Nama saya, Ili Nur'Izzati Bt. Abdul Rahman. Alhamdulillah, Sekarang Tahun Akhir di Universiti Malaya dalam pengkhususan Pendidikan Islam Pengajian Quran. Semoga setiap entry saya memberi manfaat kepada semua pembaca..insyaAllah! ^_^
"Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yg hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bg mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dgn ramainya bilangan mereka.. Tetapi aku ingin hati-hati yg IKHLAS utk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yg tersergam indah."
"Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jurang tamal dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata untuk menjamin keamanan dan pendamaian dengan menunaikan perutusan agama yang di amanahkan Allah ke atas tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran"
"sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.."
Ramai orang berpandangan, kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan, tanpa perkenalan,mustahil keserasian dikesan, Mereka sebenarnya terlepas pandagan, Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh RISIK & BERTUNANG, Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan, Taaruf itulah mendedahkan keserasian, Cuma Takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran manusia berlainan, Islam mengajar manusia taaruf yg ada sempadan, Terpelihara & terjaga dari kemaksiatan, Bukan Taaruf melalui bercinta Sakan, Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan, Bukan serasi dengan kehendak pasangan, Cinta al-Rahman menjana kebahgiaan, Lantaran Itulah, Batasan-NYA tidak boleh dipermainkan. [^_^]