Dec 6, 2009
AlaHai.. KaWan Aku DaH KaHwin....!
Nov 27, 2009
SaLaM AiDiL AdHa...!


Nov 24, 2009
AbG...aDik RiNduKan AbaNg....hUhu

Nov 19, 2009
BerSeDiaKaH aKu.....?

Nov 18, 2009
WaNiTa & AuRat...!


Nov 16, 2009
PuTuS CiNta KeRna IlaHi...!
Cinta itu memang indah. Orang yang pernah mengalaminya sahaja dapat merasakannya. Siapa yang tidak pernah bercinta, berkuranglah kebahagiaan dalam hidupnya di dunia ini.
Cinta itu di hati dan kesannya terlalu ajaib. Ia boleh menukarkan seseorang yang sedang bercinta sekelip mata. Jika berpisah dari apa yang dicintainya ia akan menangis dan bersedih. Bila berjauhan terasa rindu. Bila dekat terasa bertambah sayang…..Ah, itulah cinta. Kalimatnya pendek tapi cara dan kesannya bak lautan yang tak bertepi.
Soalnya, cinta yang bagaimana boleh bawa bahagia?
Oleh kerana cinta memang fitrah manusia maka Allah SWT telah mengatur cinta yang bagaimana mesti dimiliki oleh setiap manusia. Telah Allah tetapkan apa yang patut dicintai, bagaimana membelai cinta, ke mana akhirnya cinta dan siapa yang patut dicintai. Hati-hatilah meletakkan cinta kerana cinta menuntut pengorbanan. Oleh kerana itulah Rasulullah SAW pernah bersabda:“manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya.”
Bila kita bercakap mengenai cinta, kita seharusnya tidak terikat hanya kepada cinta antara teruna dan dara, tetapi itulah yang berlaku kini, bila kita sebut cinta maka terbayanglah dua teruna dara yang sedang mabuk dilanda
Orang mukmin wajib mencintai Allah, Cinta yang lebih Agung dan lebih daripada segala-galanya. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Jika teruna atau dara menyapa hatinya, maka dia menjaga hubungan itu jangan sampai mengundang murka Allah, sehinggalah tiba ‘hari bahagia’, maka menjadi halal apa yang selama ini diharamkan. Bukankah lebih manis menikmati sesuatu yang selama ini dijaga dengan penuh susah payah.
Sebenarnya, rasa cinta sesama manusia tidak ke mana jika tidak didasari keimanan dan ketaqwaan, dan diikat dengan cinta Ilahi. Realiti yang kita baca di dada-dada akhbar, cinta tanpa iman membawa manusia kepada zina, bila hubungan itu membuahkan ‘hasil’, pihak lelaki selalunya enggan bertanggungjawab. Maka berlaku pula kes pembuangan bayi, jenayah yang paling besar kerana membunuh jiwa yang tidak berdosa.Adakah itu dinamakan Cinta???hanya berlandaskan nafsu semata-mata.. Subhanallah.
Justeru, marilah kita menghayati kata-kata Dr. Abdullah Yasin dalam kitabnya Aqidah Ahl-Sunnah Wal Jamaah : “Cinta itu adalah ibadah hati.” Tapi ia juga boleh menjadikan kita syirik kepada Allah, bila kita mencintai seseorang melebihi dari cinta Allah, lalu membelakangkan hUkum agama kerananya!
Jadi berusahalah kamu dalam mencintai Allah. Yakinlah andai kamu mencintai manusia kerana Allah Ta'ala..serta melakukan perkara-perkara yang telah disyariatkan & telah ditetapkan di dalam kitabNYA,insyaAllah...Allah akan membantu kamu dalam mencintai manusia yang juga mencintai Allah untuk mendapatkan mardhatillahNYA.
Sesungguhnya Allah telah berfirman yg bermaksud : " dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) Begitulah sebaliknya.
(surah al-Nur 24:26)

Nov 11, 2009
AyUh..kEmbaLi kE sEkoLah..!

Nov 6, 2009
Kereta SpOt vs seBuah AlQUran...!

Wallahuálam.Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannyamengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahuhajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannyabegitu cemerlang, pasti kereta itu
akan menjadi miliknya Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telahberoleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa banggahati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sportmerah yang selama ini menjadi idamannya itu Si ayah yang bagaikanmengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima... sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarahkepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan;seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya Dalampada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Qurankecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat dimuka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak.. . ayahsengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya. .. sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanyakeras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayahbersuara...pakaiann ya disumbatkan ke dalam beg..lantas, diameninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazahyg dimilikinya 10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yangberharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yangsihat...cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh... Sudah 10tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering... dari peguamayahnya...ayahnya meninggal dunia
semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada sianak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitanperwarisan harta Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelarbapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhati kan banglo ygmenyimpan 1001 nostalgia dlm
hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebakapabila mendapati diatas meja di
bilik bacaannya... Al-quran yang di hempaskannya masih lagi
setia berada disitu...bagaikan setianya
hati ayahnya mengharapkan kepulangannyaselama ini...perlahan2 langkahnya
menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh
keharuan...tiba- tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuahsampul surat ternyata diselotepkan
disitu Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian
kereta idamannya... dibeli pada hari konvokesyennya. ..Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh siayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selamaini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. ...air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang Namun semuanya sudah
terlambat...Sekadar renungan bersama:berapa banyak kita melupakan
nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak"dibungkus", didatangkan atau diberi
dalam keadaan yg kita hajati...... ......... .
Dalam sepotong
ayat dan hadis ada menerangkan:"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong."
(An-Nahl ayat 105)
"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."
(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
Pesanan ku...hargailah mereka selagi
mereka masih hidup...tidak terbalas jasa baik & kasih sayang mereka dengan
wang ringgit...hanya kejayaan & doa kita untuk mereka yg sentiasa mereka
harapkan...ini sebagai pesanan untuk sesama insan..=)
