May 13, 2010

15 Anugerah Allah pada Wanita tidak pada Lelaki.


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.


2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.


3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.


4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.


5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”


6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”


7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”


8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”


9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”


10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”


11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.


14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).


15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


So, fikir-fikirkan & selamat b'tadabbur...
Entry kali ni..ana terima emel dr Abah ana..pas2, ana postla kt sni...utk b'kongsi dgn anda sume. Exspecially,kaum hawa...[^-^]

~Wallahu'alam~

May 10, 2010

I.M.T.E.C '10...!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah...Habis sudah agenda dakwah di SAM JERAM,KUALA SELANGOR. bagi ana...memg m'cabar Program kali ni sbb mereka memiliki Jiwa yg sgt kental dan btol2 mnguji kesabaran kami para Fasi. Nak tahu sbb ape...???ha.... ana pun xtw nk ckp cane... Mereka ni nk kate kepala batu..?? kepala tengkorak gak...haha ape2lah...tp btol2 mguji kesabaran kami lah...kui3

1st day da m'buatkan ana rase marah sgt2...[btol2 mguji keimanan].. Mane xnye... Pelajar Muslimin main pintu musolla di bhgian Muslimat.... Muslimat pun dok layan jugak... haiishh... dah melampau sgt..ape agi, ana bangun la... " apasal gatal sgt ni..??? masuk musolla skang." tengkingan ana. Ya Allah btol2 mguji keimanan ku..! Muslimin langsung xhormat terhadap kehadiran kami para fasi.. agak keciwa sdkit dgn sikap pelajar2 disana.. Namun, ana tetap hepy sbb dpt b'jumpe agi dgn sahabat2 IKHLAS...[^^,]

2nd day.... hari semakin cerah tetapi ttp b'laku guruh dikalangan Para fasi.. slot ke2... slot yg pling b'makna bgi diri ana sendiri.. adik2 diminta menulis sepucuk surat utk Ibu @ bapa mereka b'temakan harapan Ibu bapa t'hadap Mereka.. tetapi apa yg mereka ucapkan @ harapkan tidak selari dgn akhlak yg mereka tlh tonjolkan... Sahabat ana Baihaqi,mengamuk... lantas merenyukkan surat mereka t'sebut.. dan ana memulakan bicara ana b'sama shbt ana lagi sorg..iaitu Farah Wahidah.. Ana m'bacakan salah 1 surat adik2... M'jadi sebak dibuatnya... ana pula yg menangis apabila m'bacakn surat adik2... t'lalu besar harapan mereka...ana m'harapkan adik2 berubah...Itu je demi m'capai harapan yg telah mereka coretkan..!! Alhamdulillah..adik2 juga turut menangis... menginsafi hakikat sebenar kesilapan mereka...

Ana b'syukur dgn kump. ana tapi ana kecewa dgn kump. sahabat ana... anak buah mereka,langsung xde perasaan... malahan melawan ckp fasi mereka..dan m'buatkn sahabat ana sedih dgn sikap anak buah mereka... ucapan2 yg mereka ucapkan dgn tindakan fasi2 mereka..langsung ana xboleh terima...

"alah kak...itu hanya dalam kertas je...kami xrase ape2 pun..."

"Eleh...cube abang buat,pastu kami buat macam 2 kat abang...?? baik kami xyah buat tadi..m'bazir kertas je.."

"akak simpan jela surat 2..kami xnak pun.."

Ya Allah sedihnya ana,bile m'dengar luahan sahabat2 ana... sggp mereka b'kata bgitu!! mana hati dan perasaan mereka..??? adakah hati mereka telah ditutupkn utk p'kara kebaikan..??? Nauzubillahiminzalik~

Slot Disiplin menyedarkan kesilapan mereka... lantas adik2 yg ada perasaan meminta maaf kpd kakak2 fasi mereka dan juga kpd kakak2 yg mereka rasa xpuas hati... Semoga mereka m'insafinya sentiasa...ameenn!!! Ana tidak salahkan mereka dgn sikap mereka begitu.. mgkin mereka kurang dimotivasikan...wallahu'alam~



Hari terakhir dan slot explorace paling mnyeronokkan.... ana m'jaga cekpoint yg p'tama.. nak tau cekpoint ape..?? ha...shbt ana yg pegang KD SUKAN memg suke letakkan ana di cekpoint yg paling m'cabar...ish3.. ana pun xphmla knapa...nk suruh ajar budak2 2 ke..???haha...wallahu'alam.. nk tau ke apa yg m'cabar sgt 2..??? hmm.. Adik2 dikehendaki m'combat di bawah tali yg telah diikat dgn tali lapia...serta b'lumuran dgn lumpur... sehinggakan baju adik2 kotor dipenuhi dgn lumpur.. ad yg xnak buat...tp kami paksa juga..melainkan ada mslh kesihatan shja... ada pula 2 yg meminta izin tok buka kasut..

"nak bukak,bukaklah...tapi xyahla bukak stokin sekali..kn aurat 2.." Bicara ana dgn penuh lembut.

"habisla stokin aku wei...dah ar ade 1 je..." rungutan adik t'sebut.

"asal ad 1 je...?? dah kate pelajar kn..?? mestilah kna ad stokin len.." balasan ana...

"ni mesti kt lua xpakai stokin kan..??sbb 2 ada 1 je stokin.." balas ana lagi...

"pakai..." jawab adik t'sebut dgn menundukkan kepala..[ tau pun salah... lagi nk melawan..haiish..sabar2]

lepas kump. ni selesai buat combat t'sebut... ana suruh sahabat muslimin motivasikn mereka... cekpoint strusnye ada kt ana... dtgla mereka kpd ana utk meminta cekpoint strusnye...haiih kalo ikutkn analah... ana xnak bagi nye... tp kesian plak sbb diowg group yg last plak 2.. tp sblum ana bagi 2..ana suh diowg istigfar 10 kali... Astagfirullahal'azim... sabar jela aku dgn budak2 ni...huhu

Nak tahu pengalaman ana paling best kt sini ape dia..??? ha... jgn pelik au.. em ana kene gigit dgn seorg pelajar muslimat..ana xtw sape die.. time Slot Muhasabah diadakan.. ya Allah..t'kejut btol dgn keberanian adik ni.. tp xsakit mane pun..hehe ha 2lah pengalaman paling best..kui3 ada berani...??=p

Apepun...best je program ni... hehe... tp bg analah kn...bnyk2 program yg ana buat... program ni lah,ana rase m'cabar sgt2...huhu Semoga Allah memberi Hidayah kpd Adik2 sume...Ammennn!! wa bittaufiq fil Imtihan PMR,SPM n STAM...[^^,]

hmm...pasni program Kt kedah plak..and ana sebagai KD DISIPLIN...!! dgr crite..sekolah 2,budak2nye masalah jugak...huiish..yaAllah p'mudahknlah urusanku...redhOilah setiap perbuatanKu Ya Rabbul'izzati..ameeenn!!!
Oklah...apa yg b'laku kite jadikan pedoman utk m'bina kekuatan dlm diri sndiri..sekian dahulu cerita hidupku kali ini...=)

Tolaklah (kejahatan yg ditujukn kpdmu) dgn cra y lbih baik,
apabila engkau b'laku demikian maka org y menaruh rasa p'musuhan t'hdpmu,
dgn serta merta akn m'jd seolah2 seorg sahabat karib!
[Fussilat:34]

Wallahu'alam~


Apr 23, 2010

WaHai IbU yG MeNgaNdUng..!!!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah... hari ni dpt juga ana b'tenet stlh 1 penat bkerja..huhu kite straigt to the point jela ye.. cam da xbiase plak tido lewat..yelah klo kt nursery, kul 10 da tido da..hehe ngantok n penat sgt kerja kt sne au.. smpai berat bdn pn da trun..nk angkat baby yg berat pn da xlarat..hohO.. tp bestla..dpt men ngn baby..hihi.. okeh2.. ana t'pk nk post something kali ni.. istimewa buat sahabt2 yg bakal jdi ibu atau yg bakal bersalin agi..cecey manelah tahukan..kui3 sbb ape au.. ana jaga baby.. ade sesuatu yg ana fikirkan..bler ana tgOk fe'el baby2.. ad yg kuat meragamla..bila nk tido 2 xsenangla..smpai b'kerut2 muka..huhu sian plak ana tgOk..! pastu bila ana pk balik..ini pasti ada kaitan dgn ibu yg mngandungkannya @ khidupn familynya..bila ana bce majalah solusi.. mmg ada kaitan pun...huhu sbb tingkah laku & perasaan ibu semasa mngandung m'bawa impak yg besar terhdap watak & perwatakan anak dlm kandungan.

So,ana nk bagi sdikit tip bagi persediaan rohani tok ibu mengandung..
1. Banykkn taubat dan Istigfar
Ibu bapa yg bnyk melakukan taubat & istigfar, Allah akan sentiasa mengasihi & merahmati kedua-duannya & juga segala isi dlm rumah tangga termasuk anak dalam kandungan.. ana xpasti sama ada ayat di bawah adalah hadis atau pun ayat alquran.. kalo ada yg tahu tlg ingatkan ana balik ye..em ayatnye b'bunyi..

إٍنَّ اللّهَ يُحٍبُّ التَوَّبِينَ وَيُحٍبُّ المُتَطَهِرِين
"sesungguhnya Allah menyayangi org yg suka bertaubat dan org yg sukakan kebersihan.."

2. B'puasa sunat...
tapi ini khusus utk suami ye.. em bnykkn b'puasa sunat atau sekurg2nya seminggu dua hari ke...?? [isnin & khamis] atau pd hari2 putih [13,14 dan 15 bulan zulhijjah]. Tips ini pernah dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu pula..bley je nk amalkan jika tidak menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.

sabda Rasulullah s.a.w. yg b'maksud :
" Amalan seseorg itu dibentangkan kpd Allah setiap hari isnin dan khamis, maka aku suka jika amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa". [Riwayat Tarmizi]

3. Tidak b'cakap yg sia2..
Ketika isteri sdg mengandung, suami hendaklah xb'cakap p'kara yg sia2, lebih-lebih lagi yg boleh m'datangkan dosa sprti mngumpat, m'fitnah dan sbagainya. Sebaliknya basahilah lidah kalian dgn b'zikir dan bertahmid @ b'cakap yg m'datangkan faedah.

Pernah suatu ketika dahulu yg berlaku kpd Nabi Zakaria a.s. ketika isterinya mula mengandung anaknya, nabi ape..?? ha....cube teka..??kui3 Nabi Yahya a.s. lah..hihi 2pun bley lupe..adeih...hik3 pastu, Nabi Zakaria dibisukan oleh Allah selama 3 hari b'tujuan m'didiknya agar tidak b'cakap sesuatu yg sia2. selama 3 hari tu baginda m'habiskan masa dgn b'zikir dan bertasbih serta b'tahmid pagi & petang.ish3 sygnya Allah pd baginda ye..cmnelah jika Allah bisukan sume mulut para suami zaman skang ni..?? kn bgus..hihi tp pelik jdinye t kn...hmm ha..kisah ni pun ada diceritakan dlm alquran au..surah Ali-Imran...ayat 38-41. cek balik..pastu tadabbur k..=)

4. Banyakkn m'baca Al-Quran
Dalam buku Panduan Menyambut Cahaya Mata oleh Ustaz Hj. Taib Azamudden Md. Taib telah menyatakan bahawa Imam Syafi'e semasa dlm kandungan ibunya, ibunya sentiasa m'baca surah al-fatihah dan surah Yassin dan menyeru anak kandungannya supaya memahami apa yg dibacanya. Hasilnya, Imam Syafi'e boleh mghafal al-quran 30 juzuk sejak umur 7 tahun..fuh..itulah azimat kitab Allah kan..! Ade kajian len menyatakan ibu yg sering m'baca Al-quran akan melahirkan anak yg bijak..tapi Apepun.. sume yg kita lakukan adalah kerana Allah.

5. Banyakkan b'doa ye..
Sentiasalah b'doa agar Allah kurniakan anak yg soleh dan solehah. sekurg2nya setiap lepas solat ke..?? bacalah doa khusus bg ibu yg sdg mengandung ni :

Maksudnya : "Ya Allah, peliharalah anakku selama di dlm kandunganku dan sembuhlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada penyembuhan melainkan dgn penawarMu. Ya Allah lahirkanlah dr kandunganku ini dgn kelahiran yg mudah & sejahtera. Ya Allah, Jadikanlah anakku ini sihat,sempurna,cerdik,berakal, dan berilmu serta b'amal soleh. Ya Allah elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya & merdukanlah suara utk m'baca al-Quran dgn berkat Nabi Muhammad s.a.w."

6. Doa Agar m'dpt anak yg soleh & solehah.

Maksudnya : "Ya Tuhanku, Berikanlah kpdku seorg anak yg soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Permohonanku...Ameenn!!" [Ali-Imran 3 : 38]

So,ni jelah tip yg ana dpt...selamat b'amal..!!! t'dapat banyak agi surah len yg boleh kalian amalkan..contohnya surah Maryam tok memudahkn ibu bersalin,surah Luqman pula tok peroleh anak cerdik akal & cerdik akhlak dan sebagainyalah..em yg len..cari sndiri ye..t kalian lbih tertarik tok m'baca if cri sndiri..hihi tp blum abis agi...ana nk bgtau sket ttg sikap Ibu Bapa ketika Ibu mengandung & Impak/kesan Terhadap peribadi Anak.

1.Ibu Bapa yg sering gaduh -> Anak menjadi ganas & panas baran
2.Ibu bapa sering bersedekah -> hati anak akan lembut
3.Ibu mengidam benda pelik -> petanda tidak baik terhadap sikap anak
4.Ibu tidak meninggalkan solat -> Anak mudah mendapat hidayah
5.Ibu bermain kayu tiga @ melakukan maksiat -> anak menjadi penderhaka & gemar melakukan maksiat
6.Ibu sering membaca al-Quran -> Dapat anak yg bijak
7.Ibu mengawal emosi -> Anak soleh dan pandai mengawal keadaan.
[Kajian Oleh Ustazah Siti Nor Bahyah]

Jadi, ini jelah entry blog ana kali ni... selamat b'amal kpd kaum ibu @ bakal ibu sekalian.. tp yg belum kahwen ni pun kena amalkan juga au..sbb sebagaimana perangai kte skang ni..even blum kahwen sekalipun..camtulah perangai anak kite t...ha..so jom kte bina diri kita yg solehah/soleh dgn sebaik2nya b'mula dri skang tok melahirkan zuriat yg soleh & solehah juga..insyaAllah..ameenn!![^_^]

~wallahu'alam~

Apr 17, 2010

AkU DaN NuRsEry..?!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah..ketemu agi kita disini..hmm...rindu nk post blog senanye..hehe biaselah,klo dok umah ni..asyik on9,bce blogla..edit pic la...hihi xde keje kn..biaselah tu. tp bile da dpt keje... rse rindu plak nk b'tenet ni.. mne xnye hobi la katekn..kui3 Ari Rabu lepas buzday abah ana...dan smlm buzday Adik yg ke2 plak..namenye Faqih Nur Salam...19 tahun..tp xsmptla nk cite sal mereka..xpe2 lenkali deh..jika pnjg umur..iAllah..cerita itu akan ana kongsikn dgn kalian sume..kui3..

1st day dah kene buli...!!!
Fuh..lega rasenye...sbb dpt balik rumah arini..hihi alhamdulillah..rindula kt umah..kui3 nk dgr cite x cane ana dgn nursery...?? ha..nk cite la ni...em..1st day je..ana da disuruh wat mcm2..huhu kt Pasti 2 mcm2 kemudahan disediakan..cnthnye..transit,mengaji,nursery,tadika..dan mcm2lah..asalkn b'kaitan dgn kanak2. Time hari 1st 2, ana nak suaikan diri dlu..Alhamdulillah..ana ni cpt suaikan diri. Mule2 ana jaga baby kejb..sbb xdpt suaikn diri agi kt c2.. pas2 tgok kerenah baby2...wah..bestnye..hihi ada yg cpt meragam..yg suke merengekla..yg suke dipegang jela..huhu bestla..t'kenang mse kecik2 dlu..hik3 pas2,ana disuruh turun bawah..tgok budak2 yg umur die 2-6 thun..sekali ana disuruh mndikn budak2 2..1st2 day da kena buli dgn dak2 2 la..mane xnye..die semburnye air yg di komoh2 dlm mulut 2..ish3..ana xreti marah senanye..cume tgasla..pas2,ana babab ckit da trik muke dak2 2..mujurla ana ni pndai memujuk..yela budak2 kecik kn..mmg mngada2..haha pas2 mndi2 kn..suh kwn ana pakaikan diowg baju..yg ana peliknya..aslla xajar diowg pakai baju sndiri...huhu maybe takut beg2 b'sepah kut..em..ana mndikn yg group 1st je..sbbnye ad kakak 2 xkasi da ana mndikn diowg..sbb kesian tgok ana kne buli dgn dak2 2..haha lucula..

Tugasku sebagai Babysiter...
Pas2 ana jgala baby2 kt atas.. p'kerja kt c2 ckit je..ana,kawan ana [zetty],k.Ita [menantu bosnye PASTI] n Mak tok.hihi ana dgn mak tokla yg jge kt atas... K.ita bhgian masak2 n kwn ana 2..bhgian dak2 yg umur 2-6 thun... ramai gak senanye dak2 2..dgn pekerja yg agak ckit..m'buatkan pkerja m'banting tulang melakukan kerja jugkla..huhu pas2, baby ade 6 org [mule2].. kena unjut diowg spya tido..time ana dtg 2..budak2 menangis je.. kdg2 baby nangis ni ada beberapa sbb senanye..
1. die nak susu..
2. pampers die basah..
3. cuaca yg panas jugak akan m'nyebabkn baby nk tidur tidak selesa...
4. bising ckit da ngis..
5. nk men..

i2 jela kot ana rase...huhu xpun..bcekn ayat kursi dan ayt penenang hati kt telinge mereka..iAllah hati mereka akan tenang. em best jga baby ni...kdg2 bler mereka mengis rase cam menyanyila plak..yela.. baby kn xley nyanyi agi..so diowg ngisla..hehe bler diowg tido pn..rse tng je..sbb da xngis da..budak2 ni en..sumenye tido b'aircon kt umah.. so,kt nursery 2.. airconnye da rosak.. dan mnyebabkan baby2 rse panas yg amat n kulitnye akan m'jadi ruam..so xselesala budak2 2..huhu kesian kn mereka..

Ada yg kne mnyanyi dlu bawulah bley tido...tp ana xnyanyi pn sbb sore xbape sdpkn..hihi pas2, ana b'zikir jela..smpai la baby 2 tido..tp en, ana suke tgOk dak kecik ni nmenye adriana..bler ana b'zikir je..die pn ikut ana b'zikir..bler ana sebut Ya Allah..die pun ajuk balik ape yg ana ckp..ya Allah.hehe seronokla.. budak2 ni otak die fresh agi au..so ape yg kte sebut..cpt je die dpt tgkap..sbb 2 kte xley ckp bnde2 yg xelok..meroskkn fikiran diowg je..hehe Cane klo kte bace alquran dpn mereka..iAllah cept je msuk dlm fikiran diowg tu..mane tahu kn..??=)

Ana suke dgr die pgl ana "mama"..klo die ngis je..kne usik skit..die msti cari ana..pas2, pgl ana dgn pggilan.."mama2..[smbil mengis].." nak susu pn cm2.."mama nk cucu"..hehe mksd die.."mama nk susu"..cm2la..dgn bhase pelat die 2..hik3.. pas2,dahla dak ni..putih..comel gler plak 2... die suke ana ajak die " Jom Mandi"..pas2 cpt die p kt ana..nk suh ana tgglkan baju die..hehe luculah..bijak btol budak2 zaman sekarang ni en..??kui3 nk tidokn die senang je... letak je dlm court baby 2...lama2 2 die tidolah...pas2,klo die tgah tido.. baby len menangis.. die bgn die ckp kt baby 2.."di...am..." pas2 die tidur balik..ana tergelak jela..haha kelakarla..

Cerita Mak Tok..Ade Gadis Nak Bunuh Diri...
bler baby da tido..ana dgn Mak tok suke b'cerite..kdg2 b'tukar2 pndpt.. cerite sal dunia..akhirat...blsn2 azab akhirat ni..mcmlah. Pas2,suatu hari Mak tok citelah kt ana...bkn gosip tp m'ceritakan umat zaman skang ni.. Die cite gini..hari tu..ade sowang wanita ni nak bunuh diri pukul 2 pg..kt jambatan dkt dgn kwsn perumah 2la kn.. sbbnye..suami die dah xpeduli kn die...pas2,die xtahan dgn sikap emak mertua die..yg aggp die xde funtion kt umah 2.. wanita ni kwen dgn suami die mase umur 18 tahun..pas2 suami die ketika itu umur 16 tahun..time 2..ana terkejut gler..mude gile kwen..i2pn sbb b'sebab diowg kwen..klo prmpuan oklah umur cm2..tp lelaki 2.. umurnye xtepat...yela, dahla laki die 2 msih muda.. mmgla nk enjoy dlu..anak bini tgglkn kt umah...2 bini die tension smpai nk bunuh diri..sbbnye die rse die tunggul kt umah 2... haiih~ Itulah puncanye bler seseorg tu xde ilmu... lakukan sesuatu ikut hawa nafsu syaitan je...ish3..Ya Allah jauhkanlah aku dari perkare2 yg terkutuk 2..ameeennn!!!

Baru2 ni ana dgr cite dri kawan ana..kt umah die ade budak 17 tahun kwen..22 umur same..xsmpat amik spm pn da kwen da..sbbnye b'sebab..phm2 jela ape yg ana mksudkn...inilah yg merisaukan ana umat zaman skang ramai yg t'abai... kdg2 ana dgr cite cm2...ana renung kejab..cnelah nasib baby2 yg ana jge ni..huhu sbbnye kbnyknnnye..parents yg anta anknye kt c2 sumenye cam loaded2.. pas2,ade yg ibu tunggalla..ad yg baru b'cerai berailah...ish3 riso ana..riso sgt... kesianla baby2 2..huhu

So,apepun... utk m'bngunkan sebuah masjid atau pn bangunan yg kukuh [bunyanun marsus].. ilmu tu pasti kne ada.. klo xde ilmu..mmg susahla...huhu mcm kakak yg skerja dgn ana..dah b'tunang da pn..21 tahun..tp bakal suami die 22 tahun..tupun sbbnye umi bakal suami die nk anak2 die kwen awal..tok elakkan maksiat..mmg elok kwen awal sbb nk elakkan sume 2..tp en..klo kwen awal..tp xde ilmu dlm dada..susah jugak..kn..??huhu tp alhmdulillah bakal suami akak tu org yg b'ilmu jugkla..amik bidang dakwah kt KIPSAS..tp 22 kelas same..hehe so,apepun ilmu 2 penting, lagi2 bagi kaum lelaki sbagai Amir dlm sesebuah rumah tngga tersebut... tol x..???ha..kui3

hmm...so,mcm2 bndelah kami b'cerite.. tp bkn yg merepek2 ye..hihi petua2 org tua pn ana bnyk dpt au..biaselah,org yg da bnyk mkn garam kn..mstilah bnyk petua..cecey..amik ksmptan plak ana ni kn..hihi xpelah...belajar dri org yg lbih b'penglmn kn...kui3.. mmg bnyk pengalaman & hikmah yg ana dpt bler keje kt cni.. hmm..nk cite 2 pnjgla plak kn..??hehe lenx la ye..nyway,ana nk kne balik nursery balik ni..esok da stat keje balik...huhu klah..smpai ketemu kembali...[^_^]
~wallahu'alam~

Apr 7, 2010

MuSLiMaT MaHu TiPs..??!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah... hari ni ad juga peluang tok ana pos kan something utk panduan kte b'sama. tp sekejab je..sbbnye sat agi ana nk kne pi tadika sbb ana da dpt keje sementara kt sana.hihi so, mari kte manfaatkan masa yg ada ni dgn sebaik2nya. Kalian nak tahu ke ana keje ape kt sane..?? em maybe mngajar budak kecik..jga baby..ha..peluang inilah yg perlu ana ambik sbagai basic tok m'didik anak2 ana kelak..contohnye,bagaimana kte nk m'didik anak2 kte menurut islam..bagaimana kte nk m'didik anak2 cintakan Al-quran..ha...sume 2 perlu kte pelajari dri awal agi..spya mudah dikemudian hari. Basic da ade..praktikal pn da ade ckit..insyaAllah, Allah permudahkan segalanya nanti.

Tapi...bkn mudah utk kte nk m'didik anak2 sekirenye kte sendiri tak bentukkan diri kte di landasan islam yg sebenar..terkadang ana m'baca nOvel "Denyut Kasih Medik" yg dikarang oleh Dr. Farhan Hadi ia mengandungi "Tip Usaha Mencari Jodoh Bagi Kaum Wanita" tapi ana prefer bagaimana kte nk m'didik diri kte m'jadi solehah..?ha..ana rase same je...hihi

Okeh...
1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yg diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah' bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya m'punyai permintaan tinggi di dunia & akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah 'kesedian hati' anda utk dirisik & dipinang dgn jalan yg syarak.

2. Berusaha mengawal diri supaya jgn gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang utk dimiliki oleh lelaki yg tidak b'akhlak shj. Biasanya wanita yg senang dimiliki (hanya dgn sedikit godaan berupa SMS,Call, puji-pujian & lain2), senang utk dipersiakan.

3. Berkawan dgn rakan2 sejantina yg solehah. Jodoh anda mgkin di kalangan abg mereka,saudara mereka dan sebagainya yg soleh2 juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah semata-mata.

Okeh..kalian paham ke ape yg dikonsepkan sebagai wanita solehah...??? seperti dlm Hadis Rasulullah s.a.w. ada menyebut.."Dikahwini Perempuan itu kerana 4 perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah yg beragama, Nescaya hidupmu akan sejahtera". [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Apa yg dimaksudkan dgn wanita yg b'agama...?? ye...bagaimana akhlak kita??akidah kita..??ha.. sumenyelah kan. So,kte kne perbaiki diri kita balik utk m'hasilkan produk yg 'solehah'. Ape2pun...pakaian kte kena jaga..sbb pakaian ni termasuk dlm bnde yg basic...kalo pakaian kte xbley nk jaga..terdedah aurat sana..terdedah aurat sini..b'kemungkinan rukun islam n rukum iman yg len pun kte xboleh nk jaga. ha....

Contohnya cam solat kan...exspecially solat subuhla..mmg susah org nk bangun..tahajjud apatah lagi kan..huhu Kalo solat subuh pn kte xboleh nak jaga...apatah lagi p'kara len kn...sbb solat 2 bnde yg wajib dan sesuatu yg basic dlm kehidupan kte... lagi2 solat itu mencegahkan kte dari melakukan maksiat..so... take care about all think a basic in our life...!

Pastu... good to be a expensive girl..sbb ape ana kate mcm 2.. maruah wanita ni sgt mahal au.. klo wanita yg btol2 sygkn maruah nye.... die takkan gedik dgn lelaki len..sbb sifat gedik 2 hanya utk lelaki yg b'nama suami.. nak b'gaul ada batasnya.. tapi kalo b'gaul sampai b'sentuh2 tangan..adakah itu dikira b'akhlak..???

Dalam firman Allah ada menyebut..:

Katakanlah kepada orang laki-laki/wanita-wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Surah An-Nur(24)


Allah menyebut lagi..:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”[Al-isra' : 32]

sO, bukankah bersentuh tgn itu dikira b'zina juge..??? ingatlah Janji Allah...dlm surah An-nur ayat 26.

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Apepun, jgnla kte riso..."owh kalo aku xb'gaul dgn lelaki, mesti xde org nk kt aku.." bagi ana, persepsi yg kolot sekali..! Perkara ni m'nyebabkan jodoh..jodoh itu ketentuan Allah.. Allah lebih mngetahui segalanya.. Jadi, marilah kite sama2 m'jadi wanita yg solehah..exspecially di dpn mata ibu bapa kita.. sejuk mata mereka au..hihi

Untuk mengetahui tentang tips memilih bakal suami yg soleh mcm mana..? anda boleh merujuk blog ini..Ukhti Adilah Safari.

Jom kte islahkan diri dgn mghayati apa yg cuba disampaikn oleh pic2 dibawah..
fikir2kanlah...oklah..selamat ketemu kembali...anak2 ana sudah tunggu di tadika 2..hehe [gurau2 je maa..[^_^].





Bye bye!

~wallahu'alam~

Apr 4, 2010

Allah s.w.t. SuRuh BertUdunG..!


Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah...ada juga ilmu yg ingin dikongsikan bersama.. teringat pula pd pertanyaan seorg adik fasi masa ana mngadakan program motivasi di sabah..yg b'tnyakan tentang.."k.ili kenapa kite kena pakai tudung ek..??"..ana pun jwbla dkt sdkit ilmu yg ada ni..huhu " sudah perintah Allah yg mewajibkan kita ttp aurat,so knelah pakai tudung.."[panjang agi perbualan kami senanye..ini cuma ringkasan shj.]

Okeh...jOm kita kaji agi..knpa Allah suruh kita bertudung ek..?? Beberapa kali ana membaca terjemahan surah al-ahzab ayat 59..tidak ada lagi keraguan sbb maksudnya berhikmah sekali kerana perintah itu disandarkan atas Nabi s.a.w. terlebih dahulu,walaupun sasarannya memang utk org beriman sekaliannya.

Ayat ini cukup kuat utk dipegang sbgai hukum perintah suruh,bukan galakan atau sekdar anjuran kerana ia tidak disertakan dgn perkiraan tolak ansur..[kalo rasa boleh buat,buatlah. kalo rasa xley,xpayah. Kalo takut diganggu, pakailah..kalo xrasa diganggu xyah pakai]..

samalah jugak dgn perintah puasa..contohnya..:-

"...mudah2an kamu menjadi orang yg bertaqwa.." [al-baqarah : 183]

Kalo tidak bertaqwa??xperlu puasalah ye..?? atau kalo sudah m'dptkn taqwa..xyah pose lagi..?? gitu..??ish3 bukan begitu...Jadilah seorg Islam yg benar2 boleh meberi manfaat kpd org Islam yg lain.

Suatu masa dahulu ada 1 golongan manusia ni yg suka sgt dgn tabiat putar belit..tau x kaum ape..??? kaum bani Israel la..bnyk sungguh dalilnya. sehinggakan perihal seekor lembu pun nk dipersoal jawabkan [surah al-baqarah]. Akhirnya, terpaksalah bersusah payah m'jelajah dari desa ke pekan, dari pekan ke hutan utk m'cari lembu yg dimaksudkan.

Padahal,jika mereka menerima perintah dgn taat & lapang dada,semuanya akan m'jadi mudah. Tetapi sikap yg b'dolak-dalih dgn niat kononnya apabila mereka meminta keterangan lebih khusus b'kenaan lembu yg ingin disembelih,pasti tidak ada lembu seperti yg dimaksudkn. Maka terlepaslah mereka drpd perintah itu.

Namun, muslihat kaum Bani Israel itu tidak berhasil. Allah lebih mengatahui isi hati mereka. lalu diberitahu ciri2 lembu terpilih yg mesti mereka car. Asalnya kerja yg mudah bertukar m'jadi payah lagi menyukarkan..siapa yg rugi..??ha...mereka & keluarga merekalah.huhu

Dalam surah al-ahzab ayat 59, Allah s.w.t. b'pesan kpd Nabi s.a.w.

"wahai Nabi,katakanlah kpd isteri2 Engkau,kpd anak2 yg permpuan dan kpd sekalian wanita dari kaum Muslimin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab atas diri mereka. Demikianlah supaya lebih mudah orang mengenal mereka, maka tidak disakiti [diganggu] org akan mereka.."

Mengikut terjemahan Tafsir Pimpina Ar-Rahman. Perkataan 'Jalaabiibihinna' diterjemah sbgai "..pakaiannya bg menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar).." Tetapi jika merujuk kpd maknanya lebih khusus b'asal dri perkataan 'Jilbab'. Menurut kamus dewan, Jilbab beerti pakaian longgar termasuk tudung yg memenuhi keperluan menutup aurat wanita. selain muka & tapak tangan. Dan setahu ana...kalo org kelantan & terengganu akan panggil tudung labuh tu sebagai jilbab..yeke..?? ana pun xbape ingtla.hihi

Nabi s.a.w. menegaskan dalam hadisnya yg b'maksud :

"Allah tidak akan menerima solat wanita yg telah berusia baligh kecuali dgn memakai ttp kepala" [Riwayat Abi Daud,Tarmizi, Ibnu Majah & ibnu khuzaimah dari Sofiyah bt Harith dari Aisyah r.a.]

Di dalam kitab "Muhimmah Pd Ilmu Hadis Nabi s.a.w." karangan Syeikh Abdullah bin Abdur Rahim Fathani yg m'bicarakan ttg kewajipan serta tggjwb seorg isteri, ada menyatakan : " Dan jikalau derhakannya dgn sebb keluar rumah maka dipandang oleh lelaki yg lain akan rambutnya nescaya digunting rambut kepalanya didalam api neraka. Demikianlah b'bagai-bagai seksaan kerana berbagai-bagai derhakanya."

Pd baris berikutnya, Nabi bercerita kpd Saiyidina Ali k.w. dan Saiyiditina Fatimah r.a. ttg pengalaman Rasulullah s.a.w. pd mlm baginda dimikrajkan. Nabi s.a.w. melihat wanita2 drpd kalangan umat baginda sdg diseksa dgn seksaan yg amat dahsyat. Ada yg digantung dgn lidahnya dgn dituangkan api neraka ke dalam mulutnya. Ada yg digantung dgn buah susunya dan disumbatkan buah zakum ke dlm mulutnya. Ada pula yg digantung dlm keadaan dia memakan daging dirinya sendiri, manakala dibawahnya pula dinyalakan api. Nauzubillahimin zalik....

Macam2 lagi bentuk seksaan yg dipertontonkan kpd Nabi s.a.w. terdapat juga bentuk seksaan lain yg dipertontonkan iaitu perempuan digantung rambutnya hingga mendidih otak di kepala. Dosa apakah gerangan yg diseksa sedemikian rupa..?? astagfirullahal'azim...

Dinyatakan dlm kitab yg sama,merujuk kpd jwapan Nabi s.a.w.

"...Adapun perempuan yg tergantung dgn rambutnya itu maka bahawa sesungguhnya ia tidak mahu menutup rambutnya drpd lelaki lain yg haram memandangnya.."

Andai katalah kan...ada suara2 sumbang yg m'persoalkan ttg perintah ini..kita menerimanya secara positif & hati terbuka. Keimanan & keyakinan kita terhadap peraturan Allah sdg diuji dan dicabar. Ada jugak ana dengar..yg mengatakn bertudung adlh budaya Arab Kuno Islam yg turun di Tanah Arab. Jika ditakdirkan Allah,Islam turun di Asia tenggara Atau turun di China atau turun di Eropah, pasti persepsi terhadap tudung tentu lain pulak kan...???huhu

Suruhan ini diletakkan dibawah bab berpakaian. Bab yg paling penting kerana pakaian boleh melambangkan agama. Umpamanya seorg lelaki yg m'botakkan kepala dan mengenakan lilitan kain (pakaian) kuning seluruh tubuhnya pergi dari rumah ke rumah dgn membawa sebuah bekas meminta makanan. Apa pendapat anda terhadap lelaki itu..? Beranikah kita mengatakan dia seorg Islam jika kita terserempak dgnnya..?? Pada hari lain, kita melihat seorang lelaki memakai seutas kalung dgn sebentuk salib. Apakah reaksi spontan anda terhadap lelaki itu..?? so, besar peranan pakaian dalam kehidupan Islam yg sebenar.

Ada jugak yg menyatakan bertudung sudah m'jadi trend banyak agama di dunia.. lantaran org yahudi dan kristian juga bertudung. Tetapi kita memakai tudung kerana mematuhi perintah Allah.. beroleh pahala juga rahmatNYA jika dilakukan dgn hati yg ikhlas..insyaAllah. So,bertudunglah kamu...sebelum kamu ditudungkan..hohO..

~Wallahu'alam~

Apr 3, 2010

PuiTis DaRi SeOraNg AdiK FaSi Di SaBah.

PEARL '10
(Programme Excellent Academic And Morals 2010)

Titip Selaku Memori Islami..!

Aku ingat lagi saat itu.

Aku ingat lagi
sungguh ramai antara mereka
kali pertama menjejak bumi Kinabalu
membawa harapan murni
kecemerlangan akademik dan sahsiah

Aku ingat lagi
apa kata si abang Nik Farhan
prinsip asas
sebarkan salam
senyum selalu
salam semut

Aku ingat lagi
hari demi hari bersama mereka
penuh warna kemesraan
bersandar pada jalinan Islami
bersatu atas nama Ilahi
bersatu mencipta semula keagungan suci

Aku ingat lagi
hari demi hari
aku selalu bertemu
dengan insan mesra, abang Talhah
tak kira dalam suka dan duka
banyak ruang kemesraan bersama
cetera aku diketahu, dikongsi bersama

Aku ingat lagi
malam sebelum penangguhan harian
aku gerun dengan ketegasan abang Edy
dengan teguh menyimpan amanah
lantas dipohon dirinya jua seadanya
jadilah diri kami jua
barulah aku mahu mengerti

Aku ingat lagi
bagaimana abang Baihaqi
dengan lawak Bang Bang Boomnya
sedang berjuang menamatkan kembara
kami berhasil melawan cabaran

Aku ingat lagi
keramahan kakak Ili
ramah dengan kami, ahlinya
melayan kami dengan penuh kejiwaan
murni sebuah kasih pertemanan

Kalian, abang-kakak, sahabat-sahabat,
kalau kalian saling menyayangi
Sayang kerana Ilahi Maha Menyayangi
titiplah selaku memori Islami
sebagai teladan esok hari.

Aku ingat lagi saat itu.

Tarikh Catatan :
Khamis, 1 April 2010, jam 11.00 malam.
Perumahan Hospital Tuaran, Tuaran, Sabah).

(Sekadar mengingati beberapa orang fasilitator program. Maafkan jikalau ada namanya tiada disebut dalam puisi ini. Puisi hanyalah simbolik.)

P/s:Syukran Jazilan Adik Muiz....
kami semua m'doakan adik2 disana b'jaya didunia & akhirat...
Ilalliqo' Maassalamah...Uhibbukum Fillah...[^_^]