Nov 11, 2009

AyUh..kEmbaLi kE sEkoLah..!

Alhamdulillah,perjuanganku sebagai seorang mahasiswa islam diteruskan lagi. Kini aku memasuki semester akhir yaitu semester4 di Universiti Malaya Nilam Puri . Perjalananku untuk kembali ke Nilam Puri kelantan memakan masa hampir 8 jam..[MasyaAllah lamanya]. Untuk hari pertama, aku bersama sahabatku pergi mendaftarkan diri untuk sesi baru ni. Ramai jugak yang pergi mendaftarkan diri ketika itu , almaklumlah semangat berkobar-kobar dengan azam yang menyala-nyala bagaikan obor api yg menyala dengan maraknya ..Allah, berfalsafah pulak aku ni.hehe hmm...Macam-macam perubahan yang aku lihat pada mahasiswa & mahasiswi sem baru ni,ada yang da pandai bergaya,ada yang
berpakaian baru(macam hari raya la pulak),yg dahulunya berkopiah tetapi sekarang tidak lagi..ish3 em..mungkin ada yang da menukar style rambut mereka bagi pelajar musliminla,ada juga yang da berisi sikit(terasa)huhu..almaklumlah,kebanyakkannya bila duduk dirumah time2 cuti semester ni,aktivitinya makan.......tidur......itu jela kejenye. Tapi rasanya bagi muslimat tak kot. Sebabnya terlalu banyak keje yg perlu dilakukan dirumah tu, kena kemas rumahla,memasak untuk satu famili la,basuh kainla,sidai kain la pastu kena lipat kain pulak 2..ha..banyak sangat keja.. Nak harapkan adik lelaki kat rumah..hmm..buat sepah lagi adalah..adeiiih...tapi takpelah,takdelah boring
sangat duduk rumah sorang2.hihi
Emm..ketika mendaftar tu, aku diberi jadual kelas untuk sem baru oleh En. Zul..hmm, agak padatla jugak..tapi takpelah..belajar kan,bukannya pergi bermain. 1st day je,kelas da stat..dalam hati bermonolog ( alah mula-mula mestilah ustaz tak masuk kan ) rupa-rupanya ada kelas..tapi tak merungut pun dalam hati, nanti tak berkat pulak ilmu yang ustaz akan beri..huhu. Alhamdulillah,walaupun kelas da stat..tapi sesi ta'aruf pasti ada , kalau tidak sesi ta'aruf pun, sesi borak-borak ataupun sesi ceramah. 1st day tu,aku ada kelas praktikal ibadah dengan PM syukri..tak belajar pun, cuma ustaz nasihatkan kami betapa pentingnya bahasa Arab ni..salah satu kata-kata beliau yang aku ingatla..

..المساكن المال ولكن لا مسكين اللغة
[biar miskin harta tapi jangan miskin bahasa]

Itulah salah satu pesanannya yang akan aku akan ingat sampai bila-bila..insyaAllah. Aku suka sangat bila mendengar PM syukri bagi nasihat / pesanan..terlalu banyak isi tersirat yg beliau nak luahkan sebenarnya. Terlalu mendalam kata-kata yang beliau nak luahkan walaupun dalam bahasa arab tapi alhamdulillah serba sikit dapat juga aku memahaminya.
"jangan matikan bahasa arab", pesan beliau kepada setiap majmuah ketika hari pertama kelasnya. Akan aku tunaikan harapannya itu..insyaAllah. Selalu juga aku speking dalam bahasa arab dengan abah tapi dalam YM (yahoo mesenger) jela. Kalau kat rumah tetibe jadi segan pulak..hihi tapi kalau abah kol aku, kadang2 kena cakap dalam bahasa arab,kadang2 cakap cam biase jela..hihi lucu2..[^^,]
Esoknya adalah hari yang dinanti-nanti oleh setiap mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya Nilam Puri, tapi bukan cuti semester lagi ye..nak tahu ape dia?? Result semester 3 la..huhu Tepat jam 2 petang, papan kenyataan sudah mula sesak dengan mahasiswa sem2 & sem4 untuk melihat result sem lepas masing-masing. Ada yang gembira,ada yang sedih..itu sudah lumrah bagi setiap mahasiswa untuk terima keputusan itu dengan hati terbuka & berserah. Yang gagal tidak semestinya akan gagal selamanya, dan yang berjaya juga tidak semestinya akan berjaya selamanya. Teruskan perjuangan sahabatku, kejayaan pasti akan menjadi milik kita suatu hari nanti.
Aku??em..alhamdulillah..itu sahaja yg boleh aku ucapkan. Dan apa yg aku usahakan selama ini telah membuahkan hasil..walaupun tak tinggi mana tapi alhamdulillah meningkat dari sem-sem lepas..aku bersyukur dengan apa yg telah ditetapkan untukku. Terimakasih Habibi..

Pagi rabu tue,kami ada seminar di Dewan Johor. Tak tahulah seminar apa..tapi seminar untuk menggalakkan student UM nilam puri ni bercakap dalam bahasa arab..tatakallam billuqhotil 'arabiah daiman.
Bak kata ustaz Hazrul "Gunakanlah bahasa arab dimana sahaja anda berada walaupun sedikit",jadi kami harus bercakap bahasa arab setiap hari..walaupun tak pandai bercakap dalam bahasa arab tapi kita harus mencuba..btol x??ha..."ana la' asdiko'u" luah ustaz Hazrul dalam seminar tersebut. sebabnya result bahasa arab sem ni ramai yang dapat A.. tapi dalil(bukti) dia takde. Jadi untuk mendapatkan buktinya kami perlu membantu pensyarah-pensyarah dalam laksanakan misi ini..(bi'ah arabiah daiman).
"na'am" jawab semua mahasiswa & mahasiswi yang hadir ke seminar itu.
selesai sudah cerita pasal seminar tu.
Lepas ni, pasti aku akan sibuk dengan pelbagai assigment & kerja yang perlu aku lakukan dan siapkan. YaAllah bantulah aku dalam setiap urusan ku & permudahkanlah setiap urusan ku Ya Habibi..amiin..[^^,]
Sekian saja cerita hidupku kali ni..wallahu'alam.

Nov 6, 2009

Kereta SpOt vs seBuah AlQUran...!


VS



Pagi tadi, aku hendak ceking emel..dan ibu ku telah menghantar kepada aku emel. Lalu aku membuka lantas aku membacanya......kisah ini sgt menyanyat hatiku..yelah seorang anak mengharapkan sebuah kereta spOrt tapi ayahnya memberi dia sebuah kitab suci Al-quran yg bersalut dengan emas...dengan keegOannya, dia menghempas alquran tersebut dan meninggalkan ayahnya...Astagfirullahal'azim...bacalah kisah ini..
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya
mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...
lantas, si pemuda memberitahuhajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...
si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya
begitu cemerlang, pasti kereta itu
akan menjadi miliknya Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah
beroleh kejayaan yang cukup cemerlang
..hatinya berbunga keriangan...
satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..
si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga
hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport
merah yang selama ini menjadi idamannya itu Si ayah yang bagaikan
mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima... sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah
kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan;
seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya Dalam
pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...
penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran
kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di
muka hadapan...
si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan. ..
amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak.. . ayah
sengaja mempermainkan saya...
ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya. .. sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanyakeras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah
bersuara...pakaiann ya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia
meninggalkan banglo mewah ayahnya...
memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah
yg dimilikinya 10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang
berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yangsihat...cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh... Sudah 10
tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...
sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering... dari peguam
ayahnya...ayahnya meninggal dunia
semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si
anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan
perwarisan harta Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar
bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhati kan banglo yg
menyimpan 1001 nostalgia dlm
hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak
apabila mendapati diatas meja di
bilik bacaannya... Al-quran yang di hempaskannya masih lagi
setia
berada disitu...bagaikan setianya
hati ayahnya mengharapkan kepulangannya
selama ini...perlahan2 langkahnya
menuju ke situ...mengambil al-quran
itu..membelek2- nya dengan penuh
keharuan...
tiba- tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...
segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah
sampul surat ternyata diselotepkan
disitu Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya. ..
nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian
kereta idamannya... dibeli pada
hari konvokesyennya. ..
Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si
ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama
ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. ...
air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..
penyesalan mula bertandang Namun semuanya sudah
terlambat...
Sekadar renungan bersama:
berapa banyak kita melupakan
nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak
"dibungkus", didatangkan atau diberi
dalam keadaan yg kita hajati...... ......... .


Dalam sepotong
ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong."

(An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."

(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)


Pesanan ku...hargailah mereka selagi
mereka masih hidup...tidak terbalas jasa baik & kasih sayang mereka dengan
wang ringgit...hanya kejayaan & doa kita untuk mereka yg sentiasa mereka
harapkan...ini sebagai pesanan untuk sesama insan..=)

Wallahuálam.

Nov 5, 2009

Bersediakah Kita Menghadap Ilahi kelak..!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sedih bila aku melihat umat zaman sekarang ni semakin lama semakin terpesOng dengan hasutan dunia yang palsu semata-mata..aku mula memikirkan,apa yang aku nak jawab apabila aku hendak menghadap ilahi ketika dipadang mahshar nanti...? aku tidak boleh lagi berbohong kerna mulut ku tidak boleh lagi berbicara...hanya mata bersuara apa yang aku da pandang,telinga berbicara apa yang aku telah dengar & tubuhku yang berbicara....Ya Allah,sediakah kita semua menghadapi semua ini...? Ingatla...dunia ini hanya sandiwara semata...hanya tiket untuk kita meneruskan kehidupan kita sama ada ke jannah ataupun annar...malahan yang hidup akan dimatikn...dan akan kembali kesisi Allah di hari akhirat kelak...tiada lagi kehidupan didunia yang hanya sandiwara ini bahkan kehidupan di akhiratlah kekal selamanya....Allah itu Maha pengampun bagi segala dOsa besar..."sesungguhnya Allah menyayangi Orang yang sentiasa sujud meminta keampunan kepadanya..." Marilah kita sentiasa memohOn keampunan kepadanya....sesungguhnya Allah itu Maha pengampun lagi Maha penyayang..dan pintu taubat sentiasa terbuka kepada semua hambanya yang ingin bertaubat kepadanya.

لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
(Bacaan 40 kali ketika sujud terakhir melakukan solat sunat taubat)

Hanyatilah lirik lagu ini....amatlah besar maknanya dan akan menjadi persoalan di setiap benak fikiran kita "sudah b'sediakah kita menghadapi Ilahi di Akhirat kelak"...sama-sama kita fikirkan & selamat bertadabbur...=)


Rabbani feat Mawi - Saksi

Air Mata Di Malam Pertama...!

Kisah ini berjaya mengalirkan air mata ku....Aku pun tidak tahu adakah kisah ini akan berlaku kepada diri aku juga dan bagaimanakah aku nak menghadapi semua ini,sekiranya ia terjadi kepada diriku....Ya Allah...permudahkanlah segala urusan ku & jauhilah daku dari segala Musibah....Aminn...! hayatilah cerita ini & selamat bertadabbur..=)

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.

Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
"Ana dah jadi isteri! " Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

"Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti."Doaku perlahan.
Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.

"Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti"Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

"Assalamualaikum!" Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.

Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.
"Sayang"..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.

Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.
"Abang".. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.
"Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang.."Bisikku perlahan. " Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia." Janjinya padaku.

Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.
Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.
Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.
Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.

Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.
"Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana".Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulakan bicaranya.

"Apa dia ayah, mak? Macam penting je" Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.
"Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana."
"Apa!!!"Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?" Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

"Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?"Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.

"Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. "Ujar mak setelah sekian lama membisu.
"Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya."Terang ayah lagi.
"Ana.." Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.
"Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.";

"Ini cincinnya, pakailah." Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini.
"Ahhhhgggg..."Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.

"Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku.
Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah satu agenda yang tidak boleh dilupakan.
Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.

Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.

Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."
Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan.
"Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.
"Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang."Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.
Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

"Abang nak kemana tu?"Soalku.
"Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi."Jawabnya.
"Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan.
"Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu.

"Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya." Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.

Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.
"Bila Ana turun?" Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja.
" Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang."
"Maafkan abang sayang." Dia menghampiriku.
"Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.

Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.
"Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita." Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.
"Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang."Jawabnya tersenyum.
"Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi."
"Betul ni?"Soal suamiku cepat-cepat.
"Ish..;gatal la abang ni!" Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.

Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.

"Apa yang Ana menungkan ni?"Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.
"Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk.

"Alaa..sayang ni.macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku.
"Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.
"Sayang..." Seru suamiku sambil merangkul tubuhku.

"Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu.
"Ana ikut aje kemana abang nak bawa."
"Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya.
"Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.
"Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda.
"Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.
"Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?"

"Ish...abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.
"Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan."
"Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup." Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira.
"Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.
Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

"Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil.
"Mari bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.
Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.

Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.

"Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku."
"Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan.
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?
Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.
Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku.
" Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?" Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.

Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.
"Habistu apa yang sayang menungkan ni?"
Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.
Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.
" Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.
" Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.." Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

" Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! " Bisiknya.
Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.

" Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit." Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.
Malam berark perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.

"Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.

Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.
" Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat.
" Pasal peminangan tu." Ujarku.
Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.
" Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.

Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.
" Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku.
Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.

"Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.
" Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

" Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu.
" Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.
Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.

" Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.
" Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.
" Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.
Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.
Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.
Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

"Bang...."Seruku.
"Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.
"Malam ni abang nak.....nak....."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya... " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum.
"Ah..abang ni..."Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.
"Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku.

Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

"Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku.
" Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku.
Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda:
"Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."
Rasulullah bersabda:
"Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu."
Rasulullah bersabda:
"Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."
Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.

Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya.
"Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.
"Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.
"Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.
"Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.

Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.
Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.
Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan.
"Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya.
" Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.."
"Zul sakit ke?" Tanya ayah.
"Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya.
"Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak.
"Nanti Ana ambilkan ubat." Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.

Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.
"Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk.
"Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.
"Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang."
" Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah."
"Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan."
"Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah."Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.
"Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah dari mana ia berputik.
"Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea"
"Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan.
"Abang tidurlah." Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.

Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.
Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.
" Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak.
Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.
Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.
Amin..

Nov 2, 2009

Buku.....Oh....buKu....!


MPH adalah salah sebuah gedung buku yang paling meluas di selangor. Terutamanya di Kuala Lumpurla. Di mana-mana MegaMall,shopping Complex pasti ada kedai ni. Sapa yg tak masuk kedai ni,memang rugila..sebabnya,kat sini terdapat pelbagai jenis buku ada...buku agamaan ade,Komik ada....boleh kira macam2 adela...hehe

Aku juga salah seorang daripada pengunjung tetap di kedai ni. Tapi, bukan pelanggan tetap ye..pengunjung tetap je.=) kalau rasa cam boring je even keluar berjalan kat Midvalley misalnye,pasti aku akan singgah di MPH. Disana, terdapat ruang pembacaan tau..ramai juga pengunjung dikalangan mahasiswa yg datang untuk mentela'ah buku di sana. Mana tidak nye, ingatkan nak beli buku tu..skali harga die YaAllah,mahalnya..hmm...salin nota dia jela..ha...sbb 2 ramai yg m'tala'ah je disana.

Aku..? aku m'tala'ah novel je kat sana..hehe xdelah..yela,even da masuk U tapi xdelah mcm mahasiswa yg mengunjung ke kedai ni untuk mencari bahan assigment atau sebagainya.. Mungkin bila aku da masuk UMKL nanti, aku akan tergolong seperti mereka juga..mana tahu..insyaAllah..ilmu Allah sentiasa ada dimana-mana..=)

Macam di kelantan pula...pusat gedung bukunya di Ja'afar Rawas & juga SMO, tahu tak SMO itu singkatan bagi apa?? SMO 2 singkatan bagi Syarikat Muda Osman. Tapi yang paling besar, gedung Ja'afar Rawas la..kat sini la kami mahasiswa UM nilam puri & KIAS cari buku ilmiah. sebabnya,antara ipta & ipts yg dlm bidang agama,kami jela..tapi ada juga student len suka kunjung kedai buku ni..bahkan pensyarah juga suka pergi kesana.

Rasulullah saw b'sabda : menuntut ilmu itu wajib bagi lelaki & perempuan (al-majlisi,Bihar al-anwar).

Tidak kisahla jenis buku apa kita nak banyak tapi yg pasti didalamnya terdapat ilmu yg kita akn perolehi. Eh kawan-kawan jgn sangka bace novel 2 xdapat ilmu ye...lagi-lagi jenis nOvel islamic...t'dapat banyak sgt ilmu yg kita akan dapat. Kisah nabi yg kte tidak tahu pun,kita akan dpt tahu juga..ha...lagipun, cerita2 didalam nOvel islamic ini banyak yg m'unsurkan cinta kepada Allah..ha seperti nOvel Warkah Cinta b'bau syurga,Salju sakinah...dan banyak lagilah..Cube la baca..best..!=) Tapi apa yg penting,nawaitu kita 2 hendaklah semata-mata kerana Allah Ta'ala..dan bila kita da dapat sesuatu ilmu itu,kita hendaklah mengamalkannya walaupun hanya sedikit.

Seperti Hadis Rasulullah saw b'sabda : Ketahuilah bahawa ilmu itu lebih baik daripada amal. Seorang yg alim mengamalkan ilmunya walaupun sedikit.(madinah albalaghah)

Lalu Rasulullah saw b'sabda lagi : Manusia yg paling lapar adalah orang yg tidak mencari ilmu, manusia paling kenyang adalah org yg tidak mahu mencari ilmu..(kanz al-ummal)

Jadi...mencari ilmu ni penting untuk kita menuju ke Jannah...tp cari2 jugak....amalkan jangan lupa ye...=) Bak kata pepatah, katak dibawah tempurung (eh boleh ke gne istilah ni) alah kire same la 2. Lagi2, time cuti sem kn??tak tahu nak watpe...molek sungguhla kita m'talaah buku2 ilmiah ni..drpd masa b'lalu dibawa arus air sungai bagaikan ketika hujan lebat turun..ha lebih baik kita isi dengan m'talaah buku ilmiah ke,m'baca blog ke,macam2 lagilah kita boleh isi pada waktu lapang camni..hehe Walaupun sikit tapi bermakna sangat2 tau. Banyak kelebihan kita menuntut ilmu ni..antaranya:-

Seperti dalam hadis Rasulullah saw lagi : Mereka yg melangkah dalam pencarian ilmu, Allah akan membawanya terus kejalan syurga. Sesungguhnya para Malaikat merasa gembira menebarkan sayap mereka untuk menaungi para pencari ilmu, bahkan seluruh makhluk termasuk ikan di laut memohon keampunan bagi pencari ilmu. Kedudukan org yg alim keatas org yg abid (ahli ibadah) adalah seperti kelebihan bulan purnama ke atas bintang2 bulan purnama . Para Ulama' adalah pewaris para Anbiya' kerana para Anbiya' tidak meninggalkan kekayaan tp ilmu pengetahuan. Maka beruntunglah mereka yg menyusuri jalan ini.

Lihat sahabat, sungguh besar kelebihan bagi yang mencari ilmu ini. Jadi menuntutla ilmu selagi kita mampu. Rugi tau kalau kita tak cari...Percayalah.,selagi kita hendakkan ilmu..hidup kita tidak akan sia2. Kalau miskin harta takpe..tapi jangan miskin ilmu..ok?=) Ingat ye, Membaca itu jambatan ilmu & kejayaan...=)

.من جد وجد ومن زرع حصد


Fikir2kan dan selamat B'tadabbur..=)

Wallahu'alam..



Nov 1, 2009

MengOrat & bErCinTa MenUrUt IslaM..

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan

pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Jadi,b'cinta & mengOrat 2 boleh kawan2...tp nawaitu mestila kena btOlkan dahulu...ok? selamat berfikir & b'tadabbur...=)

Thanks Dham for This imFormation...=)

Oct 31, 2009

AccideNt Lagi...hUhu


بسم الله الرحمن الرحيم

Org kata...kalo xpernah accident 2 makna nye xpOwer...persoalannye disini btul ke ape yg org kate 2???hmm...hari ini aku mengalami accident motor langgar van.Lalu aku mengucapkan Alhamdulillah kerana jantungku masih b'nadi.Namun, hatiku tetap merasakan b'salah & gusar kerana aku membawa adikku sekali...Aku merasakan pengalaman ini yg paling tragis dlm hidupku. Sudah banyak kali aku mengalami kemalangan seperti ini tp bgku pegalaman ini yg paling tragis skali, mungkin disbbkn aku menunggang adikku b'sama.

Sebelum b'lakunye tragis itu,ibu ku menyuruh kami pergi beli bahan utk m'buat kek...dalam perjalanan pulang. Terdapat 2 jalan utk ke rumah...aku memilih simpang4 sbb jalan nya straigt je. Time 2 xbanyak sgt kete lalu lalang..tibe2 da sampai kesimpang 2,ade sebuah van lalu..aku xsempat nak brek da langgar..masyaAllah..Adikku menangis kerana kesakitan..huhu

Aku masih keliru apa yg telah berlaku kepadaku sebentar td??namun ku cepat sedar, aku telah mengalami accident...Namun begitu,aku tetap b'syukur kerana Allah memberi dugaan yg ringgan kpdku...adikku hanya mengalami luka yg ringgan dan kepala nya mengalami kebenjolan...Alhamdulillah yaAllah...adikku tidak apa-apa..

Aku balik je rumah..ak m'ceritaka tragis itu kpd ibu ku...ibu marah sangat yg teramat. Aku menahan geram & b'salah didalam hatiku..namun aku tahu i2 hanya dugaan & takdir buatku. Aku redhO & menerima kemarahan ibu itu.

Nabi pernah b'sabda yg bermaksud : setiap kejadian itu pasti ade hikmahnya..janganla engkau sesali pada sesuatu kejadian..kerna itu takdir yg Allah telah tetapkan bgimu..sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya..(wallahu'alam)..

Lalu aku terus mengurung diriku sebentar didalam bilik...
Hatiku menangis mungkin kerna b'salah m'buatkan ibu marah kpdku atau mungkin geram sebab ibu marahkn aku...aku pun tidak tahu...Mungkin ada hikmah disebalik accident td...hmm.. Waktu magrib telah masuk...lalu aku menunaikan solat magrib setelah adikku selesai menunaikan solat magrib...ketika aku b'doa selepas solat...aku menangis penuh kekesalan...hanya Allah yg mengetahui segala-galanya..

Aku rasa b'dosa & b'salah kerna cuai tunggang moto td...& aku b'dosa sgt sbb dah buat ibu dengan abah marah...Aku tidak tahu mcm mana ia boleh t'jadi..tp aku tahu i2 semua ketentuan Ilahi...aku redhO & aku terima dgn hati yg lara....abah ibu maafkan Akak..huhu

Moto abah habis senget aku buat...MasyaAllah b'dosenye aku..huhu
kesian adikku telah benjOl di kepalanya.Al-quran menjadi peneman dikala hatiku mengalami kegusaran...Aku menangis ketika sedang membaca quran namun hatiku dapat menahan tangis...Alhamdulillah,Allah memberi ketabahan kepada ku...

Kelamaan hatiku menjadi tenang...aku langsung tidak marah kat ibu ngn abah...sbb aku tahu itu takdir buat insan yg lemah seperti ku...
Aku terima dgn redO & tawakkal kepada Allah...
syukran yg Allah...Kau sentiasa ade disisiku..Dugaan itu hanya kecil yaAllah...
kau tabahkanlah hatiku dgn segala dugaanmu ini..amiiinn..!

Bagiku,klo kemalangan 2 xb'makna nye kte akan jd lebih pandai menunggang moto..
lepas ni,aku berasa serik nak bawak moto lagi..huhu
Nanti aku nak amik lesen kereta je..aku rase hikmahnya,aku memang xboleh bawak mOto..hmm...

Wallahu'alam...

Oct 29, 2009

Cuti Sem Lagi..

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi,kte masih lagi diberi peluang utk b'nafas dimuka bumi Allah ini..banyak juga dugaan dan cabaran yg telah berlaku pada musim cuti sem ni..apepun Alhamdulillah, Allah permudahkan setiap urusan utk hamba-hambanya yg sentiasa b'tawakkal kepadanya...Amin!!

Macam mana nk mulakan cite ye...hmm...stat je cuti sem dlm hati kata (nak wtpe cuti ni???mesti boring gler kn2?)..tp bler fikir2 blik,banyak yg aku kena isikan mase cuti sem ni,contohnya p'banyakkan membaca buku Ilmiah ke??... kt rumah ni terdapat banyak sgt buku2 Ilmiah abah punya...aku teringin sgt nk baca...kadang2 ada gak baca....pinjam kejab,tp kdg2 lame gak pinjm..hehe suatu hari,abah cari buku 2...alah cakap jela pinjam kn...hehe nasib bek xkena marah...lalala~ Minggu pertama cuti sem memg xtaw nak wtpe...duduk umah je kemas la ape yg patut...sudah menjadi kebiasaan n tanggungjawab anak dara kt umah ni mengemas umah & memasak utk 1 kuarge..Namun,Internet menjadi temanku dirumah....aku suke m'baca blog dan juga b'chatting...aku b'chatting dgn sepupuku yg belaja di KUIS..die mngajakku tinggal dirumahnya utk beberapa hari...bila ku fikir2kan kembali elok jugak cdgn 2,bley jumpe p.cik & m.cik aku skali...drpd duduk rumah xbuat ape2. Even aku terima cdgnnyer 2,aku kna juge mndptkn p'setujuan drpd ibu ngn abah...hehe 1stly,abah xkasi bcOz xde sape yg bley temankan ak...agipun time 2 adik2 ak masih b'sekolah...lalu,aku memujuk ibuku supaya abah melembutkan hatinya mengizinkan ku keluar tanpa berteman ke rumah sepupuku itu....

Dan Alhamdulillah...abah mengizinkan ku pergi tanpa berteman..ingat ye kawan2..keredhOan Allah terletak pada keredhOan ibu bapa...dan keredhOan ibu bapa 2 penting utk kte selamat dunia & akhirat au..ha..

Sesampai je aku di KTM seremban...Hujan Rahmat Allah turun selebat-lebatnya...alhamdulillah. Emm..sblm m.cikku dtg hendak menjemputku...sempt juga aku meninjau ragam manusia disana....kebetulan pula,ketika itu digi sedang buat prOmosi..hihi setelah penat b'diri..aku carila sebuah kerusi utk aku membuang segala penat lelahku menunggu m.cikku. Disebelahku terdapat seorang gadis india...dan dalam masa yg sama,ade seorg lelaki pekerja digi 2 hendak m'nawarkan barangan digi kepada gadis india tu...sungguh manis kate2nye, ade pula die kate kt gadis 2 "eh dlu sye rase awak kurus,bler da besar, knape awak sudah gemuk ye" gadis 2 pelik & menafikan...dlm hati ku berkate..[elleh,bodekla 2..aku ketawa didlm hati]..gadis itu,menolak tawaran lelaki 2 dan lelaki itu pn berlalu...hatiku berkata lagi [nasib bek die xtawarkn kt aku...fuh..] lelaki ni kite bukan boleh p'cya sgt...manis mulut bicara tp hati lain pula katanya...Banyak juga ragam manusia lain yg aku peroleh disini..~

Disana terdpt juga kaunter M'Donalds,ramai yg hendak membeli makanan yg dijualnye...kadang-kadang aku geli hati melihat ragam manusia disana....ada tu seorg pelajar lelaki ni bdnnye agk berisila jugak...dia nak bli makanan di M'donald 2..tibe2,KTM yg die kenaiki sudah sampai...kawan2nya sume memanggilnya,lalu dia b'lari2 sepntas mungkin utk msuk ke tren tersebut...aku tergelak kecil didalam hati ketika dia sdg berlari...hanya Allah yg tahu knpe ak gelakkanya...terdetik plak rse b'slh di hati kerana gelakkan die...lalu aku b'istigfar kembali...Astagfirullahal'azim macam2...Mintak-mintakla dijauhi dari perkara-perkara yg dilarang Oleh PenCipta..amin...ada juga t'lihat gadis yg still b'pakaian seperti seorg muslimah....dalam hati mngucap setinggi2 kesyukuran kerana masih ada lagi gadis yang tahu ma'na tutup aurat dri segi islam yg sebenarnya..walaupun kawannya tidak sepertinya...Alhamdulillah yaAllah...lindungilah mereka drpd terpengaruh yaAllah...amin...Jadi,i2lah ragam manusia yg b'laku di KTM seremban...sebenarnya banyak lagi ragam manusia yg aku nampak..tp taknakla cita panjg2 sgt...tp kdg2 kte tgOk perihal org ni...best jugak..kite akan lebih bnyak b'fikir.. dan b'anology sndiri knape jdi begitu n begini..hehe jadi fikir2knlah dan selamat b'tadabbur.=)

setelah hampir 1 jam aku menunggu m.cik aku dtg jmput aku di KTM, [lama jugak ak tunggu ye..] aku b'monolog dgn diri sndiri..lalu aku pun menaiki kereta kancil yg dibawa m.cikku..sepupu aku tu pun ikut sekali menjemputku...sesampaiku dirumah mereka..aku b'salaman dengan p.cik aku..sblum 2 aku sudah b'salaman dgn m.cik aku didalam kereta...mcm sudah lama tidak b'jumpe...hmm.. Malam pula menjelang...m.cik aku mengajak kami tgOk wayang kt JJ(jaya juscO)...nak tgOk cite PAPADOM,kebetulan pula abg sepupu aku 2 ade..diela yg bawak kami pergi tengOk wayang..kak erin pun ikot sekali...isteri kepada abg sepupu aku 2..kami smpai2 je sana sudah pukul 9 mlm...takot2 gak klo2 tiket da habis....kami cepat2 tnye kt abg kaunter 2 kalau2 ade tiket lagi...abg kaunter 2 kate "kalau nak seat atas,pukul 12 mlm baru ade.." hish takkanlah nk balik pukul 3 pg kot...[hatiku bermonolog]..tapi alhamdulillah..cite 2 yg pukul 9.30 mlm ade lagi..tp dpt yg seat bawahla...xpela...i2pun kira da b'nasib baik da..

Cerita PAPADOM nie..memg bgus...t'dpt bnyak advantages dalam cerita 2....lucu ade,sedih ade....yg penting mcm2 ada la (treakmak astrO)..hehe nasib bek abahku tak macam 2...kalau x..tak tahula cmne....hehe tapi xkisah pun abah nk kongkOng aku..tp janganla sampai jadi cam cerita 2....hatta dah masuk U pun nak intip anak lagi...macam paparazila plak....hehe hebat2...

setelah habis tgOk wayang...kire2 dlm kul 11.30 habis...kami pergi cari gerai makan yg masih buka,utk mengisi kekOsongon di perut....yela...mana tidaknya...ketawa banyak2 menyebabkan kite akan berasa lapar...tetapi yg penting setelah kita habis ketawa @ xboleh nk berhenti dari ketawa...kita kne cepat2 istigfar...syaitan memg suka manusia yang kuat ketawa ni..ish3..

Alhamdulillah..rezeki Allah sentiasa ada...kami singgah makan sebentar di gerai makan yang agak sederhana lokasinya...dan aku telah menempah sepinggan nasi lemak ayam...sedap rasanya....alhamdulillah...esOk harinya pula,umah aunty sepupu aku ade buat OpenHouse sempena hari raya Aidilfitri tp yg peliknya buat time hari Deepavali..ish3...mungkin time 2 je org cuti kot..(pk positif)..kat sana kan....terdapat banyak sgt makanan...laksa jOhor ade...cendawan gOreng ade...nasi beriani ade..mcm2 ada la...aku duduk sana,dri tengahari sampaila ke petang..makan je aku tahu...hehe..tp kan meriah sgt...lagi satu...macam2 jenis org yg aku telah jumpe..hehe taknak la cite..biarkan diriku b'monolog sendiri..

KeesOkkan harinya,aku akan pulang ke KL...sebelum 2 aku singgah sebentar di KUIS..sepupu aku nak letakkan barang2 dia sblum masuk pendaftaran...takpela...kita pendekkan cite ye...setelah menghantar barangnya..kami berehat sebentar..

Setelah selesai solat zohor,dalam pukul3 kami b'tolak ke KTM nilai..utk pulang ke rumah..tapi kami sempat lagi singgah di MIDVALLEY...dgn niat dihati nak beli nOvel di MPH...Akhirnya dpt juga aku m'beli nOvel...Alhamdulillah. Sampai kami di KTM sentul,abahku menjemput kami disana dan membawa kami pulang kerumah....lalu kami bersalaman dengan ibuku....i2 jelah cite cuti seminggu pertama ku..Jadi apa yg kita lihat disini...

apabila ramai org...banyak ragamnya...sungguh hebat ciptaan Allah bukan??

fikir2kan dan selamat b'tadabbur..=)

Banyak lagi ceritaku ketika di musim cuti sem ni...tp nanti kte cerita lagi ye...

wassalam..