Allah s.w.t. Jadi, marilah kita tingkatkan amalan. Tapi bagaimana? Iya, kita perlukan penghijrahan.. sampai bila kita hendak kekal di takuk yang lama. Ana bagi satu analogi.. Seorang yang malas bekerja.. tetapi dia teringin sangat nak berkahwin.. dan dalam sesebuah rumahtangga pastinya memerlukan Ekonomi yang tetap dan terjamin masa depan anak bini. Jadi, adakah dia perlu biarkan diri dia dalam kemalasan? Tidak, malah, dia perlu berusaha untuk mencari pendapat yang tetap dan boleh menjamin ahli keluarganya. Tambah-tambah lagi, barang semuanya naik tahun ni, makin lama, makin naik pulak. huhu

Begitu juga dengan Allah. Dia takkan bagi sesuatu tanpa kita berusaha. Betul tak? kita selalu sangka, Uh... takde rezeki.. nak buat macammane?? kita tak dapat rezeki tu bila mana, kita sudah berusaha sehabis baik.. dan setelah bertawakkal kepada Allah.. tapi, result kita teruk. Itu baru nama nya takda rezeki. Kalau sebelum tu kita tak berusaha.. pastu kita gagal.. maknanya salah kita lah tu, sebab tak berusaha sehabis baik! betul tak?? ha.. hehe..

Jadi, kita perlukan penghijrahan. Dalam penghijran tu juga kita perlu ada matlamat. Matlamat kita apa?? untuk mencapai keredhaan Allah dan syurga Allah. Dalam untuk mencapai matlamat tu, kita perlukan apa ek?? Iya,mestilah kena ada ILMU, AKHLAK, IMAN dan BUANG KEPENTINGAN DUNIA. Jika kita ada keempat-empat ni, insyaAllah.. jalan atau matlamat kita akan tercapai dan dipermudahkan. 

Contoh perubahan dari segi akhlak. Di Facebook la katakan, kita tulis di Wall Facebook kita "Nganntookknye.." misalnye. Bukankah kita sudah buka aib kita sendiri di Public? tidakkah kita sedar yang bila mana orang membacanya, dia akan mencebik dengan kita. Nauzubillah..Malu kot. Jadi, bila kita tahu itu akan memalukan diri kita.. kita kena kawal diri kita dari menulis bukan-bukan yang boleh mendatangkan keaiban dalam diri kita. Contoh yang lain, misalnya kita nak bergurau dengan kawan perempuan kita. Ana cadangkan apa kata, buat group secret.. ha dalam tu bolehlah nak merepek ke, nak mengedik ke? ha.. agar kita tidak bukak aib kita dengan cara tidak sengaja dan demi menjaga kemaslahatan kaum hawa bersama. Jadi, kalo nak post something kat Facebook pun, postla sesuatu yang mendatangkan manfaat kita bersama. okeh? InsyaAllah. sama-sama kita ubah sikap untuk menjadi yang lebih baik. [Note yang ana sempat ambil dari ceramah Ustaz Zul Amirul Semalam.]

Ana suka baca buku, bila mana ana baca buku.. ana dapat sesuatu yang baru dan terasa diri ini miskin sangat dengan Ilmu. Setelah itu, ana cuba peraktikkan apa yang ilmu ana dapat hasil daripada buku apa yang ana baca. Misalnya, novel-novel yang Islamik kan.. dia mengajar kita bagaimana untuk menjadi diri berakhlak mulia sebenarnya. Pastu kisah-kisah Nabi. Subhanallah.. seronok sangat membaca. Apepun, manusia ini banyak kelemahan.. tapi setiap kelemahan itu perlulah dibaiki untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.

Ana akhiri dengan Hadis nabi, yang bermaksud :
Dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, ‘Seorang muslim adalah orang yang menjadikan muslim lainnya merasa selamat dari lisan (percakapannya) dan tangan (perbuatannya). Sedangkan muhajir (orang yang hijrah) adalah orang yang meninggalkan segala yang dilarang Allah s.w.t. (Mut...tafaqun A'laih).

Dan video ini sebagai muhasabah untuk diri kita bersama. Selamat menghayati! :)

  Wallahu'alam.^^,

Dec 4, 2010

Ketegasan Seorang Wanita!

Wahai Sahabatku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak sahabatku untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya. Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.
Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. 

Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai Sahabatku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
Engkau benar sahabatku, bahawa kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu,di facebook atau dimana sahaja, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai Sahabatku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku mengambil kata-kata dari Syeikh Sayyid Tantawi: Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab“. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Wahai Sahabatku…….
Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.

Seorang gadis betapa tinggi pun kedudukannya, betapa banyak pun hartanya, betapa hebat pun kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: “mencapai kebahagiaan yang tinggi itulah bersuami menjadi isteri yang solehah terhormat dan ibu rumahtangga yang baik.”

Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau yang rosak akhlaknya.

Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.
Pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang puteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam. 

Sahabatku suasana sepi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan adalah kerana kesalahanmu sendiri. Lantas kenapa kamu yang berakhlak mulia tidak mencegahnya?

Kenapa para wanita yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu? Kamu, para wanita tentu lebih berkebolehan dan bertindak dari kaum lelaki.

Wahai sahabatku,
Dirikanlah wadah dalam bentuk lembaga dan persatuan dari kalangan kamu sendiri yang anggotanya terdiri daripada cendekiawan, guru dan mahasiswi. Wadah yang berusaha untuk mengembalikan wanita-wanita sesat kepada jalan kebenaran. Ancam dan takutkan mereka dengan firman-firman Allah. Sekiranya mereka tidak mahu mendengar dan tidak takut lagi, maka berilah gambaran bahaya penyakit yang akan dideritainya..

Wahai sahabatku,
Kamu berpelajaran tinggi.. dan menghafaz al-Quran serta mengetahui makna-makna yang tersurat didalamnya. Tetapi, aku melihat dirimu di Alam Maya, menunjukkan kamu tidak seperti apa yang aku harapkan. 

Tidak bersikap tegas di dalam bicara, walaupun bergurau sesama wanita.. tetapi ramai penontonnye bukan dari kalangan kita. Mahukah kamu, memiliki lelaki kerana tergoda dengan sikap manja-manjamu di Alam maya tetapi bukan dengan Agamamu yang kamu miliki sebenarnya?? kitalah punca niat mereka terpesong. 

Sedarkah kita? kita dikira terpelajar, kita belajar tentang akhlak, tetapi perlukah menonjol tentang segalanya yang berkaitan tentang diri kita di Alam maya? Yang sebenarnya boleh membuka aib kita sendiri? tidak takutkah kita orang akan mencebik tentang sikap kita yang kita anggap baik atau mulia dalam diri kita, tetapi hina dalam diri mereka??

Wahai Sahabatku, 
Aku tidak malu memiliki sahabat seperti itu, tetapi aku malu kerana kamu pelajar agama.. akan tetapi tidak seperti pelajar agama. Kamu mencuri perhatian lelaki dengan cara yang paling murah!! Benar kata kamu, tidak perlu hipokrit. Tapi disebabkan kita tidak mahu hipokritlah, 'Dosa' itu suka dengan kita. Itu bukan dinamakan hipokrit sahabat, itu maknanya menutup keaiban diri yang sebenarnya. 

Jadi sahabatku,
Malu kita perlu bertempat, ya betul! Bertempat itu dimana?? ditempat yang sepatutnya. Tetapi slumber itu juga perlu bertempat..tapi tempatnya dimana?? adakah kita nak berslumber pun, sehinggakan aib terbuka dengan sendirinya tanpa menyedarinya??

Sikap manja, sikap gedik kita tidak perlulah dipublishkan di khalayak ramai.. cukuplah sekadar sahabat kita mengenali kita dan dipublishkan untuk lelaki yang bergelar suami sahaja. 

Wahai sahabatku,
aku bercakap bukan kerana aku memiliki ilmu yang banyak seperti mu.. tetapi aku bercakap sebagai seorang sahabat yang sayangkan maruah sahabatnya yang lain termasuk maruah sebagai kaum hawa yang nabi kata,ia membawa fitnah paling besar didunia!

jadi sahabat, mahukah kamu berubah bersama ku?? marilah kita sama-sama muhasabah diri demi kebaikan diri kita sendiri. Sesungguhnya Allah menyayangi kepada hambanya yang sentiasa muhasabah diri.

Wallahu'alam~

Bersabarlah sayang!


Bismillahirrahmanirrahim.

| Coretan ini, buat sahabat serikandi yang dikasihi Fillah. Semoga kehidupannya sentiasa dirahmati Allah. InsyaAllah, ameenn!! ^^, | 

Sahabat,
Hidup ini ibarat roda, tetapi dia bergerak pun kita tidak sedar, sebab itu dugaan Allah, bila mana dia datang pun kita tidak akan tersedar, Hidup ini juga umpama makanan, ada pahit, masam-masam manis,manis dan sebagainya, Samalah juga seperti kehidupan kita wahai sahabat, kadang-kadang ada manis, kadang-kadang pula ada pahitnya, Itulah fitrah namanya yang terkandung dalam Prinsip Allah Ta'ala!


Sahabat,
Aku sedih mendengar ceritamu tentang Cinta,memang pedih bila memendamkan perasaan yang lara, Bak kata orang, Penantian itu satu penyeksaan..kadang-kadang penantian itu memang seksa,
Tetapi,kadang-kadang penantian itu satu kebahgiaan. Dua penantian kamu amat menyeksakan, Kedua-duanya bukan milikmu wahai sahabatku. Bersabarlah…


Aku selalu memikirkan, adakah Engkau tidak cukup baik bagi mereka? Atau kamu yang terlalu berharga? Tetapi aku yakin sahabat, Kamu yang terlalu berharga, Hatimu ibarat permata yang tiada tandingannya.

Teringatku pada kisah Asiah Yusro yang kamu kagumi, dia memendam perasaan kerana terlalu Cintakan agama dan Kekasih hakiki. Sampailah kepada satu tahap, dia dipinang, malangnya lelaki itu bukanlah lelaki yang dia pendamkan rasa cintanya sebelum ini. Tetapi dia redha apabila membaca firman Allah, dalam surah Al-Baqarah ayat 216 bermaksud : “dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” Lantas, Dia pasrah dengan ketentuan Ilahi dan menyatakan ‘Setuju’ dengan hati yang penuh keterpaksaan bersulamkan keikhlasan. Akan tetapi, Allah itu Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.. Akhirnya, Asiah Yusro dijodohkan juga dengan lelaki yang disanjunginya selama ini. Nah!! Yakinlah sahabat, Janji Allah itu pasti.


Aku teringat dengan pesananmu “tanyalah dia jika ingin tahu hal yang sebenarnya? Agar tidak menyesal di kemudian hari..”


Sahabat,
Siapalah aku ini jika nak dibandingkan dengannya?? Risikan pertama ku tolak mentah-mentah kerana dia terlalu baik buatku.. agamanya mantap. Risikan kedua pula, ku pendamkan kata hati untuk menerima, kerana bukan cara itu yang aku harapkan sebenarnya, katanya ingin berjumpa keluarga tetapi gayaknya seperti sudah berpunya. Tetapi siapalah aku ini sahabat, aku tidak punya apa-apa nak digandingkan dengan mereka bagaikan langit dan bumi. Adakah aku terlalu merendah diri sahabat??

Aku terbaca sesuatu dari buku "pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul".
"Kalau suka,jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani,tanda tak bersedia. Kalau tak sedia,kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah.

Dari situ aku beriltizam untuk membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.Lantas, Aku malu dengan diri sendiri kerana terlalu kerdil di sisi Ilahi. Terkadang aku merasakan, aku tidak layak digandingkan dengan orang seperti mereka, Ilmu penuh dada, beradab sopan walaupun sebenarnya itulah baitulmuslim impianku selama ini.


Namun, Biarlah Cinta Ilahi mengatasi segalanya. Jodoh itu pasti ada untuk kita.. siapa dan bila itu semuanya rahsia Allah. Bersabarlah dan teruskan menanti.. aku tidak mahu disebabkan ini, gerak kerja kita tergantung. Dan menyebabkan hijab antara kita dengan Al-khaliq. Allah Maha Mengetahui sahabat, Dia sayangkan kita dan terlalu sayangkan kita. Aku sayangkan kamu kerana Allah kurniakan aku sahabat sepertimu.


Jadi sahabat,
Perjuangan kita masih panjang. Jalan dakwah kita masih luas terbentang di luar sana. Mereka memerlukan kita.. kita juga perlu bantu mereka. Lupakan dahulu tentang Cinta yang sementara… marilah kita sama-sama mencari Cinta yang kekal selamanya.

Aku ambil pula dari kisah Elya Khadeeja. Dia menerima ramai sangat undangan pinangan. Tetapi demi dakwah dan Islam, dia menolaknya secara baik dengan menyatakan dia tidak bersedia. Walaupun kesemuanya bakal Imam itu bukanlah dari calang-calang orang yang mantap dari segi Agamanya. Tetapi demi untuk mengembangkan sayap dakwahnya ke Amerika, dia lepaskan kesemuanya. Walaubagaimanapun, Allah tetap mengurniakannya seorang Imam yang terbaik dari segi tarbiyyah dan dakwahnya sewaktu dia di sana.


Percayalah sahabat, pasti ada yang lebih baik buatmu. Kumbang bukan seekor tapi pasti kamu akan menjawab hendak mencari kumbang yang wangi seperti mereka sangat susah. Memang Betul tu sahabat, tapi ia tetap wujud dimuka bumi. Jangan risau atau sangsi. Kerana segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Yang pasti, Doa.. dan teruskan berdoa. Agar hati kita lebih terikat dengan Allah. InsyaAllah..!! ^^,

Aku terminat pula pada pesanan ringkas dari sahabat kita.

"Cinta amat mahal takrifnya,
Itulah yg difitrahkan oleh Allah s.w.t. kepada Hambanya
Cinta hanya tertulis pd perkataan,
Tapi gagal dilihat pada zahirnya..
Kerana itu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran didalamnya. Ingat pada yang satu,jujur pada yang setia,
setia pada yg kasih,kasih pada yang rindu,rindulah pada yang menyayangimu,
Cinta takkan datang kalau tak dicari,cinta juga takkan dapat kalau tiada siapa yg memberi,Tapi mencari biarlah pada yang sudi, bukan meminta pada yang simpati."

Salam sayang buah sahabatku didunia mahupun disyurga..insyaAllah..ameen!!
(^_^)

Nov 30, 2010

Bicara Ulama Besar Dari Syria!



Alhamdulillah.. hari ini ana dapat meluangkan masa untuk menghadiri satu majlis/diskusi bersama salah seorang Ulama besar dari Syria,iaitu Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti yang telah diadakan di Masjid Azhar KUIS. Beliau merupakan pengarang Kitab Fiqh Sirah yang terkenal dan setahu ana, dalam subjek Aqaid kami di sini juga menggunakan kitabnya yang bertajuk "Keyakinan Hakiki | Kewujudan Maha Pencipta dan Tugas Makhluk Di Alam Semesta |".


Perjalanan dari UM ke KUIS mengambil masa 1 jam lebih kurang..sampai sahaja, diskusi tersebut tlh berlangsung selama 15 minit, lantas kami solat Isyak berjemaah. Setelah itu, kami mendengar ceramahnya. Jika ada ulama-ulama arab yang datang ke negara Malaysia pasti ada yang akan menjadi tukang translatenya. Alhamdulillah kami memahami tapi alangkah indahnya, sekirannya kami pandai bahasa Arab macam depa..huhu


Okeh, tadi Syeikh ada menceritakan tentang seorang hamba Allah yang bernama Malik Bin Dinar. Yang mana lelaki ini adalah seorang kaki judi paling jahat sekali, sampai suatu masa..dimana beliau mengembalikan semula harta yang dicurinya,terpancar raut wajah kegembiraan pada raut wajah si pencuri itu. Beliau mengatakan "Aku berharap kegembiraan yang terpancar diwajahmu diiringi doa keatasku untuk mendapatkan keredhaan Allah". Setelah itu beliau balik dan tidur. Tiba-tiba terbit dalam hatinya bagi menginginkan seorang anak perempuan. Namun,dia yakin tidak siapa yang ingin berkahwin dengannya dengan kejahatan yang telah dilakukan. Lantas dia ambil keputusan untuk membeli seorang hamba perempuan untuk dijadikan seorang Isteri.


Setelah itu, impian beliau untuk memiliki seorang anak perempuan tercapai.dan beliau seronok bermain-main dengan anaknya itu. Ditakdirkan Allah, anaknya Meninggal ketika berumur 2 tahun. Jadi, perangai beliau yang dulu menjadi makin teruk dan melampau. Sehinggalah satu masa, ketika beliau sedang tidur dan bermimpi.(seperti di Akhirat tempatnya) Ada seekor ular mengejarnya dan terus mengejar, tiba-tiba dia terjumpa seorang lelaki seakan baik perwatakannya. Lalu beliau meminta tolong kepada lelaki itu, tetapi lelaki itu berkata "Aku tiada kuasa untuk menolong Engkau" Lantas, beliau berlari lagi untuk menyelamatkan diri. Dan berhenti bila ternampak kain terbentang, dan beliau menyelak kain itu, didalamnya terdapat anaknya yang telah meninggal itu. Dan anak itu, memegang tangannya dan berkata seperti dalam firman Allah yang bermaksud : "Tidakkah sampai masanya orang beriman hatinya menjadi khusyuk mengingati Allah". Sebelum itu, si ayah bertanya kepada si anak : "Siapakah lelaki yang perwatakan baik tetapi tidak mahu menolongku?" Lalu si anak pun jawab : "Itu menunjukkan amalanmu yang sangat sedikit untuk membantu disini".


Lantas, setelah Malik bin Dinar sedar dari lena yang panjang dan mengalami mimpi yang sangat dasyat. Beliau terus berubah dari dulu perangainya yang jahat tetapi kini, beliau menjadi seorang yang soleh dan patuh kepada perintah Allah s.w.t.

Apakah resolusinya disini??

Mari kita fikirkan bersama.. Kenapakah kita dilahirkan ke dunia? untuk apa kita dilahirkan dunia?? Jawapannya ada pada surah Az-Zariyat ayat 56. Cek dalam tafsir dan pahamkan betul-betul ya.

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia sentiasa memberi ruang kepada hambanya yang sentiasa inginkan taubat. Pintu Taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya yang sentiasa inginkan keampunan daripada Allah. Percayalah,  dan bersangka Baiklah dengan Allah... Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dan Hidayah itu milik Allah. Dia boleh berikan hidayah itu kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu. Walau sehebat manapun kita sampaikan dakwah, tetapi jika Allah tidak izinkan dia berubah, selagi itu dia tidak akan berubah.. sebab tugas kita hanya menyampai dan berusaha. Yang memberi hidayah itu semuanya kuasa Allah cuma kita diberi pilihan untuk terima ke tidak hidayah Allah itu. Fikir-fikirkanlah ye..:DD


Tamat.

Thanks to Photographer Dr. Asy.

Diskusi beliau diakhiri dengan serangkap doa :-
"Ya Allah berilah hubungan yang baik antara kami denganMU, dan tempatkanlah kami ditempat yang baik, terangilah hati kami dengan cahayaMU". Ameeen!!

Setelah itu dibuka pula kepada sesiapa yg ingin bertanya kan soalan sebelum beliau berangkat pulang. Antara salah satu soalannya ialah (Sekemanya ayat..hee~ =.=).

Erm.. Ungkapan ada menyatakan bahawa "Apabila kita mengenali sesuatu ia akan membawa cinta pada kita". Tetapi bila kita mengatakan kita mencintai Allah, kita still melakukan larangan Allah..

Jawapannya : " Sebenarnya aku merasa sangsi, mereka mengatakan, mereka Cnta Akan Allah tetapi mereka still melakukan segala larangannya. Jika kita cinta akan Allah sepatutnya kita menjadi seorang yang sentiasa mensyukuri segala nikmat pemberianNya. Seperti nikmat makan, tidur dan sebagainya. Jika kita still melakukan larangan Allah, jangan katakan kita mencintai Allah s.w.t." huhu Nauzubillah~

Bicara tambahan Al-Syeikh: (dicopy dari sahabat ana sbb ana tak sempat nak salin.hee~)

i) Sesiapa yang masih makan tetapi tidak merasai makanan itu nikmat daripada Allah, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
ii) Sesiapa yang baring tetapi tidak menginsafi diri akan bangun selepasnya dengan adanya rahmat Allah, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
iii) Sesiapa yang memasuki tandas tetapi tidak menginsafi kelenyapan najis-najis pada tubuh badan ( zahir/ batin) adalah disebabkan adanya rahmat daripada ALLAH, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
iv)Sesiapa yang sihat tetapi tidak merasai nikmat kesihatan itu daripada ALLAH, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.

Oklah sekian dahulu entry kali ini. Serikandi mahu study sebab esok ada Exam jam 3 petang! Tiada alasan untuk tidak pergi ke ceramah jika semata-mata kerana untuk mengulangkaji pelajaran. huhu.. Doakan serikandi ye esok.. Exam Pengajian Quran. Moga Allah permudahkan, Allahumma Yassir Wala Tuassir...InsyaAllah ameeenn!!! Doa Kalian amatlah Serikandi Harapan, moga Allah membalas jasa baik kalian..insyaAllah. Jazakallahu Khairan Kasira. ^^,

Wallahu'alam~

Nov 29, 2010

Sahabat Sejati!

Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam "back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.

"Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida.
Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.

"Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida merengek.

Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. "Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah."
Zuraida mencebik. "Awak tido rumah sape pulak malam ni?"

"Rumah, err.. rumah.. Huda." Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.

Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.
"Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana.
Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"

Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat "supportive", dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut "duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.

"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.
Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.
Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m"
Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang"
Zuraida sengih lagi.

"Awak tau tak…" Zuraida memulakan bicara.
"Tak tau, hehe" Hayati berlawak.
"Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk.
"Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.

Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.

"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.

"Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni"
"Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?" tanya Hayati.

Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.

"Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne." Kata Sufiah.

Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.

Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,

"Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini"

Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.

Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.

Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"

Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.

Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."

Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.

Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.
Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.

"Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati.
Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.
Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya.

Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."
Sufiah membuat "announcement", "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."

Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.
"Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.

Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."

Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."
Zuraida tersenyum sahaja.
Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."

Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.

"Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.
Hayati mengangguk, "Cakaplah.."
"Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.

Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.


Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.

"Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.
Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.

"Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.

Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."
Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong!"
Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong!"

"Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka.

"Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung.

"Lillahi ta’ala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta’ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.

"Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.
"Hehe.." Hayati tergelak kecil.
"Er… kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya.
"Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.

Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.

p/s : Kepada Sahabat-sahabatku, jika nak masuk syurga jangan lupa ajak Aku sekali ye... Uhibukkunna Fillah.^^,